BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan hari ini ia meraih Anugerah Infrastruktur Mudah Alih Terbaik di Kongres Dunia Mudah Alih 2015 melalui penyelesaian LampSite yang inovatif.
Dalam era MBB, pendigitalan liputan dalam bangunan telah menjadi kebiasaan industri. Ia dapat mengurangkan dalam jumlah yang banyak kos pembinaan serta penyelenggaraan liputan dalam bangunan, dan seterusnya meningkatkan pengalaman jalur lebar mudah alih. Sebagai penyelesaian Sel Kecil jalur asas terpusat pertama dalam industri, LampSite Huawei sedang menerajui inovasi liputan dalaman: Melalui pendigitalan seni bina rangkaian, pendigitalan operasi dan penyelenggaraan, serta pendigitalan kemampuan operasi, LampSite memberikan peningkatan prestasi liputan dalam bangunan bersasaran dengan pengalaman jalur lebar mudah alih yang lebih baik, meningkatkan produktiviti perniagaan untuk perusahaan, dan juga menggalakkan pembangunan perkhidmatan data baharu dan pelanggan baharu.
En. Ryan Ding, Presiden Produk dan Penyelesaian Huawei, berkata: "Kami ingin mengambil peluang ini untuk menyatakan penghargaan kami kepada jawatankuasa penghakiman, semua rakan industri dan GSMA. Wawasan kami adalah JALAN Terbuka kepada Dunia Terhubung Lebih Baik, dan penyelesaian LampSite merupakan salah satu elemen yang membolehkan kami mencapai visi ini. Bagi pihak rakan pengendali kami, kami amat berbangga menjadi yang pertama memperkenalkan penyelesaian LampSite secara komersial hampir dua tahun lalu. Penyelesaian ini direka supaya menjadi lebih mudah diskala, fleksibel, dan mudah untuk dilaksanakan serta diurus. Amat bertepatan sekali, bersempena ulang tahun ke-20 anugerah GSMA ini, Barisan produk wayarles Huawei juga meraikan ulang tahunnya yang ke-20. Sepanjang tempoh 20 tahun ini, Huawei telah berusaha untuk mendorong kemajuan industri mudah alih melalui kolaborasi dalam pengkomersilan, inovasi dan pempiawaian. Pada masa hadapan, kami akan terus menumpukan kepada inovasi berpusat pelanggan dan kekal komited menjadi rakan kongsi perniagaan untuk semua pelanggan kami di seluruh dunia."
Bersama peralihan operasi rangkaian daripada suara kepada trafik, seni bina rangkaian dan pengalaman pelanggan menjadi strategi pembangunan utama untuk pengendali. Pengendali tersebut baru-baru ini telah menyempurnakan liputan dalam bangunan terbesar di dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China dengan menggunakan Lampsite Huawei. Seluruh pelaksanaan itu hanya mengambil masa tiga bulan dan kos pelaksanaan keseluruhan menurun 50% berbanding dengan pelaksanaan tradisional, kemuncak kelajuan mencapai 140 Mbps dalam ujian, yang dapat menambah baik pengalaman pengguna terminal dengan hebat. Dianggarkan semua pelaburan oleh pengendali akan dapat dipulangkan dalam masa dua tahun. Sehingga kini, penyelesaian LampSite Huawei telah dapat dikomersilkan kepada lebih 70 pengendali mudah alih yang berlokasi di seluruh Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Latin.
Para juri berkata: "Ini memperlihatkan potensi hebat dalam membantu pengendali mudah alih menambah baik liputan, kualiti dan kapasiti jalur lebar mudah alih dalam bangunan dengan menggunakan teknologi sel kecil, dalam cara yang mesra CapEX."
Anugerah Mudah Alih Global merupakan anugerah yang paling menjadi rebutan dalam industri komunikasi global. Diasaskan pada 1996, Anugerah tersebut menarik penyertaan daripada seluruh dunia dan dihakimi oleh panel pakar yang bebas serta dihormati. Anugerah Infrastruktur Mudah Alih Terbaik dimiliki oleh Anugerah Mudah Alih Global, dan merupakan anugerah paling bernilai serta berdaya saing di dunia dalam industri komunikasi mudah alih. Kongres Dunia Mudah Alih merupakan tahap tertinggi acara mudah alih, sementara anugerah GSMA merupakan penghormatan tertinggi dalam industri mudah alih.
MWC 2015 berlangsung di Barcelona mulai 2-5 Mac. Huawei akan menampilkan produk dan penyelesaian terkininya di Dewan 1 dan 3 Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.huawei.com/minisite/mwc2015/en/index.html.
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka sedunia. Dipacu oleh inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah mewujudkan portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan kelebihan berdaya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti, serta pengkomputeran awan. 170,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited bagi mencipta nilai maksimum untuk pengendali, perusahaan, dan pengguna telekomunikasi. Penyelesaian, produk, dan perkhidmatan ICT inovatif kami digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, berkhidmat untuk satu pertiga daripada populasi dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/huawei
http://www.facebook.com/Huawei