omniture

Pameran Seni Where's Wally? yang Besar Dibuka di Harbour City, Hong Kong

Kali pertama menggunakan Periscope untuk siaran langsung
Watak budaya pop terkenal dunia Martin Handford lawati Asia buat kali pertama
Harbour City
2015-07-17 23:50 593

HONG KONG, 17 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Mulai 9 Julai hingga 9 Ogos 2015, destinasi beli-belah & hiburan terbesar Hong Kong, Harbour City akan bertukar menjadi 'Dunia Wally,' apabila 'Pameran Seni Pencarian Kegembiraan – Where's Wally?' bermula.

“Happiness Hunt -- Where’s Wally? Art Exhibition” and Limited Edition Merchandise at Harbour City
“Happiness Hunt -- Where’s Wally? Art Exhibition” and Limited Edition Merchandise at Harbour City

 

Harbour City has invited special guest Ms. Miriam Yeung to attend the press event of Where's Wally? Art Exhibition.
Harbour City has invited special guest Ms. Miriam Yeung to attend the press event of Where's Wally? Art Exhibition.

 

Harbour City has collaborated with different partners to launch the Where’s Wally x MINI car show, PizzaExpress Wally’s Special menu and a series of kid’s workshop
Harbour City has collaborated with different partners to launch the Where’s Wally x MINI car show, PizzaExpress Wally’s Special menu and a series of kid’s workshop

Harbour City bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Hong Kong dan pengeluar kereta MINI untuk acara selama sebulan itu, bagi meraikan langkah pertama Wally ke bumi Asia sejak pengembara yang jarang ditemui itu dicipta oleh artis dan pengilustrasi British, Martin Handford pada tahun 1987.

Di Laman Hadapan Ocean Terminal, Wally akan muncul daripada buku bergambar klasik dan masuk ke dunia nyata. Semasa pencarian untuk kasutnya yang hilang, Wally, bersama 47 lagi Wally dari Dunia Wally, tanpa disedari memasuki alam realiti. Babak tersebut diatur dengan buku Wally gergasi di laman hadapan, yang mana pengunjung boleh duduk, bersantai dan menikmati dunia Wally yang penuh warna-warni.

Acara tersebut akan turut menyaksikan karya seni Where's Wally asli yang tidak ternilai dipamerkan buat kali pertama selain aktiviti-aktiviti serta cenderahati, dan turut berlangsung serentak dengan pelancaran kempen pemasaran Harbour City, yang dilakukan melalui aplikasi penstriman video langsung baharu Twitter iaitu Periscope. Sebagai jenama Hong Kong pertama melancarkan kempen seumpama ini melalui platform baharu tersebut, Harbour City kini dapat menggunakan siaran langsung jelajah Where's Wally untuk berkongsi lokasi-lokasi di Hong Kong dan kemunculan Wally di salah sebuah bandar paling dikenali di Asia dan di dunia.

Mengulas tentang usaha niaga baharu itu, Karen Tam, Penolong Pengurus Besar, Promosi & Pemasaran, Harbour City Estates Limited berkata, "Periscope merupakan perkara besar seterusnya bagi kempen kami di Twitter. Sebagai destinasi beli-belah terbesar Hong Kong dan peneraju dalam pemasaran media sosial, kami teruja untuk menjadi jenama korporat pertama di Hong Kong yang berhubung dengan para pengunjung kami melalui Periscope. Pencarian Kegembiraan dan pameran seni Where's Wally di Harbour City - #whereswallyHK – merupakan acara mega kami pada musim panas ini, dan kami tidak dapat memikirkan perkara lain yang lebih baik untuk dikongsi bersama dunia secara langsung melalui Periscope."

Bagi memperingati kunjungan pertama Wally ke Asia, Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membentangkan permaidani merah, atau mungkin lebih tepat, permaidani berbelang merah dan putih? Lembaga Pelancongan Hong Kong telah membawa Wally menjelajah Harbour City, Peak, Repulse Bay dan menaiki Star Ferry, sebagai sebahagian daripada ekspedisi mengujakan penjelajah dunia itu di Hong Kong.

Sebagai ihsan daripada Mini UK, badan-badan tujuh kereta MINI telah dihias khas dengan wajah Wally serta rakan-rakannya dan kenderaan tersebut akan dipamerkan untuk disaksikan oleh semua sebagai dunia berwarna-warni dan penuh imaginasi Where's Wally.

Selain pelbagai aktiviti yang membentuk Pameran Seni Where's Wally?, sebilangan syarikat lain bekerjasama dengan badan-badan kebajikan untuk menganjurkan acara mengumpul dana. Bagi melengkapi menu bertema Where's Wally mereka, Pizza Express turut mengadakan kelas membuat pizza untuk mengumpul wang bagi Yayasan Barah Darah Hong Kong, sementara Bengkel Kreatif Wally menawarkan peluang membuat kaca mata dan kompas ajaib Wally anda sendiri untuk membantu Yayasan Psikosis Awal.

Latar Belakang Where's Wally

Dicipta oleh Martin Handford dan diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1987, Where's Wally? merupakan antara watak paling terkenal di dunia dan merupakan ikon budaya pop. Suatu fenomena penerbitan antarabangsa dengan lebih 65 juta buku terjual di seluruh dunia, siri berjaya itu diterbitkan di lebih 30 buah negara, telah diterjemah kepada lebih 38 bahasa dan menjadi aplikasi berbayar #1 di 11 buah negara.

Latar Belakang Harbour City

Merangkumi lebih 2 juta kaki persegi hartanah perdana, Harbour City merupakan destinasi beli-belah terbesar dan paling pelbagai di Hong Kong, dengan lebih 450 buah kedai, 50 outlet makanan & minuman. #HarbourCity di Twitter dan Periscope sebagai @hkharbourcity. Bagi mengetahui lebih lanjut lawati www.harbourcity.com.hk

Wakil:

Florence Man
T: +852-2118-8623
florenceman@harbourcity.com.hk

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150717/8521504554-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150717/8521504554-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150717/8521504554-c  
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Fashion Retail Trade show news