omniture

QTRAX umumkan MANIFESTO ARTIS dan penubuhan TABUNG AMANAH ARTIS. Secara dasar mengubah bagaimana penulis lagu dan artis dibayar.

Qtrax
2015-01-30 02:33 90

NEW YORK, 30 Januari 2015 /PRNewswire/ -- QTRAX, perkhidmatan muzik digital percuma dan sah, mengumumkan hari ini rancangan meluas untuk membayar penulis lagu dan artis ("artis") dalam cara yang lebih lumayan dan representatif. Perincian tersedia dalam laporan lanjut dan terperinci yang dikomisyenkan oleh Qtrax dan diterbitkan oleh salah satu daripada empat firma perakaunan terbesar.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150129/172177LOGO
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150129/172176

Manifesto artis (lihat di www.qtrax.com) merupakan Pernyataan Hak Artis yang berkesan dengan satu set inisiatif yang memberikan artis lebih input dan membayar mereka dengan adil serta penuh penghormatan. Inisiatif utama adalah penganugerahan nilai bersamaan pegangan ekuiti 30% kepada artis. Agihan ekuiti ini termaktub dalam entiti perundangan yang dipanggil Tabung Amanah Artis yang akan ditadbir secara bebas oleh Organisasi Hak, yang kini sedang dipilih.

Artis akan berkongsi keuntungan Qtrax dan menerima manfaat daripada sebarang peristiwa kecairan seperti IPO atau jualan dagangan, dengan cara yang sama pemegang kepentingan lain mengumpul kekayaan.

Agihan Ekuiti 30% itu akan diagihkan sepanjang tempoh 10 tahun kepada artis berdasarkan bilangan putaran.

"Ekuiti merupakan satu-satunya lubuk emas daripada mana-mana perkhidmatan muzik digital ini, termasuk milik kami. Artis dibayar dengan pengedaran yang amat sedikit sementara nilai sesetengah perkhidmatan muzik digital mencecah jumlah berbilion-bilion. Tanpa karya kreatif artis, tidak akan ada perkhidmatan muzik. Tiada langsung. Satu fakta jelas yang tidak dihormati dalam struktur ekonomi semasa. Ini bukanlah tentang menuding jari. Mungkin ia tidak dapat disandarkan kepada sesiapa dengan tepat. Tetapi sekadar pemikiran kongres tidak akan mengubah kadar bayaran dengan cukup signifikan. Dasarnya begitu rendah hinggakan peningkatan peratusan yang banyak pun tidak cukup bagus. Syarikat rakaman cukup bijaksana untuk menuntut ekuiti daripada perkhidmatan muzik. Penulis lagu dan artis pula tidak mempunyai aturan sesuai untuk berbuat demikian. Sudah tiba masanya mereka menjadi pemilik perkhidmatan ini dan bukan sekadar penyedia kandungan yang dieksploitasi. Kami menjemput semua perkhidmatan digital sedia ada dan akan datang untuk bersama-sama menyumbang ekuiti kepada Tabung Amanah Artis yang akan dilaksanakan sepenuhnya untuk manfaat Artis di bawah Lembaga pemimpin industri muzik yang dihormati. Pengagihan hasil daripada ekuiti pasca-IPO akan memberikan pendapatan mencukupi kepada artis dan penulis lagu," kata Allan Klepfisz Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Qtrax.

"Ketika QTRAX membina ke arah peristiwa kecairan dalam tempoh 2-3 tahun akan datang wang dapat disumbangkan kepada Tabung Amanah Artis dalam bentuk wang pengiklanan dan tajaan oleh jenama yang meyakini kuasa muzik untuk berhubung dengan pengguna muda," kata Lance Ford Presiden dan Ketua Pegawai Pengurusan Qtrax.

LATAR BELAKANG QTRAX:

QTRAX (www.qtrax.com) merupakan pemain unik dan membangun dalam industri muzik yang akan melancarkan "Perkhidmatan Muzik Sah dan Percuma" yang baru dinaik taraf pada suku pertama 2015. Qtrax tersedia di 68 buah negara.

Untuk maklumat lanjut:

Julia Lyschik (COO), julia@qtrax.com ; +1 (646) 678 4542    
Twitter   
Facebook

Source: Qtrax
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Multimedia/Online/Internet