LARNACA, Cyprus, 25 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Pada Januari 2015 broker antarabangsa NordFX meluaskan perkhidmatannya dengan memperkenalkan platform-sesawang bagi dagangan pilihan binari (binary.nordfx.com). Pilihan binari merupakan antara alat yang paling mampu milik dan berpulangan tinggi setakat ini.
Di seluruh dunia, pilihan binari dikenali sebagai sumber pendapatan dalam talian yang cepat dan mudah. Dagangan pilihan adalah amat mudah dan intuitif – pilih satu aset serta ramalkan sama ada harganya akan naik atau turun dalam tempoh tertentu (luput).
Dalam masa seminit anda dapat memperoleh keuntungan lebih 70% (pilihan 60 Saat) sementara pilihan Tangga dapat memberikan sehingga 1500% keuntungan! Pelabur juga dapat mendagangkan Pilihan Binari klasik, dan pilihan Satu Sentuhan, Pasangan dan Jangka Panjang.
Pendapatan dalam talian seumpama ini amat telus kerana keuntungan anda untuk ramalan tepat atau kerugian untuk tekaan salah adalah jelas apabila anda membuka dagangan. Amaun ini tidak berubah dengan turun naik harga, maka, para pelabur dapat menghitung keuntungan dan kerugian terlebih dahulu.
Pedagang Tukaran Mata Wang Asing berpengalaman mendapat kelebihan tambahan – persetujuan dengan pilihan boleh digunakan untuk mengasingkan kedudukan terbuka, dengan sebaran sifar.
Aset untuk dagangan pilihan binari dengan NordFX melibatkan bukan sahaja mata wang utama seperti Dolar AS, Euro, Pound British dan Yen Jepun tetapi juga Dolar Kanada, New Zealand serta Singapura, Rouble Rusia, Rand Afrika Selatan dan juga Lira Turki. Anda dapat memperoleh keuntungan daripada turun naik harga emas, perak, platinum, minyak, kopi, gandum dan gula, mahupun daripada ramalan tentang harga saham Apple, Nike serta syarikat-syarikat utama lain selain kenaikan dan juga kejatuhan indeks.
Anda tidak perlu membuar pelaburan besar untuk mendagangkan pilihan binari. Pelaburan minimum dalam NordFX hanyalah sebanyak $5. Bagi deposit dan pengeluaran dana yang pantas serta mudah, NordFX menyokong lebih 20 sistem pembayaran – pindahan bank, VISA dan juga MasterCard, WebMoney, Skrill, NETELLER, PayWeb, Payza, OKPAY, FasaPay dan banyak lagi.
Sejarah pilihan binari bermula pada 2008 dengan penyepaduannya ke dalam roster Bursa Saham Chicago. Baru-baru ini opsyen binari telah mengalami peningkatan besar memandangkan pendapatan dalam talian seperti ini menampilkan peluang hebat bukan sahaja untuk mengekalkan modal tetapi juga melonjakkannya.
NordFX juga telah diasaskan pada 2008 dan sejak itu telah berevolusi menjadi broker antarabangsa utama yang menawarkan individu serta syarikat dengan rangkaian penuh perkhidmatan dan juga keadaan berkelebihan untuk dagangan tukaran mata wang asing.
SUMBER NordFX