omniture

MR Solutions Umumkan Pemasangan Pertama Teknologi Magnet Tanpa Kriogen Generasi Keduanya bagi Kemampuan Saintifik Dipertingkatkan dalam MRI Praklinikal

MR Solutions Ltd
2014-12-03 14:33 76

GUILDFORD, England, 3 Disember, 2014 /PRNewswire/ -- MR Solutions memperkenalkan generasi kedua teknologi magnet MRInya kepada rangkaian pengimbas praklinikal 3T dan 7T tanpa kriogen yang terunggul. Ciri-ciri teknologi baharu ini termasuklah pengendalian medan boleh ubah, kehomogenan medan magnetik intrinsik lebih tinggi, medan paparan (FOV) lebih luas berbentuk eliptikal supaya lebih sesuai dengan subjek dan tanjakan medan automatik. Lonjakan teknologi ini berjaya dicapai menerusi teknologi proprietari MR Solutions untuk pengoptimuman prestasi magnet. Pemasangan teknologi generasi kedua ini dilakukan termasuklah di National Institute for Health, Bethesda, Washington DC, University of Manchester, UK, Korea Advanced Institute of Science and Technology, dan International Iberian Nanotechnology Laboratory, Portugal.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141201/719803 )

Dr Murali Krishna Cherukuri, Ketua Bahagian Biofizik di National Cancer Institute dan Ketua Biofizik di National Institute of Health berkata: "Kami amat gembira dengan sistem meja kerja 3T (MRS3T17) baharu daripada MR Solutions ini. Kemampuan medan boleh ubah membolehkan kami menjalankan penyelidikan MRI 13C hiperpolarisasi di medan yang optimum untuk pengesan individu. Ini merupakan pilihan untuk kami."

David Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif MR Solutions, mengulas: "Berikutan kejayaan pengimbas MRI bebas kriogen bagi pengimejan praklinikal generasi pertama kami, kami telah berusaha mengukuhkan pembuatan magnet kami, daripada segi kapasiti dan prestasi, melalui perkongsian ekslusif bersama dua buah syarikat yang telah lama bertapak serta berpengalaman dalam bidang ini. Tambahan pula, kami telah mengambil peluang untuk menyertakan teknologi magnet dipertingkatkan bagi fleksibiliti dan kebolehgunaan yang lebih baik untuk penyelidik."

MR Solutions juga telah melancarkan perisian PreClinical Scan™ baharunya bagi memudahkan penggunaan, melancarkan aliran kerja dan penyepaduan lancar teknologi PET serta SPECT daripada MR Solutions.

Syarikat itu menyediakan pengimejan PET-MRI atau SPECT-MRI sama ada untuk pemerolehan bebas, pemerolehan berturut, atau pemerolehan serentak. Kemampuan pengimejan optik dan CT juga boleh dilakukan. Pengimejan pelbagai modaliti akan menjadi kebiasaan bagi kajian anatomi, pengedaran bio, keberkesanan, keselamatan dan kinetik dalam konteks anatomi yang sama.

MR Solutions merupakan pembangun serta pengeluar bebas terbesar di dunia bagi teknologi MRI praklinikal dan telah membangunkan rangkaian pengimbas MRI meja kerja 3T bebas kriogen komersial pertama di dunia pada tahun 2012, diikuti dengan rangkaian 7T yang lebih hebat pada 2014.

MR Solutions mempunyai ibu pejabat global yang terletak di Guildford, Surrey, UK; tel: +44(0)1483-532146; information@mrsolutions.com; http://www.mrsolutions.com

Simon Vane Percy/Leonie Onslow
Vane Percy & Roberts
(T) +44(0)1737-821890
(M) +44(0)7710-005-910
(e) simon@vanepercy.com / leonie@vanepercy.com

Source: MR Solutions Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services