omniture

Seni Bina Agile Network 3.0 Huawei Dilancarkan di Kongres Rangkaian Huawei 2015

Huawei
2015-05-22 18:30 131

-- Membolehkan Perusahaan Memanfaatkan Peluang dalam Era Internet Perkara

BEIJING, 22 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengumumkan pelancaran Seni Bina Agile Network 3.0 di Kongres Rangkaian Huawei 2015 (HNC2015), di Beijing yang bertemakan "Daripada Ketangkasan kepada Imaginasi." Menampilkan versi terkini seni bina Agile Network Huawei, Huawei memperkenalkan penyelesaian Internet Perkara (IoT) Agilenya yang membolehkan perusahaan membina infrastruktur IoT yang tangkas untuk memperoleh kemungkinan perniagaan dan merealisasikan pendigitan pengeluaran, pengilangan dan logistik.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150520/217422

Huawei meramalkan menjelang 2025, sejumlah 100 bilion sambungan akan dijana di peringkat global dan dua juta sensor baharu akan dipasang setiap jam. Walau bagaimanapun, rangkaian kita pada hari ini tidak mampu menyediakan ketersambungan untuk menyokongnya. Sebagai sebahagian daripada HNC2015, Huawei akan turut melancarkan Penyelesaian IoT Agilenya, yang terdiri daripada tiga komponen teras: gerbang IoT Agile, Pengawal Agile dan LiteOS, sistem operasi (OS) IoT yang ringan.

"Huawei percaya, pempiawaian infrastruktutr ICT akan menggalakkan pembangunan aplikasi Internet, termasuk aplikasi IoT. Bagi melaksanakannya, Huawei melancarkan sistem operasi Internet Perkara kami, iaitu LiteOS," kata En. William Xu, Ketua Pegawai Strategi dan Pemasaran, Huawei, di kongres tersebut.

LiteOS merupakan OS IoT paling ringan di dunia. Saiznya kecil iaitu 10KB dan memerlukan konfigurasi sifar sambil menyokong penemuan automatik, dan perangkaian automatik. Ia dapat digunakan dalam pelbagai bidang seperti rumah pintar, teknologi boleh pakai, kenderaan terhubung dan seluruh industri. LiteOS membantu meringkaskan pembangunan perkakasan pintar untuk meningkatkan ketersambungan IoT. Selain itu, Huawei mengumumkan LiteOS akan disediakan kepada semua pembangun, membolehkan mereka membangunkan produk IoT mereka dengan pantas.

Selain memfokuskan pembangunan produk dan penyelesaian infrastruktur IoT, Huawei turut komited untuk menubuhkan ekosistem IoT berorientasikan aplikasi industri melalui kolaborasi dengan rakan kongsi huluan dan hiliran serta membangunkan penyelesaian industri. Ini merupakan sebahagian daripada pendekatan Huawei untuk membangunkan dan menyediakan Infrastruktur ICT Berpandu Perniagaan (BDII).

Dalam ucapan utamanya, Yan Lida, Presiden, Kumpulan Perniagaan Perusahaan, Huawei, berkata, "BDII memerlukan kolaborasi perniagaan yang erat dan usaha inovasi bersama antara Huawei serta rakan-rakan kongsi kami. Kami telah terlibat dalam usaha sama industri, bekerjasama dengan organisasi standard dalam bidang IoT, dan menubuhkan pusat penyelidikan inovatif, makmal terbuka, serta komuniti pembangunan untuk menggalakkan perkembangan industri."

"Sepanjang tiga tahun lalu, Huawei telah terlibat dalam beberapa kolaborasi teknologi yang mendalam bersama rakan industri global kami dalam bidang IoT. Kami telah membangunkan siri penyelesian IoT yang telah diaplikasikan kepada bangunan, meter elektrik, kenderaan, gimnasium, kilang, outlet runcit, dan lampu jalan. Selari dengan pendekatan kami untuk menyediakan BDII, Huawei akan terus bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi untuk melancarkan perisian berasaskan seni bina Agile Network kami untuk industri tertentu yang berbeza," kata Liu Shaowei, Presiden, Barisan Produk Suis dan Komunikasi Perusahaan, Huawei.  

Selain penyelesaian IoT Agile, Huawei juga melancarkan beberapa produk dan teknologi baharu dalam bidang pusat data, kampus wayarles perusahaan, Rangkaian Kawasan Luas (WAN) dan sekuriti rangkaian. Produk-produk ini termasuk suis pusat data 100T, Penyelesaian Mudah Alih Tangkas Capaian Integrasi Wi-Fi dan LTE, penghala berdaya pemprosesan tinggi dengan kecekapan transmisi dipertingkat, dan penyelesaian Sekuriti Peranti, Rangkaian Awan Sepenuhnya.

HNC2015 merupakan acara industri utama yang menyatukan lebih 6,000 pelanggan, rakan saluran, wartawan, penganalisis, dan lain-lain dari lebih 43 buah negara seluruh dunia dan 41 pempamer termasuk Intel, SAP, IBM, VMWare, Infosys, dan China Telecom. Sebagai sebahagian daripada acara tersebut, Huawei akan menganjurkan kira-kira 200 forum dan ucapan, merangkumi tujuh tema teknikal dan lapan tema industri, untuk meneroka masa depan pembinaan rangkaian dan perniagaan tangkas dalam era IoT.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news