TOKYO, 27 November 2014 /PRNewswire/ -- System Technology-i Co. Ltd. (TSE: 2345) mengumumkan keluaran global @meeting paperless solution, yang merupakan platform kolaborasi tanpa kertas yang selamat untuk pasukan kepimpinan.
"Memandangkan perniagaan sedang berubah pantas, maka para eksekutif teratas juga perlu berbuat demikian. Meningkatnya penggunaan peranti pintar menunjukkan para eksekutif sedang mengubah cara mereka bekerja, menjadi lebih mudah alih dan turut membuat keputusan masa nyata yang lebih pantas," kata Hidenori Matsuoka, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden System Technology-i. "Ini menggalakkan kami untuk memperluas penyelesaian tanpa kertas Jepun kami kepada pembuat keputusan Asia. Kami mahu membolehkan pasukan kepimpinan agar dapat melakukan kolaborasi masa nyata dalam persekitaran yang dipacu tugas."
Penyelesaian itu berfungsi sebagai bilik persidangan maya, memberi ahli akses selamat kepada dokumen mesyuarat melalui peranti pintar seperti iPad, tablet Windows, komputer peribadi serta pelayar. Golongan eksekutif dengan alatan intuitif boleh berkongsi, mencatat, membincang dan turut mengundi pada dokumen.
Proses digital di sebalik @meeting paperless solution membenarkan organisasi untuk mengurangkan masa persediaan mesyuarat sebanyak 30% manakala kos mesyuarat pula sebanyak lebih 67%. Di Jepun, penyelesaian ini sudah pun digunakan oleh lebih 160 organisasi bersaiz sederhana dan besar.
Pada masa kini, Kepimpinan sudah mempunyai kepelbagaian tinggi dan tersebar secara global. Oleh itu, bagi menyokong organisasi Asia, @meeting ialah satu-satunya penyelesaian seumpamanya yang tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Cina Tradisional dan juga Bahasa Cina Mudah.
"Rantau Asia mempunyai peluang signifikan jika diambil kira bilangan syarikat multinasional dan sebaran perniagaan yang terdapat di situ, terutamanya yang melibatkan aspek inovasi dan teknologi. Sebagai penyedia Jepun, kami mahu menyokong para eksekutif yang berpusat di Asia agar dapat membuat keputusan yang lebih pantas, memperbaiki kecekapan mesyuarat serta menggalakkan kolaborasi. Pada mulanya usaha ini akan bertumpu pada organisasi yang bertapak di Singapura dan Malaysia," kata Matsuoka.
Untuk memenuhi semua keperluan pelanggan, penyelesaian ini boleh didapati dalam beberapa pilihan berbeza, bermula daripada mesyuarat bersaiz kecil dengan 20 pengguna serentak, sehinggalah mesyuarat bersaiz besar dengan sehingga 100 pengguna serentak. Penyelesaian ini juga boleh digunakan sebagai awan atau pelayan perkakas.
Maklumat lanjut: www.at-meeting.com
Sejak 15 tahun lalu System Technology-i merupakan peneraju pasaran Jepun yang menyediakan penyelesaian inovatif kepada sektor perniagaan. Syarikat ini mempunyai dua jenama -iStudy – yang menyediakan penyelesaian pembelajaran seperti Sistem Pengurusan Pembelajaran korporat, latihan teknikal dalam syarikat, kursus e-pembelajaran serta penerbitan teknikal dan - @meeting – yang merupakan sistem mesyuarat intuitif untuk mengumpul, berkongsi, meneliti dan turut melakukan kolaborasi fungsi secara selamat bagi pasukan kepimpinan.
System Technology-i Co. Ltd.
pr@systech-i.co.jp
www.at-meeting.com
Aga Szczesniak (Cik)
Nombor Telefon: +81 (0)3-5148-0400
E-mel: szczesniak@systech-i.co.jp