omniture

Sejajar dengan strategi untuk mematangkan negara bagi ekonomi baru muncul, Nepal menyertai Perikatan Better Than Cash

Better Than Cash Alliance
2015-04-16 09:30 89

- Kerajaan menyasarkan pertumbuhan ekonomi dan pemerkasaan wanita melalui inisiatif pembayaran digital

NEW YORK dan KATHMANDU, Nepal, 16 April 2015 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada wawasan negara untuk keluar daripada status Negara Paling Tidak Membangun, Nepal telah mengumumkan komitmen bercita-cita tinggi untuk memodenkan ekonominya melalui pembayaran digital. Dengan menyertai Perikatan Better Than Cash, platform, polisi, dan program baharu Kerajaan bakal merangsang pertumbuhan terangkum, ketelusan, serta pemerkasaan ekonomi wanita.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150412/197969
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150412/197970LOGO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150412/197971LOGO

"Di Nepal, kami sedang memasuki era perubahan besar," kata Madhusudan Pokharel, Setiausaha Bersama Kementerian Kewangan Nepal. "Nepal mengakui manfaat mempercepat penggunaan platform pembayaran digital yang selamat dan kukuh. Kami yakin peluang yang disediakan pembayaran digital akan membantu kami mewujudkan sistem kewangan yang lebih telus, menjimatkan kos dan merangkumi semua warga Nepal."

Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mendigitalkan pembayaran, Nepal merancang untuk membina sistem baharu bagi mendigitalkan kutipan cukai dan elaun keselamatan sosial. Tambahan lagi, inisiatif pemerkasaan ekonomi wanita bersasaran akan membantu meningkatkan kebebasan kewangan wanita dengan mempertingkat akses kepada sumber ekonomi seperti perkhidmatan kewangan digital. Dalam usahanya untuk menggalakkan pendigitalan ekonominya, Kerajaan Nepal boleh memanfaatkan polisi dan kepakaran teknikal Perikatan untuk beberapa inisiatif pembayaran digital yang akan meningkatkan kebertanggungjawaban dan ketelusan kerajaan.

Dengan menyepadukan pembayaran digital ke dalam ekonomi negara seperti Nepal boleh memberi banyak faedah, menurut Kumpulan Penyelidikan Pembangunan Bank Dunia. Pembayaran digital dapat mengurangkan kos urus niaga, meningkatkan ketelusan, dan mempercepat akses kepada perkhidmatan kewangan rasmi yang membantu orang ramai memecahkan belenggu kemiskinan serta memacu pertumbuhan ekonomi terangkum. Wawasan kerajaan, pelaburan dalam prasarana, dan jaminan kawal selia turut menggalakkan inovasi dan pelaburan sektor swasta.

Di luar negara, komitmen Nepal merupakan contoh penting bagi kemajuan pasaran baru muncul sedunia. Tahun ini, komuniti antarabangsa akan menilai pencapaian Matlamat Pembangunan Abad dan membincangkan Agenda Pembangunan Pasca-2015 dengan aturan Matlamat Pembangunan Mampan baharu. Matlamat ini, termasuk penghapusan kemiskinan tegar, hanya boleh direalisasikan apabila ia berjaya dilaksanakan seluruh dunia, lalu memberi sorotan yang tidak pernah wujud sebelum ini ke atas prestasi pasaran baru muncul seperti Nepal, menurut Laporan Negara Paling Tidak Membangun 2014 Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Perdagangan dan Pembangunan.

"Kami mengalu-alukan Nepal ke dalam Perikatan Better Than Cash dan memuji mereka kerana keazaman mereka untuk mengembangkan ekonomi dan memperkasa wanita," kata Dr. Ruth Goodwin-Groen, Pengarah Urusan Perikatan Better Than Cash. "Pembayaran digital menyediakan faedah mampan kepada negara seperti Nepal yang ingin memacu pertumbuhan ekonomi terangkum. Dengan langkah seperti merendahkan kos dan meningkatkan keselamatan hinggalah menghubungkan wanita kepada aliran kewangan utama, usaha baharu Nepal akan membantu negara bertumbuh secara ekonomi dan sosial, sambil memajukan ekosistem pembayaran digital global."

Nepal menyertai 34 ahli Perikatan itu yang terdiri daripada kerajaan, rakan kongsi pembangunan, agensi PBB, dan syarikat swasta. Dianjurkan oleh Dana Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Perikatan itu dibiayai Yayasan Bill & Melinda Gates, Citi, Yayasan Ford, MasterCard, Omidyar Network, Agensi Amerika Syarikat bagi Pembangunan Antarabangsa (USAID) serta Visa Inc.

Hubungi:
Perikatan Better Than Cash
Sabrina Sidhu
+1 (646) 662-7186/ sabrina.sidhu@uncdf.org

Kementerian Kewangan, Kerajaan Nepal
Madhusudan Pokharel, Setiausaha Bersama, Divisyen Pengurusan Sektor Kewangan
0977-9841283905 / mspokharel@yahoo.com

Latar Belakang Perikatan Better Than Cash
Perikatan Better Than Cash bekerjasama dengan kerajaan, komuniti pembangunan, dan sektor swasta bagi memperkasa orang ramai dengan beralih daripada pembayaran tunai kepada pembayaran elektronik. Yayasan Bill & Melinda Gates, Citi, Yayasan Ford, MasterCard, Omidyar Network, USAID dan Visa Inc. merupakan pembiaya dan Dana Pembangunan Modal PBB bertindak sebagai sekretariat. Lawati http://www.betterthancash.org/, ikuti @BetterThan_Cash dan langgan untuk mendapatkan berita.

Latar Belakang Kementerian Kewangan, Nepal
MOF merupakan badan berkuasa pusat Kerajaan Nepal yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara kestabilan ekonomi mikro serta makro dalam negara itu. Lebih-lebih lagi, peranan utama Kementerian terletak pada peruntukan sumber lebih munasabah; pengurusan perbelanjaan awam lebih baik; pengerahan sumber dalaman dan luaran yang dipertingkat; prestasi lebih hebat dalam pelaburan awam serta pengukuhan kemampuan produktif perusahaan awam; polisi pertukaran asing dan juga pengawalseliaan yang terbuka dan ringkas. http://www.mof.gov.np/en/

Source: Better Than Cash Alliance
Keywords: Banking/Financial Service