omniture

Anugerah Rakyat Global H&P 2015 Dibuka untuk Penyertaan

Henley & Partners
2014-12-02 22:42 92

LONDON, 2 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Setahun sekali, Henley & Partners memberi penghargaan kepada rakyat global yang menjadi sumber inspirasi yang pencapaian luar biasanya telah menambah baik masyarakat global kita dan menyumbang kepada pemikiran merentas sempadan serta kepada dunia yang lebih memahami dan juga bertoleransi.

Anugerah bagi tahun 2015 telah dibuka untuk penyertaan pada 1 Disember 2014 dan akan ditutup pada 1 Jun 2015.

Anugerah tersebut mengiktiraf individu, kumpulan atau syarikat yang meluangkan masa dan usaha yang luar biasa untuk menambah baik masyarakat global kita. Penerima anugerah akan melakukan lebih daripada tugasnya; mempamerkan wawasan, keberanian atau komitmen luar biasa; dan usaha mereka akan mempunyai kesan langsung serta positif terhadap kehidupan orang lain.

Keputusan ditentukan oleh Jawatankuasa Anugerah, iaitu sebuah badan bebas yang terdiri daripada individu terhormat bagi memilih penerima anugerah tahunan melalui keputusan majoriti. Proses pemilihan adalah sulit.

Calon-calon mungkin terdiri daripada individu, kumpulan atau organisasi, dan sesiapa sahaja boleh menamakan seorang calon untuk menerima Anugerah tersebut. Pencalonan perlu disertakan dengan keterangan terperinci usaha calon tersebut, bersama rujukan kukuh untuk menyokong penyertaan. Borang pencalonan boleh dimuat turun di http://www.henleyglobal.com/gca dan perlu dihantar melalui emel ke gca@henleyglobal.com.

Anugerah tersebut akan disampaikan semasa Persidangan Kediaman dan Kerakyatan Global Henley & Partners kali ke-9 di Dubai pada November 2015.

Latar Belakang  Henley & Partners

Henley & Partners merupakan peneraju global dalam perancangan kediaman dan kerakyatan. Setiap tahun, ratusan individu dan keluarga berharta serta penasihat mereka bergantung kepada kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang ini.

Konsep perancangan kediaman dan kerakyatan telah dibangunkan oleh Henley & Partners pada tahun 1990an. Dengan berkembangnya globalisasi, kediaman dan kerakyatan telah menjadi topik yang menarik minat kalangan usahawan dan pelabur yang sering berpindah antara negara yang semakin ramai bilangannya serta bertugas bersama Henley & Partners.

Firma tersebut turut mengendalikan amalan khidmat nasihat kerajaan, dan telah terlibat dalam perundingan strategik serta reka bentuk, penyediaan dan operasi beberapa program kediaman dan juga kerakyatan paling berjaya di dunia yang menarik lebih AS$3.8 bilion dalam pelaburan langsung asing setakat ini.

http://www.henleyglobal.com

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi Sekretariat di gca@henleyglobal.com 
+44(0)207-823-10-10

SUMBER  Henley & Partners

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service Awards