omniture

Lazada dan Peak3 Lancar Usaha Sama Insurans Digital Baharu di Asia Tenggara

Peak3
2025-01-20 10:30 26

SINGAPURA, 20 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Lazada, platform e-Dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Peak3, peneraju global bagi teknologi insurans, mengumumkan pelancaran satu usaha sama (JV) untuk membina ekosistem insurans digital dan terbenam yang terkemuka di Asia Tenggara.

Lazada and Peak3 Launch a New Digital Insurance Joint Venture in Southeast Asia
Lazada and Peak3 Launch a New Digital Insurance Joint Venture in Southeast Asia

Membina berasaskan platform orkestrasi insurans SaaS Peak3 dan melalui kolaborasi bersama penanggung insurans terkemuka, JV baharu ini membenamkan proposisi insurans yang inovatif, mudah dan mampu milik ke dalam ekosistem tempatan Lazada yang berkembang pesat, menghubungkan kira-kira 160 juta pengguna aktif kepada lebih satu juta penjual yang aktif menjual setiap bulan.

Visi Berani dan Kejayaan Awal yang Nyata

Usaha sama ini meluaskan keupayaan Lazada melangkaui tawaran e-Dagang terasnya dengan mengintegrasikan proposisi insurans yang pelbagai ke dalam ekosistemnya. Pelanggan Lazada boleh mendapatkan perlindungan insurans dengan lancar melalui aplikasi dan laman web Lazada, manakala peniaga pula mendapat manfaat daripada perlindungan yang disesuaikan untuk melindungi perniagaan mereka. Ini dapat memupuk ekosistem sokongan buat semua pengguna, seterusnya menyumbang kepada visi Lazada untuk menjadi platform gaya hidup yang komprehensif.

Melalui kolaborasi bersama penanggung insurans tempatan dan global yang terkemuka seperti AIA, Astra, Income Insurance, MSIG dan Sompo, Peak3 dan Lazada bersedia untuk menyampaikan portfolio proposisi insurans yang pelbagai dalam harta & kasualiti, kemalangan dan kesihatan serta insurans hayat. Dalam langkah pertama, fokus diberikan untuk membangunkan insurans terbenam, termasuk perlindungan alat (gadget) dan elektronik serta perlindungan liabiliti produk untuk melindungi pelanggan dan barangan yang mereka beli. Selain itu, opsyen insurans pasaran, seperti insurans kereta, kemalangan dan perjalanan, memberikan perlindungan penting untuk aktiviti harian pelanggan.

Bill Song, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Peak3, berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama secara erat dengan Lazada dalam usaha ini, menyumbang teknologi dan kepakaran kami daripada usaha sama yang serupa dengan Grab, Klook dan Carro. Lazada mempunyai ekosistem dan jangkauan yang hebat dan kami sudahpun melihat daya tarikan pasaran yang luar biasa."

Sejak penubuhannya pada Ogos 2024, perkongsian ini telahpun melancarkan sedozen proposisi insurans di enam negara—Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Setakat ini, lebih 5 juta polisi telah dikeluarkan, dengan purata kini melebihi 70,000 polisi setiap hari.

Satu Platform Teknologi Orkestrasi Insurans Serantau

Teras bagi JV ini ialah platform orkestrasi insurans SaaS Peak3 yang menyediakan penyelesaian yang fleksibel untuk menyatukan operasi insurans dalam barisan produk insurans serta mengupayakan integrasi lancar dengan ekosistem dan penanggung insurans Lazada.

David Zheng, Ketua Produk, Insurans dan Barangan Digital Lazpay, di Lazada, menekankan: "Platform Peak3 benar-benar membantu kami memperdalam keupayaan dan tawaran kami untuk produk insurans bagi menawarkan pengalaman yang lebih holistik kepada pengguna kami. Dalam tempoh kurang daripada setengah tahun, kami akan beroperasi merentas enam pasaran dengan lebih sedozen proposisi insurans yang lancar dan kadar unjuran hasil (run rate) melebihi dua juta polisi setiap bulan. Perkongsian ini akan membolehkan kami mencapai sinergi dan kecekapan operasi yang lebih hebat, dengan produk dan perkhidmatan yang sepadan diurus secara berpusat pada satu platform."

Faedah-faedah utama platform Peak3 termasuk:

  • Penggunaan Pelbagai Negara yang Pantas: Mendayakan pelancaran produk baharu dalam beberapa minggu melalui konfigurasi, dioptimumkan untuk kebolehskalaan dan kebolehgunaan semula merentas negara.
  • Tawaran Insurans Komprehensif dan Inovatif: Menyokong pelbagai produk insurans, bermula daripada insurans mikro kepada insurans tradisional, bersama-sama dengan proposisi parametrik untuk menawarkan kefleksibelan dipertingkat dan perlindungan yang disesuaikan.
  • Penyepaduan API Dipermudah: Memperkemas kesalinghubungan penanggung insurans dalam sistem teras dan menyediakan perjalanan pelanggan yang lancar serta prestasi tinggi semasa tempoh jualan puncak.
  • Pengoptimuman Dipacu Data: Menyediakan analitis masa nyata dan keupayaan ujian A/B untuk membolehkan pengoptimuman produk dan perjalanan pelanggan dipacu data.

Masa Depan: Memajukan Rangkuman Kewangan dan Kemampanan

Usaha sama baharu ini menunjukkan contoh komitmen bersama Peak3 dan Lazada bagi memajukan rangkuman kewangan dan kemampanan melalui insurans yang mengutamakan ciri digital dan terbenam. Usaha sama ini meningkatkan kebolehcapaian dan kemampuan insurans untuk populasi yang kurang mendapat perkhidmatan. Proposisi inklusif yang akan datang, seperti insurans dengan premium pecahan dan pilihan pembayaran yang fleksibel akan membantu pelanggan mendapatkan perlindungan penting dengan tekanan kewangan yang berkurangan

Dengan pencapaian kejayaan awal ini, pelbagai inisiatif sedang dijalankan untuk meningkatkan ekosistem insurans Lazada dan menambah baik perjalanan pelanggan. Ini termasuk membolehkan pengguna mengakses polisi dan perkhidmatan selepas pembelian dengan mudah melalui aplikasi Lazada. Selain itu, teknologi canggih Peak3, seperti pengesyoran produk dipacu AI, penilaian tuntutan pintar dan sokongan pelanggan berkuasa AI akan memperkemas lagi operasi dan pengalaman pelanggan.

Di samping itu, Peak3 dan Alibaba, syarikat induk Lazada, meninjau peluang tambahan dengan perniagaan Perdagangan Digital Antarabangsa Alibaba yang lain. Cita-citanya adalah untuk memacu inovasi, memperluas kebolehcapaian dan menyediakan penyelesaian insurans yang komprehensif kepada pelanggan di peringkat global.

Latar Belakang Peak3

Peak3 menawarkan teras SaaS termaju, orkestrasi dan teknologi AI untuk industri insurans global. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 50 penanggung insurans, MGA dan pengantara merentas insurans hayat, kesihatan dan P&C, Peak3 mengupayakan pertumbuhan yang dipercepat, pengalaman pelanggan yang dipertingkat dan kecekapan operasi yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut mengenai Peak3, sila kunjungi www.peak3.com

Latar Belakang Lazada Group

Lazada Group ialah platform e-Dagang perintis Asia Tenggara. Sejak 12 tahun yang lalu, Lazada menggiatkan kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Hari ini, ekosistem tempatan yang berkembang pesat menghubungkan kira-kira 160 juta pengguna aktif dengan lebih daripada satu juta penjual yang aktif menjual setiap bulan, yang berurus niaga dengan selamat dan terjamin melalui saluran pembayaran yang dipercayai dan Lazada Wallet, menerima bungkusan melalui rangkaian logistik tempatan yang menjadi yang terbesar. di rantau ini.

Source: Peak3
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Insurance Joint ventures