omniture

Produk WiFi Agile Huawei Atasi Pesaing dalam Ujian Tolly Group Bagi Titik Capaian 802.11ac Utama Industri

Huawei
2014-12-12 15:54 85

SUZHOU, China, 12 Disember, 2014 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan hari ini titik capaian 802.11ac keluarannya telah mengatasi penawaran oleh vendor utama industri daripada segi daya pemprosesan pelanggan tunggal dan berbilang, kemampuan liputan isyarat, serta kemampuan anti interferens saluran bersama dalam ujian dan juga pengesahan prestasi produk oleh The Tolly Group, penyedia utama perkhidmatan ujian dan pengesahan IT pihak ketiga.

Pasukan pakar Tolly Group menguji prestasi titik capaian Huawei AP7030DE dan AP5030DN berbanding Cisco Aironet 3720i serta Aruba AP-225. Apabila dibandingkan dengan dua vendor lain itu, titik capaian Huawei menunjukkan prestasi pada tahap lebih tinggi dalam ujian capaian berbilang pelanggan apabila sejumlah pelanggan yang ditambahkan kepada ujian meningkat. Tambahan pula, keputusan ujian liputan isyarat jarak jauh dan anti interferens saluran bersama menunjukkan titik capaian Huawei mempunyai kadar penurunan yang lebih rendah apabila ditempatkan di dalam persekitaran antara muka saluran bersama.  

Berkaitan keputusan itu, Kevin Tolly, pengasas The Tolly Group, berkata, "Kami kagum dengan keputusan ujian yang menunjukkan Huawei AP7030DE dan AP5030DN jauh melangkaui piawaian purata industri dalam daya pemprosesan pelanggan tunggal. Secara keseluruhannya, titik capaian Huawei menunjukkan prestasi mengagumkan dalam ujian daya pemprosesan berbilang pelanggan, liputan isyarat dan anti interferens saluran bersama."

"Generasi seterusnya bagi titik capaian 802.11ac Huawei menggunakan rekaan seni bina dua teras, yang meningkatkan secara signifikan prestasi perisian dan perkakas, termasuk modul RF, antena, serta antara muka udara," kata Fu Jie, Pengarah Produk WLAN, Huawei. "Hasilnya, kemampuan anti interferens saluran bersama mengatasi produk serupa daripada vendor lain, memberikan pelanggan dengan liputan WiFi berkualiti tinggi walaupun dalam persekitaran yang sangat sukar."

Titik capain Huawei dibina pada unit pemprosesan pusat (CPU) dua teras dengan seni bina satah kawalan bebas dan satah ke hadapan dengan teknologi termaju termasuk Dorongan Ketumpatan Tinggi Huawei serta perlindungan berasaskan nisbah isyarat kepada kebisingan (SNR). Huawei AP7030DE, yang menyokong antena pintar, telah diiktiraf sebagai titik capaian 802.11ac berprestasi paling tinggi dalam industri semasa ujian itu.

Sebarang maklumat lanjut, sila lihat laporan ujian The Tolly Group melalui pautan di bawah:

Titik capaian Huawei berbanding Cisco: http://www.tolly.com/DocDetail.aspx?DocNumber=214137 
Titik capaian Huawei berbanding Aruba: http://www.tolly.com/DocDetail.aspx?DocNumber=214138 

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) utama peringkat global dengan matlamat untuk memperkayakan kehidupan melalui komunikasi. Didorong oleh inovasi berpusat pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah membina portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberikan pelanggan kelebihan daya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti dan pengkomputeran awan. Seramai 150,000 kakitangan Huawei di seluruh dunia komited bagi mewujudkan nilai maksimum untuk para pengendali telekomunikasi, perusahaan dan pengguna. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT inovatif kami telah digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, memberi khidmat kepada lebih satu pertiga populasi dunia. Diasaskan pada 1987, Huawei adalah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh para pekerjanya.

Sebarang maklumat lanjut sila lawati Huawei secara dalam talian: http://www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.google.com/+Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services