omniture

Lebih 2 juta muat turun pada hujung minggu pelancaran Bruce Lee: Enter The Game, terbitan Hibernum

Hibernum Creations
2014-12-04 10:16 113

MONTREAL, 4 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Pembangun dan penerbit permainan Hibernum serta Bruce Lee Interactive, LLC (anak syarikat milik penuh Bruce Lee Enterprises, LLC) dengan bangganya mengumumkan pelancaran Bruce Lee: Enter The Game, iaitu satu-satunya permainan pertarungan mudah alih rasmi yang dibangunkan bersama Bruce Lee Estate.

Bruce Lee: Enter The Game, permainan mudah alih aksi 2D pandangan sisi, telah memasuki gedung aplikasi iTunes, Google Play dan Amazon seluruh dunia pada Khamis 27 November, yang merupakan hari ulang tahun kelahiran ikon seni mempertahankan diri, Bruce Lee.

Pelancaran seluruh dunia pada tahap ini merupakan yang pertama bagi bahagian penerbitan Hibernum yang melancarkan permainan tersebut secara serentak pada tiga gedung aplikasi dan dalam 12 bahasa berbeza di serata dunia. Studio yang bertempat di Montreal dengan 155 orang pekerja itu dipilih oleh Bruce Lee Interactive bagi membangunkan dan menerbitkan tajuk mudah alih yang akan menghiburkan serta dapat dinikmati oleh jutaan peminat Bruce Lee di seluruh dunia.

"Kami telah bercadang untuk membangunkan permainan Bruce Lee kami sendiri buat sekian lama," kata Shannon Lee, anak perempuan Bruce Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif serta pemilik Bruce Lee Interactive, LLC. "Terdapat permainan lain yang telah diterbitkan sebelum ini tetapi tiada yang benar-benar melibatkan kami dengan begitu rapat daripada permulaan hingga ke akhirnya. Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan rakan kami Hibernum untuk menghasilkan permainan yang kami sukai, yang kami rasa dapat menggambarkan semangat Bruce Lee dan amat seronok dimainkan."

"Penerbitan melalui platform yang berbeza dan pelbagai bahasa secara serentak merupakan cabaran besar yang berjaya dicapai oleh pasukan kami!" kata Louis-René Auclair, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Jenama di Hibernum. Bruce Lee: Enter The Game  menyaksikan lebih 2 juta muat turun dan ditampilkan oleh tiga gedung aplikasi semasa minggu pertama pelancaran. "Pelaksanaan besar ini mengukuhkan status Hibernum sebagai pembangun dan penerbit terkemuka dalam industri ini serta merintis pelbagai peluang perkongsian baharu," tambah Auclair.

Dalam Bruce Lee: Enter The Game, terbitan Hibernum, para pemain dapat bertarung sebagai Bruce Lee sambil menewaskan beribu-ribu musuh dengan sistem permainan intuitif dalam 40 tahap penuh aksi. Permainan yang mudah dimulakan tetapi sukar untuk dikuasai ini sarat dengan berdozen-dozen kostum dan senjata asli seperti Bruce Lee yang tiada tandingan.

Latar Belakang Hibernum

Sejak 2005, kepakaran Hibernum dalam pembangunan permainan, animasi dan penghasilan kesan visual membolehkan syarikat itu membangunkan permainan silang-platform bersama syarikat-syarikat gergasi industri seperti Amazon, Lego, Disney, Cartoon Network, Halfbrick, Mattel, DeNA dan Wooga. Melalui bahagian penerbitan baharunya, Hibernum melancarkan Bruce Lee: Enter The Game dan bekerja keras untuk membawakan jenama kegemaran orang ramai ke dunia digital.

Carla De Ciccio, Penasihat Komunikasi, Hibernum, (514) 436-4703, cdeciccio@hibernum.com; Christina Nahas, Hal Ehwal Perniagaan dan Perundangan, Bruce Lee, LLC, (310) 287-2100, Christina@brucelee.com

Source: Hibernum Creations
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment New products/services