omniture

LKK Health Products Group Diberi Penghormatan dengan "Anugerah CSR Cemerlang" bagi Empat Tahun Berturut-turut

LKK Health Products Group
2015-04-03 19:48 277

HONG KONG, 3 April 2015 /PRNewswire/ -- Pada 27 Mac 2015, LKK Health Products Group (LKKHPG) telah merangkul "Anugerah CSR Cemerlang" bagi tahun keempat berturut-turut di Majlis Penyampaian Anugerah yang dianjurkan oleh The Mirror, sebuah majalah bulanan autoritatif yang berpangkalan di Hong Kong.

LKK Health Products Group Raih "Anugerah CSR Cemerlang" bagi Tahun Keempat Berturut-turut
LKK Health Products Group Raih "Anugerah CSR Cemerlang" bagi Tahun Keempat Berturut-turut

Perwakilan Kerajaan Hong Kong SAR selain usahawan terkemuka, cendekiawan dan pengamal media dari empat rantau seberang selat itu telah dijemput untuk mengambil bahagian. C.Y. Leung, Ketua Eksekutif Hong Kong SAR, telah mengambil bahagian bagi tahun keempat berturut-turut, memberi ucapan pada majlis tersebut dan menyampaikan anugerah bagi sebahagian penerima. Keseluruhannya 32 buah syarikat telah merangkul "Anugerah CSR Cemerlang".

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG, berkata, "Kami amat berterima kasih kepada The Mirror kerana mengiktiraf amalan CSR kami selama empat tahun berturut-turut. Ini menggalakkan kami untuk menjalankan CSR dengan lebih baik pada masa akan datang. Dengan mendokong nilai teras 'Si Li Ji Ren', kami sentiasa percaya CSR merupakan tanggungjawab wajib sesebuah syarikat, dan berikhtiar untuk melakukan inovasi berterusan dalam memenuhi tanggungjawab terhadap kesihatan, kualiti, pekerja, rakan kerjasama, persekitaran dan masyarakat, dengan pemantapan kehidupan sihat sebagai sasaran jangka panjang."

LKKHPG merupakan ahli Lee Kum Kee Group, perusahaan Hong Kong berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, perniagaan LKKHPG meliputi ladang herba China, penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan TCM, platform internet mudah alih, serta pelaburan hartanah. Setakat 31 Disember 2014, LKKHPG telah mempunyai hampir 4,000 orang pekerja. Ahli-ahlinya termasuk Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd, dan HeHa Digital Health Ltd.

Selain mengadakan Hari Berjalan Kaki Sedunia Infinitus untuk lima tahun berturut-turut dengan penyertaan lebih 760 ribu orang, LKKHPG turut mengadakan banyak penerokaan dan pelaksanaan dalam CSR pada 2014, termasuk:

  • Mengukuhkan falsafah kesihatan uniknya "Empat Peraturan" ke dalam suatu set panduan yang mantap;
  • Menggalakkan aktiviti berjalan kaki baharu di kalangan kakitangan, antaranya 700 kakitangan telah menjadi "Bakat Berjalan" dengan berjaya berjalan kaki melebihi 10,000 langkah sehari untuk tujuh hari berturutan;
  • Melancarkan pek isian semula tegak sendiri bermembran komposit di bawah prinsip meminimumkan, mengulang, mengitar semula dan degradasi apabila mereka bentuk pempakejan produk baharu;
  • Melaksanakan 18 aktiviti perkhidmatan awam dalam bidang pembasmian kemiskinan dan sokongan pendidikan di tanah besar China melalui Yayasan Si Li Ji Ren.

WAKIL: Samson Su, +86-20-38168859, samson.su@infinitus-int.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150402/0861502586

Source: LKK Health Products Group
Keywords: