PULAU PINANG, Malaysia, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Hager + Elsaesser Asia Tenggara mengumumkan ia telah dianugerahkan kontrak melebihi $20 juta AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini. H+E Asia Tenggara merupakan anak syarikat kepada syarikat rawatan air Jerman terkenal Hager + Elsaesser GmbH, yang telah diambil alih pada pertengahan 2014 oleh Aquarion Group (Aquarion AG). Aquarion merupakan penyedia penyelesaian EPC dipertingkat keseluruhan bagi sistem, penyelesaian dan teknologi air termaju untuk industri minyak & gas, sektor tenaga dan lain-lain industri proses.
Perolehan projek terkini H+E Asia Tenggara merangkumi beberapa buah negara dan industri dari Australia (mengitar semula daripada air kumbahan perbandaran) ke Filipina (sistem rawatan air untuk pelanggan dalam industri kuasa dan loji rawatan air kumbahan untuk pelanggan dalam industri kuasa solar), serta Azerbaijan termasuk loji rawatan air dan juga sistem rawatan air kumbahan, kedua-duanya dalam industri minyak dan gas.
Kesemua kontrak adalah melibatkan kejuruteraan, reka bentuk dan bekalan loji-loji terbabit.
H+E Asia Tenggara terus berkembang melalui operasinya di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Antara kecekapan terasnya adalah sistem dan penyelesaian untuk proses dan air ultra tulen, rawatan air kumbahan, selain pemulihan air dan sumber. Industri fokus termasuklah industri semikonduktor dan mikroelektronik, pulpa serta kertas, dan juga sektor makanan dan minuman selain penjanaan kuasa, petrokimia (hiliran) dan farmaseutikal. H+E Asia Tenggara juga mempunyai akses kepada penyelesaian canggih dan kepakaran daripada penyedia penyelesaian terkhusus lain daripada syarikat Aquarion Group lain.
Latar Belakang Aquarion Group (Aquarion AG)
Sebuah penyedia penyelesaian EPC dipertingkat, Aquarion (www.aquarion-group.com) merupakan penyedia sistem, penyelesaian dan teknologi air termaju untuk industri minyak & gas, sektor tenaga dan industri proses lain. Berpangkalan di Switzerland, Aquarion menawarkan teknologi terbaik yang boleh didapati, kejuruteraan berkualiti tinggi, kepakaran antarabangsa dan pengetahuan tempatan untuk pelbagai rawatan air bagi pelbagai industri (air tulen, air kumbahan dan kitar/guna semula), menyepadukan teknologi termaju dalam penyelesaian yang ditawarkan. Aquarion mempunyai operasi di Jerman, Switzerland, Itali, UK, Rusia, dan Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut tentang Aquarion, sila lawati www.aquarion-group.com.
Untuk Maklumat Hubungi:
Ann Seamonds
+1-978-764-5528
seamonds@seamonds.com