omniture

Mesir lancarkan rangkaian sekuriti makanan seluruh negara dengan Blumberg Grain

Blumberg Grain
2014-12-13 06:57 88

-- Projek untuk mengubah infrastruktur simpanan gandum domestik untuk pembeli gandum terbesar dunia

MIAMI, 13 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Blumberg Grain, dalam kerjasama dengan Kerajaan Mesir, sedang membangunkan salah satu daripada sistem sekuriti makanan bersepadu terbesar dunia bagi penyimpanan bijian.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141211/163973

Fasa pertama projek sekuriti makanan itu meliputi 93 tapak di seluruh Mesir, dan membolehkan pemprosesan primer 3.7 tan metrik gandum setahun merentasi sebuah platform ruang simpanan seluas 3.6 juta kaki persegi.

Mesir merupakan pembeli gandum terbesar di dunia. Pembelian gandum negara itu diarahkan oleh Kementerian Bekalan, yang memilih Blumberg Grain untuk membentuk dan membina sistem sekuriti makanan baharu negara itu.

Sistem itu akan menyokong Kementerian Bekalan dalam memulihkan tanaman yang musnah akibat kerugian selepas penuaian, memberikan Mesir penjimatan sehingga anggaran AS$ 200 juta setiap tahun.

Philip Blumberg, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, "Kami menyanjung keberanian Presiden Sisi untuk menegakkan usaha yang sukar bagi menstabilkan dasar kewangan negara dan melabur dalam infrastruktur seperti sekuriti makanan, yang akan menyumbang kepada GDP, menstabilkan harga makanan, serta mengurangkan keperluan pembelian gandum dari luar."

Mantan Komander Bersekutu Agung, NATO dan Penasihat Sekuriti Kebangsaan AS, General James L. Jones, menyatakan "Keselamatan negara dan kesejahteraan di negara-negara seperti Mesir berkait rapat dengan sekuriti makanan. Saya gembira melihat Blumberg Grain, syarikat utama Amerika yang menyediakan sekuriti makanan untuk negara-negara di peringkat antarabangsa, memainkan peranan penting dalam meningkatkan sekuriti makanan Mesir sambil mempereratkan ikatan perniagaan ke perniagaan bagi AS-Mesir."

Philip Blumberg mengulas, "Rakan saya Jim Jones, dan Jones Group International, amat berkesan dalam membantu kami serta mempercepatkan projek besar ini."

David Blumberg, Ketua Pegawai Eksekutif Blumberg Grain – Afrika, menyatakan, "Ini memulakan pelaksanaan wawasan Kerajaan untuk Mesir bagi menjadi pusat sekuriti makanan di Timur Tengah. Projek ini akan menukarkan infrastruktur simpanan bangsal semasa kepada rangkaian gudang canggih dengan teknologi menapis, mengering dan menggred daripada Blumberg Grain, selain sistem pengurusan akses serta inventori kami yang akan membangunkan platform bagi pertukaran komoditi di Mesir."

Blumberg Grain juga telah mengumumkan ia ingin membina Kilang Pengeluaran dan Hab Eksport untuk menghasilkan teknologi dan sistem sekuriti makanan termasuk peralatan serta bangunan simpanan bagi rantau Timur Tengah dan juga Afrika Utara (MENA), dan mempunyai beberapa cadangan daripada negara MENA, termasuk Mesir, untuk Habnya.

Walaupun terdapat cabaran yang dihadapi oleh Mesir, Blumberg Grain optimistik tentang masa depan negara itu. Philip Blumberg, menerangkan, "Walaupun persaingan berterusan bagi kilang pengeluaran dan Hab MENA kami belum berakhir, kontrak ini meletakkan Mesir dalam kedudukan yang baik untuk memperoleh kilang pengeluaran serta sebahagian besar sasaran program pelaburan rantau MENA Blumberg Grain sehingga $250 juta dalam kemudahan pemprosesan dan juga pembungkusan selain perladangan dengan hasil yang tinggi."

En. Blumberg menyimpulkan dengan berkata, "Walaupun menjadi cabaran sebelum ini untuk menjalankan program pelaburan di Mesir, di bawah Presiden Sisi kami melihat perubahan positif dalam sikap kerajaan dan kepantasan melaksanakan projek infrastruktur untuk meningkatkan ekonomi Mesir serta mewujudkan pekerjaan. Kami berharap untuk menjadi salah satu pelabur pengilangan utama yang pertama di Mesir sejak berlakunya perubahan kerajaan."

Menurut Christian Rath, Ketua Kejuruteraan Gunaan syarikat itu, "Kilang Pengeluaran MENA Blumberg Grain akan menjadi antara yang terbesar dalam jenisnya, dengan kapasiti penghasilan 1200 bangunan simpanan makanan setahun dan kemampuan untuk mengilangkan peralatan sekuriti makanan, untuk pasaran Mesir dan pengeksportan sistem simpanan makanan 'Buatan Mesir' di seluruh Timur Tengah."

Kilang pengeluaran MENA akan mewujudkan 1000 pekerjaan baharu, selain kesan ekonomi dianggarkan oleh KPMG sebanyak AS$1 bilion pada tahun pertama, dan AS$7 bilion sepanjang tempoh lima tahun. Tambahan pula, kilang berkenaan akan meningkatkan eksport dan menggunakan kandungan tempatan dalam proses pengilangan.

Kilang pengeluaran MENA itu juga akan melibatkan institusi pertanian bagi melatih peladang dengan teknik-teknik untuk meningkatkan hasil tanaman dan menjamin serta melindungi kuantiti dan juga kualiti tuaian.

Pemilihan lokasi negara dan pecah tanah bagi kilang pengeluaran itu dirancang untuk awal tahun hadapan.

Latar Belakang Blumberg Grain

Blumberg Grain merupakan sebuah syarikat sekuriti makanan utama global, bagi menyediakan sistem dan teknologi perlindungan tuaian. Sistem sekuriti tanaman dan makanan bersepadu sepenuhnya oleh Blumberg Grain dapat mengurangkan kerugian selepas tuaian bagi bijian, hasil tanaman, dan lain-lain bahan boleh rosak kepada 5% atau kurang. Blumberg Grain turut bekerjasama dengan beberapa syarikat persendirian dan negara-negara untuk memodenkan rantaian nilai pertanian, meningkatkan kualiti dan hasil tuaian yang boleh dipasarkan, menentukan masa pasaran yang cekap, serta meningkatkan eksport produk-produk pertanian dengan ketara.

Untuk video yang menerangkan projek sekuriti makanan Mesir, sila lihat: http://youtu.be/W8xOyIFfxlc

Untuk video menerangkan Kilang Pengeluaran dan Hab Eksport MENA, sila lihat: https://www.youtube.com/watch?v=ohphDS2GKhQ

Sebarang maklumat lanjut, sila lawati www.blumberggrain.com atau e-mel kepada media@blumberggrain.com.

Hubungi Eric Flohr (eflohr@blumberggrain.com; +20.120.4148813; +1.410.707-5235) atau Vicki Rosa (vrosa@blumbergcapitalpartners.com; +1.305.403.2283) bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Source: Blumberg Grain
Keywords: Agriculture Construction/Building Food/Beverages Contracts Corporate Expansion Economic news, trends, analysis