-- Menara Pejabat Ikonik merupakan Salah Satu Bangunan Tertinggi di London
LONDON, 11 November 2014 /PRNewswire/ -- Safra Group, yang dikawal selia oleh Joseph Safra, dan Deloitte, penerima bagi harta London 30 St Mary Axe, mengumumkan hari ini tentang perjanjian yang melaluinya Safra akan mengambil alih 30 St. Mary Axe, menara pejabat setinggi 180 meter yang merupakan bangunan kedua tertinggi di Kota London. Terma kewangan transaksi tersebut tidak didedahkan.
Bangunan yang siap dibina pada tahun 2004 itu, 30 St Mary Axe, atau dikenali sebagai The Gherkin, menyediakan ruang yang amat fleksibel dan pemandangan sekitar London yang menakjubkan. Ia merupakan bahagian ikonik bagi latar langit London, diiktiraf di seluruh dunia sebagai pencapaian hebat oleh arkitek terkenal Lord Norman Foster. Ia merangkumi ruang pejabat seluas kira-kira 50,000 meter persegi manakala penyewa ruang terbesarnya pula ialah Swiss Re serta Kirkland & Ellis.
Safra Group berkata, "Pengambilalihan 30 St Mary Axe ini adalah selari dengan strategi harta tanah kami untuk membuat pelaburan dalam harta yang amat berharga – yang terletak di lokasi terbaik di bandar hebat. Walaupun hanya berusia sepuluh tahun, bangunan ini telah pun menjadi ikon London yang berbeza daripada yang lain di pasaran, dengan potensi pertumbuhan nilai yang sangat baik. Kami berhasrat untuk menjadikan bangunan itu lebih baik dan menjadi idaman melalui pemilikan aktif yang akan membawa kepada pelbagai penambahbaikan yang akan memberi manfaat kepada para penyewa."
Latar Belakang Safra Group
Safra Group merujuk kepada jaringan perniagaan dan pelaburan pada peringkat antarabangsa yang dikawal selia oleh Joseph Safra. Entiti yang membentuk Safra Group mempunyai aset secara kolektif di bawah pengurusan sebanyak lebih $200 bilion dan ekuiti pemegang saham agregat sebanyak kira-kira $15.3 bilion, mengurus bank dan melabur dalam beberapa perniagaan lain di sekitar Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Timur Tengah serta Asia. Melalui pasaran ini, entiti dalam Safra Group mempunyai hubungan jangka panjang yang mendalam bersama beberapa peserta pasaran utama, yang membolehkan Safra Group meningkatkan dengan hebat nilai kedudukan kompetitif perniagaan yang menerima pelaburan oleh apa-apa entiti dalam Safra Group.
Maklumat Perhubungan Media Safra Group
Mark Semer
Kekst and Company
+1 (212) 521-4802
mark-semer@kekst.com
Robert Siegfried
Kekst and Company
+1 (212) 521-4832
robert-siegfried@kekst.com
Madisen Obiedo
Kekst and Company
+1 (212) 521-4866
madisen-obiedo@kekst.com
Maklumat Perhubungan Media Deloitte
Will Black
(+44) 20 7007 8242
wiblack@deloitte.co.uk
James Igoe
(+44) 20 7303 8247
jigoe@deloitte.co.uk