omniture

Agribotix Lancarkan Platform Pemprosesan Data Atas Permintaan Bagi Dron Pertanian

Agribotix
2015-01-20 09:00 174

-- Pemimpin dalam Perisian Disesuaikan Dron Sediakan Analisis dan Pelaporan untuk Pertingkat Hasil Tuaian dan Menambah Keuntungan Penanam --

BOULDER, Colorado, 20 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Bayangkan menjadi peladang dalam abad ke-21. Harga tanaman berubah-ubah, iklim berubah dan pertumbuhan populasi menuntut hasil lebih banyak daripada jumlah keluasan tanaman yang semakin sedikit. Inilah era baharu perladangan, yang mana amalan "ketepatan pertanian" menawarkan pendekatan baharu kepada pengurusan tanaman, yang mengurangkan pembaziran serta menggunakan data untuk memaksimumkan tuaian tanaman – dan juga keuntungan. Seperti dalam industri lain, teknologi sedang membentuk semula perladangan. Dron merupakan cara yang amat baik untuk mengumpul maklumat terperinci tentang setiap inci persegi sesebuah ladang, tetapi memahami jumlah data yang sebegitu besar mendatangkan cabaran baharu.

Agribotix, perintis dalam perkhidmatan pengumpulan dan analisis data siap guna dron, hari ini mengumumkan penyelesaian pemprosesan data Bring Your Own Drone™ berasaskan awan baharunya, yang tersedia untuk sesiapa sahaja yang menggunakan sebarang dron untuk mengumpul data pertanian, di mana-mana sahaja di dunia. Perkhidmatan atas permintaan itu memproses data dikumpul dron dan mengembalikan saranan yang boleh dilakukan.

"Semasa tahun pertama menerbangkan dron kami sendiri di atas tanaman, kami mendapati juruterbang dron memerlukan cara mudah untuk menghasilkan laporan yang berguna kepada peladang. Ini termasuk segalanya daripada pandangan atas sesebuah ladang yang digunakan untuk mengesan kawasan bermasalah, sehinggalah kepada peta zon untuk aplikasi baja yang tepat. Kami telah membangunkan penyelesaian yang menangani keperluan ini dan lebih lagi," kata Paul Hoff, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobotix. "Laporan yang dihasilkan dapat diimport kepada sebarang sistem pengurusan data ladang," nyata Hoff.

"Juruterbang dron pertanian tidak mahu menjadi pakar perisian, mereka mahu menumpukan kepada urusan menghasilkan laporan untuk pelanggan mereka yang memaksimumkan hasil tanaman dan meningkatkan pendapatan mereka. Kami memberikan mereka tahap perkhidmatan pelanggan yang tinggi dan masa pemprosesan yang pantas supaya mereka dapat bertindak pantas, sebelum keadaan berubah."

Pihak yang berminat boleh mendaftar untuk perkhidmatan ini dan mula memproses serta merta dengan melawati https://app.agribotix.com/register. Pengguna baharu akan menikmati diskaun 50% semasa tempoh pengenalan. Maklumat tambahan tersedia melalui laman sesawang syarikat www.agribotix.com atau dengan menelefon (720) 295-3625.

Latar Belakang Agribotix

Diasaskan di Boulder, Colorado pada 2013, Agribotix merupakan syarikat perisian tersuai dron yang memberikan analisis lanjutan untuk aplikasi pertanian global. Agribotix menawarkan dua penyelesaian teras; pakej siap guna untuk mereka yang ingin menggunakan dron bagi mengumpul data pertanian termasuk dron yang amat andal bersama penyelesaian analisis dan pelaporan data berasaskan awan utama, serta untuk para pelanggan yang mempunyai dron, perkhidmatan pemprosesan dan analisis data layan diri Bring Your Own Drone™ yang mampu milik. Kedua-dua penyelesaian memberikan pelanggan kebijaksanaan yang boleh dilaksanakan yang memberikan input lapangan yang dikurangkan, hasil lebih baik dan keuntungan dipertingkat untuk penanam. Output termasuk peta preskripsi untuk pembajaan dalam musim, laporan rumpai untuk pengesanan geo bagi tompok-tompok degil dan menganggarkan liputan, serta pelaporan terkhusus. Untuk maklumat lanjut, lawati www.agribotix.com atau telefon (720) 295-3625.

 

 

 

Source: Agribotix
Related Links:
Keywords: Agriculture Computer Software Computer/Electronics New products/services