omniture

Kejayaan Penting: Pristec AG Tandatangani Perjanjian dengan CNPC bagi penggunaan "Teknologi Pemecahan Sejuk" di China

Pristec AG
2014-11-18 23:46 154

VIENNA, 18 November 2014 /PRNewswire/ --

Dengan termeterainya kontrak untuk menggunakan teknologi "pemecahan sejuk" di China, suatu kejayaan Penting dalam bidang pengeluaran dan rawatan minyak berat telah dicapai untuk syarikat yang terlibat, Pristec AG dan China National Petroleum (CNPC).

Pristec AG menandatangani perjanjian bersama CNPC pada 7 November 2014 di Beijing yang bernilai beberapa bilion US$ dalam tempoh 20 tahun untuk semua kilang penapisan minyak CNPC. Perjanjian ini berkuat kuasa setelah berlalunya tempoh 90 hari percubaan sistem "pemecahan sejuk Pristec". Selain itu, persetujuan tersebut memperuntukkan penggunaan teknologi oleh CNPC di semua kilang penapisan minyak yang dimilikinya di Republik Rakyat China (PRC) selain di semua negara yang mempunyai operasi CNPC atau menggalakkan pengeluaran minyak berat. Dalam tempoh enam bulan, pentauliahan akan dimulakan di kompleks kilang penapisan minyak terbesar di China milik CNPC, yang mengurus minyak berat tempatan.

Prosedur yang dikenali sebagai "pemecahan sejuk" merupakan teknologi baharu dan terkini yang memproses minyak berat serta sisa kilang penapisan dengan lebih berkesan tanpa menggunakan sebarang kaedah kimia atau terma dan pada masa yang sama menghasilkan produk yang boleh digunakan dengan kualiti yang jauh lebih baik berbanding kaedah sedia ada. Prosedur ini bukan sahaja berkesan daripada segi kos, tetapi juga mesra alam dan berbeza daripada kaedah yang digunakan secara meluas pada masa kini dalam pengeluaran dan pemprosesan petroleum.

Pristec AG, syarikat yang berpangkalan di Vienna telah ditubuhkan pada tahun 2006. Sejak itu, syarikat ini telah meneruskan penyelidikannya dalam projek ini, dan memegang beberapa paten global penting. Ujian perindustrian dengan peralatan untuk kapasiti pemprosesan 5,000 tong sehari telah dilakukan sejak tahun 2012 lagi. Semua ujian terdahulu memberikan keputusan yang andal dan berkualiti tinggi, yang turut disahkan oleh syarikat pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka.

Seperti mana yang dinyatakan oleh jurucakap syarikat itu, "pemecahan sejuk" oleh Pristec AG merupakan proses dipatenkan yang baharu dan revolusioner, yang bukan sahaja lebih cekap, malah turut berkesan daripada segi kos dan mesra alam bagi pemprosesan serta pengeluaran minyak mentah.

Pristec AG
Rudiger Nurk, Ketua Pegawai Eksekutif
+43-1-2050164100
Management@pristec.com
http://www.pristec.com

Sumber: Pristec AG

Source: Pristec AG
Keywords: Oil/Energy Utilities Contracts