omniture

BMW dan Art Basel bakal Bekerjasama untuk Kolaborasi Global baharu: Kembara Seni BMW Membawa Pelukis Menelusuri Kembara Penemuan Kreatif

BMW Group
2014-12-05 01:00 277

MUNICH dan MIAMI, 5 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Bermula pada 2015, Art Basel dan BMW akan menyokong para pelukis baharu dengan menganugerahkan Kembara Seni BMW, membolehkan mereka menelusuri kembara penemuan kreatif mereka sendiri. Bertindak sebagai studio mudah alih, Kembara Seni BMW dapat membawa para pelukis ke mana-mana sahaja tempat di dunia – bagi mencetuskan idea baharu, mendapatkan tema baharu, dan merancang projek kreatif baharu.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141203/720017-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141203/720017-b)

Para pelukis mengusulkan kembara tersebut. Pelukis ini memulakan kembara. Para pelukis merenungkan kembara tersebut.

Para pelukis yang mengambil bahagian dalam sektor Art Basel bagi para pelukis baharu di Miami Beach dan Hong Kong layak menerima Kembara Seni BMW ini. Ia akan dianugerahkan dua kali setahun, kepada salah seorang pelukis yang terlibat dalam pameran di setiap lokasi. Dua juri pakar antarabangsa akan menentukan senarai pendek tiga pelukis bagi setiap sektor dan akan menjemput pelukis tersebut untuk menghantar usul bagi sebuah kembara. Seorang pelukis daripada setiap senarai pendek kemudiannya akan dipilih bagi menerima Kembara Seni BMW.

Ahli juri Hong Kong termasuklah:

Richard Armstrong (Pengarah Muzium Solomon R. Guggenheim, New York)

Claire Hsu (Pengarah Asia Art Archive, Hong Kong)             

Matthias Muhling (Pengarah Stadtische Galerie im Lenbachhaus, Munich)

Ahli juri Miami Beach termasuklah:

Juan Gaitan (Kurator yang berpangkalan di Mexico City)

Massimiliano Gioni (Pengarah Seni New Museum, New York City)

Gabriele Horn (Pengarah Institut Seni Kontemporari KW, Berlin)

Victoria Noorthoorn (Pengarah Museo de Arte Moderna, Buenos Aires)

Bisi Silva (Pengarah Pusat Seni Kontemporari, Lagos)

Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.bmw-art-journey.com

Rujuk silang: Gambar boleh didapati melalui agensi gambar berita eropah epa (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/28255/

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Dr. Thomas Girst
Hal Ehwal Korporat dan Antara Kerajaan BMW Group
Ketua Pelibatan Budaya
Telefon: +49-89-382-24753
http://www.press.bmwgroup.com

E-mel: presse@bmw.de

SUMBER  BMW Group

Source: BMW Group
Keywords: Advertising Art Auto Entertainment Transportation Trucking and Road Transportation