omniture

Program TOEFL® Anjur Perbualan Facebook® Global Secara Langsung pada 23 April Sempena Hari Bahasa Inggeris

Educational Testing Service
2015-04-16 05:00 96

- Pakar akan menjawab soalan pelajar tentang bahasa Inggeris dan ujian TOEFL

PRINCETON, New Jersey, 16 April 2015 /PRNewswire/ -- Program TOEFL® akan meraikan Hari Bahasa Inggeris dengan sesi perbualan soal jawab secara langsung di Facebook®. Pelajar yang berminat mempelajari lebih lanjut tentang bahasa Inggeris dan ujian TOEFL® digalakkan mendaftar di Facebook untuk perbincangan secara langsung pada 23 April, 14:00-16:00 UTC.

Video - http://youtu.be/upue4xapTz8

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mewujudkan Hari Bahasa khusus untuk setiap satu daripada enam bahasa rasminya untuk meraikan kewujudan pelbagai bahasa dan kepelbagaian budaya. Tarikh 23 April telah dipilih untuk Hari Bahasa Inggeris sempena memperingati hari lahir William Shakespeare.

Buat tahun kedua berturut-turut, program TOEFL meraikan dengan menjemput pakar bahasa Inggeris untuk menjawab soalan tentang penggunaan bahasa Inggeris, kosa kata dan tatabahasa, selain sebarang soalan berkaitan persediaan serta pendaftaran untuk ujian TOEFL.

"Meraikan Hari Bahasa Inggeris merupakan titik permulaan yang amat baik untuk pelajar yang merancang untuk mengambil ujian TOEFL pada 2015," kata Jobert Abueva, pengarah kanan pemasaran bagi program TOEFL. "Kami di sini untuk menjawab sebarang soalan ketika pelajar bersedia untuk pengembaraan pembelajaran mereka di luar negara."

Perbualan langsung itu merupakan sebahagian daripada kempen lebih besar untuk membantu pelajar memulakan pengembaraan pembelajaran mereka di luar negara dengan program TOEFL bertindak sebagai jurumudi peribadi di Facebook dan Instagram®. Pelajar yang berkeinginan untuk belajar di luar negara boleh mengikuti program TOEFL untuk mendapatkan maklumat bernilai tentang pengalaman mereka yang akan datang.

Para pelajar boleh mendaftar untuk perbualan langsung itu dalam talian di Facebook di https://www.facebook.com/events/1423551151280221/. Lebih banyak maklumat tentang ujian TOEFL boleh didapati di www.toeflgoanywhere.org.

Latar Belakang Ujian TOEFL
Ujian bahasa Inggeris akademik TOEFL merupakan penilaian bahasa Inggeris paling dihormati di seluruh dunia, diiktiraf oleh lebih 9,000 institusi di lebih 130 buah negara. Sehingga kini, lebih 30 juta pelajar telah mengambil ujian TOEFL. Lebih banyak maklumat tentang ujian TOEFL, termasuk pendaftaran, tips pembelajaran dan contoh soalan, boleh didapati di laman sesawang TOEFL® Go Anywhere di www.toeflgoanywhere.org.

Latar Belakang ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk masyarakat di seluruh dunia dengan menghasilkan penilaian berasaskan penyelidikan terperinci. ETS memberi khidmat kepada individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai untuk pentauliahan guru, pembelajaran bahasa Inggeris, serta pendidikan rendah, menengah dan juga pasca menengah, serta mengadakan penyelidikan pendidikan, analisis dan kajian polisi. Diasaskan sebagai pertubuhan tanpa untung pada 1947, ETS membangunkan, menjalankan dan menskor lebih 50 juta ujian setiap tahun – termasuk ujian TOEFL®, TOEIC® , ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series® -- di lebih 180 buah negara, di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org

Source: Educational Testing Service
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Social Media Broadcast feed announcements New products/services