omniture

Modul PV JA Solar Lulus Ujian Hujan Batu Gred Tinggi TUV

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-03-23 07:00 110

SHANGHAI, 23 Mac, 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO)("JA Solar" atau "JA"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan hari ini kesemua modul PVnya telah lulus ujian impak hujan batu bergred tinggi yang dijalankan oleh TUV Rheinland.

Semasa ujian impak hujan batu bergred tinggi tersebut, ketulan ais dengan diameter 45 milimeter menghentam permukaan kaca modul JA pada kelajuan 30.7 meter sesaat (kira-kira 110.5 kilometer sejam). Sebagai perbandingan, ketulan yang digunakan dalam ujian impak hujan batu standard hanya berdiameter 25 milimeter dan menghentam modul pada kelajuan hanya 23 meter sesaat. Prestasi impak antitenaga kinetik modul JA adalah sepuluh kali ganda standard industri asal.

En. Jian Xie, Presiden JA Solar, mengulas, "Bagi memastikan produk kami dapat menahan keadaan cuaca yang buruk, adalah satu keperluan bagi modul kami lulus ujian impak hujan batu di bawah keadaan paling ketat. Lulus ujian impak hujan batu gred tinggi TUV merupakan bukti lanjut bagi keandalan tinggi produk PV JA Solar dan kelebihan daya saing kami sebagai pemimpin dalam teknologi PV industri".

 

 

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Joint ventures