omniture

Grey Group Singapore memenangi anugerah Agensi Penjagaan Kesihatan Global Terbaik Tahun ini semasa Anugerah Global Festival New York

Grey Group
2014-11-16 11:50 114

SINGAPURA, 16 November 2014 /PRNewswire/ -- Anugerah Global Festival New York tahun ini menyaksikan Grey Group Singapore berjaya merangkul semua anugerah penjagaan kesihatan termasuk anugerah Global Unggul berprestij, lima anugerah Global serta tiga sijil peserta akhir.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141114/158720

'MOVE – Human Calligraphy' (GSK - Panadol Joint) telah merangkul anugerah utama dengan Anugerah Global Unggul dan dua Anugerah Global.

"Water-Eye Performance" yang memenangi anugerah telah menggondol dua Anugerah Global untuk hasil usahanya yang inovatif bagi sifat anti-rengsa dan kelembapan Eye-Mo (GSK).

'A Moment of Beauty' (GSK – Eye-Mo) telah diiktiraf dengan Anugerah Global dan dua Sijil Peserta Akhir, selain itu, pasukan itu juga membawa pulang Sijil Akhir untuk kempen 'Pain Poems' (GSK Panadol Extra Advance).

Nirvik Singh, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Grey Group Asia Pasifik berkata, "Anugerah Global mengiktiraf kekuatan kreatif kami dan meletakkan kami pada kedudukan tertinggi daripada segi kreativiti penjagaan kesihatan. Dengan industri penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang kian berubah, kami sentiasa bekerja selari dengannya bagi memberikan hasil kerja yang memecah kebiasaan di samping keputusan perniagaan yang berjaya untuk para pelanggan kami."

"Memenangi anugerah global yang begitu berprestij ini memang sangat memuaskan hati. Semestinya, hasil usaha dan kerja keras pasukan serta sokongan daripada para pelanggan kami yang akhirnya menjadikan Grey Group Singapore berjaya diiktiraf sebagai Agensi Global Terbaik Tahun Ini. Kami sangat teruja dengan berita ini," kata Subbaraju Alluri, Ketua Pegawai Eksekutif Grey Group Singapore.

"Kami sangat berbesar hati kerana menerima pengiktirafan global ini yang meletakkan kami pada kedudukan teratas di mata dunia. Kedudukan yang tidak berani diimpikan sekali pun semasa tahun pertama kami beroperasi sebagai hab global baharu untuk pelanggan penting GSK. Mencapai kejayaan ini dalam masa yang begitu singkat ialah bukti sebenar kehandalan pasukan kami yang telah berganding bahu di Singapura untuk memberikan yang terbaik. Kejayaan ini juga merupakan bukti semangat yang dikongsi pelanggan kami yang sentiasa ingin menjayakan hasil usaha," kata Till Hohmann, Pengarah Kreatif Eksekutif (GSK), Naib Presiden.

Anugerah Global dikhususkan kepada kecemerlangan dalam komunikasi penjagaan kesihatan dan kesejahteraan pada peringkat antarabangsa. Kini dalam tahunnya yang ke-20, Anugerah Global menerima penyertaan daripada syarikat penjagaan kesihatan, hospital, agensi pengiklanan, syarikat penerbitan serta studio rekaan yang menghasilkan komunikasi untuk produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perubatan, farmaseutikal, penjagaan kesihatan & kesejahteraan.

Semua kemenangan ini didapati berikutan kemenangan semasa Festival Kreativiti Asia Spikes 2014 berprestij yang menyaksikan Grey Group menggondol paling banyak anugerah dalam kategori penjagaan kesihatan.

Tonton video 'MOVE – Human Calligraphy' (GSK – Panadol Joint) di sini (http://youtu.be/aLN4V42cXDs).

Muat turun iklan bercetak 'MOVE-Human Calligraphy' di sini: https://grey.box.com/s/xf1qbty9x3u5zsm7y8ku

Latar Belakang Grey Group
Grey Group merupakan antara syarikat komunikasi global yang terbesar. Syarikat induknya ialah WPP (NASDAQ:WPPGY). Dengan slogan "Grey Terbukti Berkesan Sejak 1917," agensi itu berkhidmat untuk senarai pelanggan atasan yang terdiri daripada banyak syarikat yang paling terkenal di dunia: Procter & Gamble, GlaxoSmithKline, Diageo, Pfizer, Canon, 3M dan juga Boehringer Ingelheim. Grey diiktiraf sebagai "Agensi Global Terbaik Tahun Ini" untuk ADWEEK dan "Agensi Terbaik Tahun Ini" AD AGE pada tahun 2014. Di Asia, Grey Group meliputi 28 bandar di 16 negara dan bekerjasama dengan beberapa jenama terbesar rantau ini: Lembaga Pelancongan Hong Kong, HSBC, Volvo, Lenovo, Mengniu, Proya serta Qatar Airways. (www.grey.com/asiapacific)

Maklumat Perhubungan Media
Huma Qureshi
Pengarah Perhubungan Awam – Asia Pasifik
Grey Group Asia Pasifik
E-mel: huma.qureshi@grey.com
Tel: (65) 6511-7624
Telefon Bimbit: (65) 91141253

Yanrong Pang
Eksekutif
Komunikasi korporat serantau
E-mel: yanrong.pang@grey.com
Tel: (65) 6499-4217
Telefon Bimbit: (65) 8223 8157

Source: Grey Group
Related Stocks:
NASDAQ:WPPGY
Keywords: Advertising Health Care/Hospital Awards