omniture

Place Design Group Memasuki Zaman Rekaan Baharu

Place Design Group
2014-12-15 09:00 89

SHENZEN, China, 15 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Firma pakar runding perancangan dan rekaan antarabangsa utama, Place Design Group telah mengumumkan zaman baharu bagi kecemerlangan rekaan. Dengan pelancaran rasmi diadakan di Australia dan China, Place Design Group telah memperlihatkan jenama berimej baharunya serta mengukuhkan kedudukannya dalam industri.

Sejak 2001 kumpulan itu telah menyaksikan pertumbuhan bukan sahaja daripada segi angka dan kemampuan, tetapi juga pengaruh serta capaian. Kini dengan lebih 200 kakitangan di seluruh Australia, China dan Asia Tenggara, Place Design Group mempunyai sumber yang tersedia untuk menawarkan pendekatan yang pelbagai serta bersepadu untuk perancangan dan rekaan.

Pengerusi syarikat Ian Klug teruja untuk kumpulan tersebut, "Ini telah menjadi satu perjalanan yang cukup luar biasa bagi Place Design Group, yang bermula sebagai sebuah syarikat kecil di Brisbane yang telah berkembang pesat dan kini mempunyai kekuatan di seluruh rantau Asia Pasifik. Zaman ini dipenuhi peluang dan keterujaan; serta dengan pasukan yang begitu rapat dan juga berdedikasi, kami menjangkakan perkara yang hebat pada masa akan datang."

Perjalanan inilah yang menjadikan zaman baharu ini begitu istimewa. Apa yang bermula sebagai pasukan kecil yang rapat di Brisbane 14 tahun lalu dengan lima orang kakitangan, kini telah berkembang menjadi jenama yang dikenali di peringkat antarabangsa yang dikagumi kerana kecemerlangan rekaannya.

Pengarah Urusan China, Mark Burgess, yang telah bersama Place Design Group sejak 2004 berkata, "Pertumbuhan syarikat ini daripada pejabat awalnya di Australia dan China kepada perniagaan yang kita lihat hari ini merupakan hasil usaha kakitangan serta Pengarahnya. Tahun ini kami memilih untuk mencerminkan kebanggaan kami terhadap perniagaan ini dan masa depannya dengan memasuki tahap seterusnya dalam pembangunan syarikat ini. Sambil bergerak ke hadapan kami akan mengekalkan struktur terbuka dan kerjasama perniagaan ini serta terus membangunkan perkongsian tulen dengan para pelanggan kami untuk mencapai hasil terbaik."

Reputasi Place Design Group bagi penyelesaian kreatif dan komersial telah diperkukuhkan sepanjang tahun 2014 hasil daripada pengiktirafan industri dan kerjasama sektor. Musim anugerah industri adalah amat berjaya bagi kumpulan itu, dengan meraih beberapa anugerah, termasuk Anugerah Perniagaan AustCham Westpac Australia China, Anugerah Platinum Perniagaan Lord Mayors, Anugerah Eksport Terunggul Queensland bagi Industri Kreatif, lima kemenangan di Anugerah Kecemerlangan Institut Perancangan Australia, Anugerah Kecemerlangan dalam Pembangunan Lestari Institut Pembangunan Bandar Australia (Qld) dan Anugerah Kinpan ke-9.

Tambahan pula kumpulan itu berjaya mencipta kejayaan menerusi perkongsian dan projek sektor persendirian serta awamnya termasuk Gemdale Goldwater Art Wonderland, R&F Yangji, Lotus Mansion, The Central Bay, Jinmao Palace, One Villa South/Southern Mansion, dan juga New World Oriental Radiance.

Dalam persekitaran yang semakin berpengaruh di peringkat global, Place Design Group telah membina asas yang kukuh untuk melancarkan zaman baharu ini. Dengan tapak yang terletak kukuh bagi pertumbuhan di seluruh Australia, China dan Asia Tenggara ia akan menjadi syarikat untuk diperhatikan, bukan hanya untuk inovasi serta kerjasama bahkan untuk mewujudkan tempat-tempat yang hebat kepada masyarakat kita pada masa akan datang.

SUMBER  Place Design Group

Source: Place Design Group
Keywords: Construction/Building Real Estate Corporate Expansion