KUALA LUMPUR, Malaysia dan ALMATY, Kazakhstan, 3 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Naib Pengerusi Almaty 2022, En Andrey Kryukov, hari ini melahirkan rasa bangganya terhadap usaha keras yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Bidaan Almaty 2022 sepanjang kempen dua tahunnya untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.
En Kryukov mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan rakan-rakan mereka daripada Persekutuan Antarabangsa serta penaja-penaja korporat atas galakan, bimbingan dan sokongan sepanjang proses pembidaan.
Berikutan pemilihan Beijing sebagai Bandar Tuan Rumah Sukan 2022, En Kryukov berkata:
«Kami mengucapkan tahniah kepada Beijing atas kejayaan bidaan mereka untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. China telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan di Asia dan kami yakin mereka akan menganjurkan acara Sukan yang hebat».
«Walaupun kecewa, kami turut berterima kasih kepada IOC kerana memberikan kami peluang untuk mempersembahkan visi kami kepada dunia. Kami membuat persediaan selama bertahun-tahun untuk menyampaikan bidaan kami yang mantap dan unik, serta mempelajari banyak perkara daripada keseluruhan proses ini».
«Saya amat berbangga atas kerja keras yang dilakukan oleh pasukan kami, dan saya yakin setelah melihat dan mendengar tentang gelanggang sebenar, gunung-ganang yang indah, budaya yang pelbagai serta bandar kosmopolitan yang berdaya maju kami, seluruh dunia kini mengetahui apa yang kami maksudkan dengan 'Kekalkan Keasliannya' ('Keeping it Real')».
«Bersesuaian dengan rancangan pembangunan sukan musim sejuk jangka panjang kami, kami akan terus membangunkan bandar kami untuk menjadi hab sukan musim sejuk bagi seluruh Asia Tengah. Rantau kami akan terus menerima manfaat daripada banyak gelanggang sukan musim sejuk di bandar kami dan kami akan kekal komited untuk membawakan acara-acara besar ke bandar kami. Sukan merupakan elemen penting dalam strategi jangka panjang negara kami dan kami akan terus menggalakkan golongan muda kami untuk mengambil bahagian dalam sukan».
«Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua ahli pasukan Almaty 2022 dan rakyat Kazakhstan atas keghairahan, kesungguhan dan sokongan berterusan yang memberi inspirasi. Tanpa mereka, kami tidak akan dapat membawakan bidaan kami sehingga peringkat akhir proses bidaan».
«Dengan membida untuk Sukan Musim Sejuk, kami dapat menunjukkan kepada dunia kemajuan menakjubkan yang telah dicapai oleh Kazakhstan sejak kemerdekaannya. Ini sendiri merupakan satu kejayaan besar buat negara kami».
Ikuti @RealAlmaty2022 melalui
https://www.facebook.com/RealAlmaty2022
https://twitter.com/realalmaty2022