omniture

Hardox 450 dalam Gelendong Penggaul Konkrit Membolehkan Penjimatan Satu dalam Enam Muatan

Gelendong penggaul konkrit beroperasi dalam persekitaran yang amat sukar dengan konkrit keras dan basah yang mendedahkan gelendong kepada kehausan lampau secara berterusan. Peraturan berat maksimum untuk kenderaan barangan berat yang diperketat di seluruh dunia turut menimbulkan cabaran.
SSAB
2015-06-29 09:00 548

SINGAPURA, 29 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Selain amat tahan lasak, trak penggaul konkrit juga mesti amat ringan. Berat kosong lebih rendah membolehkan muatan lebih tinggi, meningkatkan produktiviti sambil mengurangkan penggunaan bahan bakar dan kesan terhadap alam sekitar.

Untuk melihat seluruh hebahan, klik di sini: http://photos.prnasia.com/prnk/20150623/8521504102-b

Hardox® 450 in concrete mixer drums
Hardox® 450 in concrete mixer drums

Keluli berkekuatan tinggi SSAB memungkinkan pembinaan aplikasi yang lebih ringan. Satu keluli yang dapat memenuhi keperluan pasaran yang mendesak adalah keluli kalis haus SSAB, Hardox 450.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SSAB telah mencapai kemajuan penting dalam Hardox nipis. Teknik pelindapkejutan rintis baharu yang diperkenalkan di kilang kepingan adalah amat sesuai untuk menghasilkan keluli tahan haus yang nipis. "Kombinasi baik ciri lenturan dan kekerasan tembus-ketebalan bersama permukaan hebat merupakan ciri Hardox nipis," kata Joachim Larsson, ketua Pembangunan Produk.

Gelendong penggaul konkrit yang dibuat daripada Hardox 450 dapat dijadikan amat ringan tanpa menjejaskan jangka hayat perkhidmatan dan memberikan pelanggan:

  • gelendong penggaul dengan ketahanan yang baik terhadap haus dan kemek
  • gelendong penggaul yang nyata lebih ringan
  • kemungkinan untuk meningkatkan muatan, yang dalam banyak keadaan menjimatkan satu daripada enam muatan

Dapatan: Sehingga 50% pengurangan berat mungkin dicapai dengan Hardox 450

Kajian telah menunjukkan kebarangkalian untuk menghasilkan gelendong penggaul konkrit yang amat ringan dan kuat dengan menggunakan Hardox 450 tanpa mengurangkan jangka hayat perkhidmatan. Model konsep ini telah dibina menggunakan Hardox 450 setebal 3mm dalam kelongsong gelendong dan pusaran, menghasilkan sehingga 50% penjimatan berbanding gelendong penggaul konvensional. Pengurangan berat ini menandakan daya beban yang lebih tinggi, penggunaan bahan bakar yang lebih rendah dan pengurangan kesan terhadap alam sekitar.

Tawaran lengkap untuk segmen konkrit

Selain keluli tahan haus Hardox 450 untuk gelendong penggaul konkrit, SSAB dapat menawarkan rangkaian luas penyelesaian lain bagi menghadapi cabaran dalam industri. Keluli struktur dengan kekuatan tinggi Strenx 700 MPa membolehkan penghasilan rekaan struktur yang lebih ringan untuk bahagian kekaki dan subrangka. Tiub Hardox 500 telah diuji di lapangan dengan memperoleh hasil yang cemerlang. Tiub pengepam konkrit merupakan contoh kes yang baik bagi aplikasi yang mana tiub perlu menahan kehausan dalaman dan luaran yang lampau.

Hubungi:

Kris Chua
Telefon: +65-9299-1622
E-mel: kris.chua@ssab.com
Laman Sesawang: http://www.ssab.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504102-a
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504102LOGO 

Source: SSAB
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Transportation New products/services