omniture

Majlis Penghijrahan Pelaburan Mengadakan Acara Pelancaran di Singapura

The Investment Migration Council (IMC)
2014-11-20 02:36 116

GENEVA, 20 November 2014 /PRNewswire/ -- Lembaga Pentadbir Majlis Penghijrahan Pelaburan mengadakan Majlis Makan Tengah Hari Ahli pertamanya minggu lepas di Singapura.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141118/717472)

Majlis Penghijrahan Pelaburan (IMC) telah dilancarkan pada awal bulan Oktober 2014, setelah dibentuk oleh pakar terkemuka dalam industri imigresen dan kerakyatan dengan pelaburan bagi membawa bersama pihak berkepentingan paling utama dalam bidang ini dan memberi suara kepada industri itu.

Majlis Makan Tengah Hari Ahli pertama itu diadakan bersama tetamu kehormat Yang Berhormat Dr. Joseph Muscat, Perdana Menteri Republik Malta serta En. Toine Knipping, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amicorp.

Dalam ucapan beliau, En. Bruno L'ecuyer berkata, "Sebahagian teras daripada bidang kuasa kami adalah untuk menetapkan standard pada peringkat global dan berinteraksi dengan persatuan profesional, kerajaan dan juga organisasi antarabangsa lain berkaitan dengan penghijrahan pelaburan."

Beliau menegaskan lagi yang majlis itu akan membantu memperbaiki pemahaman orang awam tentang isu yang dihadapi oleh para pelanggan dan pihak kerajaan, selain memudahkan pendidikan dan turut menggalakkan etika profesional tinggi dalam kalangan pengamal imigresen.

Latar Belakang IMC

Majlis Penghijrahan Pelaburan (IMC) ialah persatuan sedunia untuk para profesional yang berurusan dengan imigresen pelabur dan kerakyatan dengan pelaburan, yang membawa bersama pihak berkepentingan terkemuka dalam bidang itu dan memberi suara kepada industri itu. IMC menetapkan standard pada peringkat global dan berinteraksi dengan persatuan profesional, kerajaan serta organisasi antarabangsa lain berkaitan dengan penghijrahan pelaburan. IMC membantu meningkatkan pemahaman awam tentang isu yang dihadapi oleh para pelanggan dan pihak kerajaan dalam bidang ini dan turut menggalakkan standard pendidikan dan profesional tinggi dalam kalangan ahlinya.

Maklumat lanjut tentang struktur, keahlian serta pentadbiran Majlis boleh ditemui di http://www.investmentmigration.org

Foto Yang Berhormat Dr. Joseph Muscat, Perdana Menteri Republik Malta sedang berucap semasa Majlis Makan Tengah Hari itu boleh ditemui di sini: http://www.investmentmigration.org/press-images/

Bagi pertanyaan media atau permintaan untuk temu ramah dengan sebarang ahli lembaga dan ahli jawatankuasa khidmat nasihat IMC, sila hubungi Jane Bradwell, Pegawai Perhubungan Awam di media@investmentmigration.org

SUMBER  Majlis Penghijrahan Pelaburan (IMC)

Source: The Investment Migration Council (IMC)
Keywords: Banking/Financial Service