omniture

Converse Masuki Era Baharu dengan Chuck Taylor All Star II Serba Baharu

CONVERSE Inc.
2015-07-24 17:52 407

-- SNIKER CONVERSE CHUCK TAYLOR ALL STAR II DIREKA UNTUK LEBIH MANFAAT DENGAN TEKNOLOGI KESELESAAN INOVATIF DAN BAHAN PREMIUM

BOSTON, 24 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, CONVERSE Inc. menampilkan Converse Chuck Taylor All Star II serba baharu, satu adaptasi kontemporari gaya Chuck Taylor All Star yang terkenal, buat kali pertama dipenuhi teknologi Nike Lunarlon untuk menyokong gaya hidup kreatif yang sentiasa aktif. Converse Chuck Taylor All Star II bersedia untuk memberi lebih manfaat, menampilkan ciri-ciri luaran paling mudah dikenali daripada Chuck Taylor All Star yang asal. Perincian termasuk pita foxing putih yang unik, penutup jari kaki getah dan lencana All Star, di samping menyertakan ciri-ciri dan manfaat yang diterajui pengguna untuk memberikan sniker premium yang selesa serta serbaguna untuk para peminat Chuck Taylor di mana-mana jua.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150722/240270 
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150227/178430LOGO

"Chuck Taylor All Star merupakan salah satu sniker paling menjadi legenda dan ikonik sepanjang zaman," kata Jim Calhoun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Converse. "Pelancaran Chuck II merupakan detik bersejarah bagi Converse ketika kami terus membawa jenama ini maju ke hadapan melalui kreativiti dan inovasi, mengalu-alukan bukan sahaja sniker baharu, malah cara berfikir baharu secara menyeluruh."

Sejak kemunculannya pada tahun 1917, Chuck Taylor All Star telah menjadi salah satu sniker paling diraikan di dunia, dengan para peminat, artis-artis dan ahli-ahli muzik menggunakan jenama itu sebagai lambang kreativiti serta pernyataan diri. Dalam mencipta Chuck II, Converse meneliti jiwa-jiwa kreatif di seluruh dunia, menyertai mereka dalam jelajah, di dewan-dewan konsert dan studio-studio seni, di kaki-kaki lima dan parti sepanjang malam, serta menyedari mereka inginkan sesuatu yang lebih lagi. Chuck Taylor All Star II direka untuk memenuhi keinginan gaya hidup kreatif dan dihasilkan untuk pernyataan diri generasi akan datang. Kini, kasut klasik yang diminati ini menerima penyegaran semula yang inovatif, dengan peningkatan produk yang mengekalkan nilai estetika yang tidak luput ditelan zaman sambil turut menyediakan penyelesaian keselesaan moden dalam pelaksanaan premium.

"Converse Chuck Taylor All Star II merupakan sniker yang bermula dengan satu idea mudah: obsesi," kata Richard Copcutt, Naib Presiden/Pengurus Besar Converse All Star. "Kami mendengar dan memahami bahawa orang ramai menyayangi Chuck mereka dan inginkan sniker yang dibuat untuk membolehkan mereka melakukan lebih lagi. Chuck II merupakan luahan penuh obsesi pengguna ini, mengekalkan DNA yang asli."

Converse Chuck Taylor All Star II menyampaikan:

Ciri-ciri Inovatif

  • Lapik dalam Nike Lunarlon untuk kusyen kaki dan sokongan tapak sepenuhnya
  • Kolar berlapik busa dan lidah berguset tanpa gelincir untuk keselesaan 360 darjah
  • Lapik sued mikro bertebuk, untuk pengudaraan semasa tempoh pemakaian yang panjang.

Perincian premium
Dibuat daripada kanvas premium yang tahan lasak, bahagian luaran Chuck Taylor All Star II menaikkan ciri paling dikenali sniker itu dengan perincian premium termasuk:

  • Lencana All Star bersulam sepenuhnya
  • Pita foxing tinggi mengikut trend
  • Lelubang tali matte monokrom

Sniker Converse Chuck Taylor All Star II Musim Luruh 2015 baharu akan diperkenalkan buat pertama kali pada Selasa, 28 Julai pada harga runcit disyorkan $70 USD (ox) dan $75 USD (hi-top) di gedung-gedung runcit Converse, peruncit terpilih dan secara dalam talian di Converse.com, dalam warna-warna berikut: Hitam, Putih, Merah dan Biru. 

Latar Belakang Converse
Converse Inc., berpangkalan di Boston, Massachusetts, merupakan anak syarikat milik penuh NIKE, Inc. Ditubuhkan pada tahun 1908, jenama Converse telah membina reputasi sebagai "Syarikat Sukan Asli Amerika"™ dan telah dikaitkan dengan warisan kaya kasut-kasut legenda seperti kasut Chuck Taylor® All Star®, kasut Jack Purcell® dan kasut One Star®. Kini, Converse menawarkan portfolio yang luas termasuk kasut, pakaian dan aksesori untuk lelaki, wanita serta kanak-kanak. Produk-prooduk Converse dijual di peringkat global oleh peruncit di lebih 160 buah negara dan melalui 92 lokasi runcit milik syarikat di A.S. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati Converse secara dalam talian di media.converse.com.

Source: CONVERSE Inc.
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services