BUKIT MERTAJAM, Malaysia, 17 April 2026 /PRNewswire/ -- Village Grocer, rangkaian pasaraya terkemuka Malaysia, melebarkan sayapnya ke bahagian utara negara pada hari ini dengan pembukaan cawangan terbaharunya di Vangohh Eminent. Pelancaran ini merupakan satu pencapaian besar untuk jenama ini yang terkenal dengan memberikan pengalaman membeli-belah dengan identiti tersendirinya iaitu "Passion to Delight" kepada komuniti yang semakin pesat berkembang di rantau Bukit Mertajam.
Village Grocer Kini Mendarat di Utara: Cawangan Baharu Dibuka di Vangohh Eminent, Bukit Mertajam pada 16 April 2026
Cawangan terbaharu ini dibina untuk menjadi pusat tarikan utama di Vangohh Eminent, di mana ia menyediakan barangan segar yang dipilih secara teliti, baik dari hasil tempatan mahupun yang diimport daripada pasaran antarabangsa. Residen dan pengunjung di daerah Seberang Perai kini boleh menikmati akses kepada:
"Kami amat mengalu-alukan kedatangan Village Grocer ke Vangohh Eminent. Dikenali kerana menawarkan produk berkualiti, segar, dan pilihan barangan keperluan yang premium, Village Grocer memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan menyeronokkan kepada komuniti setempat serta memenuhi standard gaya hidup penduduk di sekitar kawasan kejiranan. Pembukaan ini juga menandakan suatu pencapaian dalam memperkukuhkan rangkaian jenama kami di samping menyediakan sebuah destinasi menarik untuk menceriakan kehidupan pengunjung dan residen di sini," kata Cik Ice Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vangohh Eminent.
"Kehadiran kami di Vangohh Eminent merupakan langkah strategik dalam membekalkan barangan keperluan rumah yang premium khususnya untuk pasaran Utara," menurut kenyataan Encik Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor. "Kami bina cawangan ini dengan reka bentuk moden, beserta sentuhan estetik yang sesuai dengan seni binanya yang ikonik. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aktiviti membeli-belah barangan keperluan rumah lebih mudah dan menyeronokkan bagi semua pelanggan yang datang berkunjung," tambah beliau lagi.
Majlis Pembukaan Gilang Gemilang & Promosi
Bagi meraikan majlis pelancaran, Village Grocer Vangohh Eminent menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif sempena pembukaan dan untuk ahli tetap BITES dari 16 April hingga 17 Mei 2026:
Sebagai sebahagian daripada komitmen Village Grocer dalam usaha menyokong kelestarian persekitaran, Vangohh Eminent akan beroperasi sebagai kedai membeli-belah tanpa plastik, untuk menggalakkan pelanggan membawa beg guna semula mereka sendiri bagi membantu mengurangkan impak pencemaran terhadap alam sekitar.
Village Grocer di Vangohh Eminent terletak di Aras G dan dibuka setiap hari dari 10:00 PG hingga 10:00 MLM.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman www.villagegrocer.com.my atau ikuti Village Grocer di Facebook dan Instagram.
Tentang Village Grocer:
Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman beli-belah. Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my.