omniture

Tinjaun Global: Manusia-robot Bergabung Menguasai Sektor-sektor Baharu

The International Federation of Robotics
2014-12-04 14:50 176

FRANKFURT, Jerman, 4 Disember, 2014 /PRNewswire/ --

Setelah menakluki pembuatan automotif, robot-robot industri terbaharu bakal menguasai sektor industri lain yang, sehingga kini, masih belum dibangunkan. Peluang adalah sangat besar. Malah, di negara-negara yang mana aplikasi robotik berada pada tahap tertinggi (Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat), kepadatan robot dalam sektor automotif adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding kesemua bidang industri lain. Begitulah yang dinyatakan oleh Statistik Robot Dunia 2014, oleh Persekutuan Antarabangsa Robotik (IFR).

Automasi yang dirobotkan semakin berkembang. Purata pelaburan teknologi robot dalam sektor automotif meningkat sebanyak 22 peratus setahun di seluruh dunia bermula pada 2010 hingga 2013. Terdapat arah aliran yang jelas bagi penggunaan robot industri dalam perusahaan yang terasing daripada bidang aplikasi konvensional.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141204/719882-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141204/719882-b )

"Ia semakin mudah untuk pengguna bekerja dengan robot industri," kata Ahli Lembaga IFR dan Ketua Pegawai Eksekutif KUKA Robotics, Manfred Gundel. "Ia adalah mungkin melalui penyelesaian baharu seperti antara muka, unit kawalan dan perisian yang membolehkan berbagai-bagai tugas diautomasikan walaupun oleh mereka yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang robotik. Ini membuka potensi penggunaan baharu bagi syarikat-syarikat bersaiz sederhana dalam industri yang pelbagai.

Salah satu pendorong utama kami adalah robot ringan generasi baharu yang membolehkan manusia dan robot bekerja bersama secara rapat – tanpa kawalan keselamatan antara mereka. Penggunaan pada peringkat awal telah dilaksanakan dalam industri automotif. "Pengetahuan robot industri yang dihasilkan dalam bidang automotif membawa kepada teknologi baharu yang membolehkan manusia dan mesin bekerja dalam pasukan," kata Mathias Wiklund, Ketua Pegawai Operasi Comau Robotics.

Kerjasama manusia-mesin akan memainkan peranan utama dalam memajukan wawasan pengeluaran pintar (Industry 4.0). Dengan ini, robot mesra pengguna turut membuka peluang untuk automasi dalam sektor-sektor yang berbeza. Potensi masa depan robot ini ditekankan dengan membandingkan kepadatan robotik merentasi pelbagai sektor. Sebagai contoh, industri automotif Jepun mempunyai rekod 1,520 robot industri bagi setiap 10,000 pekerja. Bilangan setara dalam kesemua industri lain hanyalah 214 unit. Jerman dan Amerika Syarikat memperlihatkan keadaan yang serupa.

Gambar-gambar boleh didapati melalui agensi gambar berita eropah epa ( http://www.epa.eu/ ) dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://www.presseportal.de/pm/115415

Latar Belakang

Persekutuan Antarabangsa Robotik: http://www.ifr.org

Maklumat perhubungan akhbar
Gudrun Litzenberger
+49-69-66-03-1502
gl@worldrobotics.org

Sumber: Persekutuan Antarabangsa Robotik

Source: The International Federation of Robotics
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Components Transportation Survey, Polls & Research