omniture

Buku Terlaris Penghasilan Model Perniagaan Dijual 1 Juta Salinan Seluruh Dunia

Business Models Inc.
2014-11-20 06:00 107

AMSTERDAM, 20 November 2014 /PRNewswire/ -- Bulan ini menyaksikan kejayaan penjualan 1 juta salinan buku paling laris pada peringkat antarabangsa, Penghasilan Model Perniagaan (Business Model Generation). Buku itu, yang ditulis oleh Alexander Osterwalder dan Yves Pigneur, telah diterbitkan sendiri pada tahun 2009 oleh Patrick van der Pijl (Ketua Pegawai Eksekutif Business Models Inc. yang berpangkalan di Amsterdam). Penghasilan Model Perniagaan berkembang menjadi buku klasik dalam pengurusan global dan diterbitkan dalam 30 bahasa termasuklah Bahasa Cina, Jepun, Korea, Rusia, Jerman serta Sepanyol, selain Bahasa Inggeris.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141118/717505)

Penghasilan Model Perniagaan merupakan buku panduan bagi menganalisis dan menginovasi model perniagaan. Ia menggabungkan rangka perniagaan dan strategi secara praktikal. Model perniagaan serta teknik inovasi dipersembahkan secara visual dan dengan cara yang mudah difahami hasil daripada kepintaran rekaannya. Kaedah kerja ini, yang masih baharu untuk dunia pengurusan pada tahun 2009, kini semakin banyak digunakan di seluruh dunia.

Kaedah penerbitannya juga adalah inovatif. Patrick van der Pijl amat kagum dengan wawasan inovasi perniagaan Alexander Osterwalder dan Yves Pigneur pada tahun 2008, sehinggakan beliau menggalakkan mereka untuk menuliskan buku itu di samping mengendalikan proses penerbitannya dengan sendiri. Beliau memilih model perniagaan revolusioner: pembiayaan menerusi orang ramai, penghasilan secara bersama dan juga penerbitan secara sendiri. Penerbit biasa hanya menunjukkan minat apabila hasil jualan buku tersebut meningkat. Hampir 500,000 salinan edisi Bahasa Inggeris berjaya dijual, kebanyakannya dijual di A.S. Walau bagaimanapun, negara seperti China (jualan sebanyak 125,000 salinan) dan Korea (jualan sebanyak 40,000 salinan) juga menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap buku itu dalam bahasa ibunda mereka.

Patrick van der Pijl mengulas tentang buku Penghasilan Model Perniagaan: "Para pelajar, syarikat baharu, usahawan, pakar strategi, pengurus inovasi serta Ketua Pegawai Eksekutif dapat mengambil manfaat daripada buku ini. Buku ini kini merupakan fenomena global dan standard yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Ia merangsang pendekatan alternatif terhadap model perniagaan dan lebih berkesan serta mencabar berbanding rancangan perniagaan yang memakan masa."

Berdasarkan prinsip Penghasilan Model Perniagaan dan buku terkini beliau berjudul Rangka Cadangan Nilai (Value Proposition Design), Alexander Osterwalder kini menawarkan kelas lanjutan peringkat antarabangsa. Patrick van der Pijl merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Business Models Inc. (beribu pejabat di Amsterdam dan berada di UK, Amerika Syarikat, Australia/New Zealand, Taiwan, Turki, Jerman dan juga Romania) serta membantu syarikat untuk menginovasi dan membentuk semula (model) perniagaan mereka, khususnya menggunakan pendekatan Penghasilan Model Perniagaan beliau sebagai asasnya.

http://www.businessmodelsinc.com/method/our-book/

SUMBER  Business Models Inc.

Source: Business Models Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Books Publishing/Information Service