omniture

Saranan daripada Forum Ekonomi Astana 2015

Astana Economic Forum
2015-07-06 19:50 291

ASTANA, Kazakhstan, 6 Julai, 2015 /PRNewswire/ --

 ("Ekonomi Dunia dan Penyepaduan," "Infrastruktur," "Ekonomi Hijau dan Inovasi," "Pertumbuhan inklusif dan modal insan," "Perniagaan dan pasaran modal")

Forum Ekonomi Astana 2015 telah diadakan pada 21 dan 22 Mei. Tema utama Forum ini ialah "Infrastruktur - pemacu pertumbuhan ekonomi mampan."

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7568051-recommendations-astana-economic-forum/

Ekonomi dunia dan Penyepaduan

Ekonomi dunia sedang menghadapi arus silang yang besar - harga minyak, perubahan kadar tukaran, pempelbagaian dasar kewangan dan legasi Krisis Ekonomi 2009. Pertumbuhan ekonomi global terus lemah dan sederhana sementara pertumbuhan potensi keluaran telah menurun.

Penurunan harga minyak telah membawa kepada agihan semula yang besar dalam pendapatan sebenar daripada pengeksport minyak kepada pengimport minyak. Bagi kumpulan negara terakhir, peningkatan dalam pendapatan sebenar ini membawa kepada peningkatan perbelanjaan. Harga minyak yang lebih rendah memberi manfaat kepada A.S. khususnya, yang mana kesan penggunaan positif mendominasi kesan pelaburan negatif dalam industri minyak. Ia dapat menjadikan A.S. sebagai jentera dominan sekali lagi untuk keluaran dunia terutamanya dalam peranannya sebagai pengguna pilihan terakhir. Ini dapat membawa kepada penerusan ketidakseimbangan luar yang besar, dengan A.S. sekali lagi menghampiri defisit akaun semasa sehingga 5 peratus daripada KDNK.

Bagi pengeksport minyak, tempoh harga minyak rendah, barangkali, merupakan masa yang baik untuk melakukan perubahan struktur dan institusi bagi tujuan mempelbagaikan ekonomi mereka serta meningkatkan kekuatan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Ketidaktentuan kadar tukaran menjadi luar biasa besarnya sementara pempelbagaian dalam dasar kewangan disaksikan. Mulai Mei 2014 hingga April 2015, Euro-Dolar bergerak daripada 1.34 kepada 1.08 - kadar tukaran ini telah meningkatkan daya saing dan prospek pertumbuhan Zon Euro. Kenyataan bahawa A.S. hampir keluar daripada sempadan bawah sifar mungkin membawa kepada peningkatan kadar faedah sementara di Zon Euro dan Jepun kita jelas amat jauh daripadanya. Maka, pempelbagaian dalam dasar kewangan ini menerangkan kebanyakan pergerakan dalam kadar tukaran.

Legasi Krisis Ekonomi masih berterusan di banyak negara. Masih terdapat tekanan menurun terhadap permintaan dan pertumbuhan domestik daripada sektor perbankan yang lemah serta tahap hutang yang tinggi.

Infrastruktur

Selain penggunaan, infrastruktur boleh menjadi pemacu utama penerusan pertumbuhan aktiviti sebenar dan pewujudan pekerjaan dalam ekonomi maju serta membangun pada masa akan datang.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150514/743719 )

Baca lebih lanjut…

Video: 
http://www.multivu.com/players/uk/7568051-recommendations-astana-economic-forum/

Source: Astana Economic Forum
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Environmental Products & Services Utilities Economic news, trends, analysis Trade show news