omniture

'Cipta lebih lagi' bersama Wacom Intuos Pro

Wacom Singapore Pte Ltd
2015-08-06 10:00 475

-- Wacom menawarkan tutorial percuma, set berus boleh dimuat turun, dan pilihan tablet serta tawaran istimewa untuk jurugambar dan pelukis ilustrasi. Semua ini, serta kisah penuh inspirasi tentang karya seni hebat, hasil kerja sebelas daripada pelukis terbaik dunia kini boleh didapati di www.wacom.com/createmore

SINGAPURA, 6 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Wacom melancarkan kempen promosi globalnya – 'Cipta lebih lagi' ('Create more'). Menyasarkan golongan profesional dan penggemar berpengalaman dalam bidang fotografi dan ilustrasi, Wacom menawarkan pelbagai alat untuk memaklumkan, mengilhamkan dan membantu mereka untuk mencipta lebih lagi. Pelbagai bahan dan muat turun berkualiti tinggi termasuk tutorial percuma daripada para pelukis profesional boleh didapati di laman sesawang khusus. Mulai 15 Julai hingga 31 Disember, para pelukis juga boleh menikmati pek nilai istimewa dengan perisian percuma dan tawaran tambahan dengan pembelian tablet pen Intuos Pro. Maklumat lanjut serta pautan kepada tawaran yang terperinci serta bahan boleh dimuat turun itu boleh didapati di laman sesawang 'Cipta lebih lagi' Wacom.

Untuk hebahan multimedia yang lengkap, sila klik di sini: http://en.prnasia.com/mnr/wacom_201507.shtml

Karya Seni Benjamin Von Wong
Karya Seni Benjamin Von Wong
Karya Seni Natalie Shau
Karya Seni Natalie Shau
Menghasilkan potret yang sempurna bersama Miss Led
Menghasilkan potret yang sempurna bersama Miss Led
Mewarnakan gambar potret bersama Robert Hranitzky
Mewarnakan gambar potret bersama Robert Hranitzky

Kempen 'Cipta lebih lagi' menampilkan sebelas orang pelukis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari seluruh dunia. Mereka berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam tutorial video dan ebuku serta karya dan juga petunjuk berguna seperti set berus atau pilihan tablet untuk digunakan. Antara mereka ialah: Miss Led, pelukis ilustrasi yang memenangi anugerah dari London; Ben Von Wong, jurutera visual dan jurugambar dari Kanada; Alberto Montt, pelukis ilustrasi dan kartun dari Chile; pereka gerak Jerman Robert Hranitzky; serta Natalie Shau dari Lithuania, yang menggabungkan fotografi dan ilustrasi.

Pelukis penuh inspirasi 'Cipta lebih lagi'

Brooke A. Allen, Pelukis Buku Komik & Pelukis Ilustrasi, AS 
Robert Hranitzky, Pereka Gerak & Jurugambar, Jerman 
Crystal Kung, Pelukis Ilustrasi, Taiwan 
Miss Led, Pelukis Ilustrasi, UK 
Alberto Montt, Pelukis Kartun & Pelukis Ilustrasi, Chile 
Ohagi, Pelukis Ilustrasi, Jepun 
Natalie Shau, Pelukis Digital & Jurugambar, Lithuania 
Guy Shield, Pelukis Ilustrasi, Australia
Adrian Sommeling, Pelukis Digital & Jurugambar, Belanda
Benjamin Von Wong, Jurutera Visual & Jurugambar, Kanada
Koji Yoda, Pengarah Seni & Pengkarya Kolaj, Jepun 

Menggunakan alat yang betul 
Model paling popular dalam rangkaian Wacom, tablet pen Intuos Pro,menawarkan ruang kerja yang luas untuk pelukis ilustrasi atau penyunting foto yang memerlukan ketepatan, kejituan dan keselesaan pen atau berus tradisional. Ia menyediakan 2048 paras kepekaan tekanan pen, mengenali kecondongan pen, menyokong gerakan berbilang sentuhan dan menampilkan ExpressKeys dengan ciri boleh disuai khusus bagi memberi akses pantas kepada jalan pintas aliran kerja yang lancar serta pantas. Intuos Pro yang inovatif menggabungkan kebolehan pen terhebat Wacom dengan kawalan berbilang sentuhan yang intuitif, amat sesuai digunakan bersama komputer Mac mahupun PC.

Mulai 15 Julai hingga 31 Disember 2015, kempen 'Cipta lebih lagi' menawarkan kepada sesiapa yang membeli Intuos Pro dengan akses penuh bagi pek nilai yang akan mendapat keahlian profesional secara percuma selama setahun bagi AutoDesk Sketchbook, keahlian 30 hari untuk latihan video dalam talian daripada lynda.com serta pakej perisian percuma (Perfect Effects 9 Premium) daripada on1.

Membangunkan idea melalui komuniti Wacom 
Pengguna yang memilih untuk mendaftar dalam laman sesawang 'Cipta lebih lagi' untuk menerima bahan itu, juga boleh memilih untuk mendaftar dalam komuniti Wacom. Mereka akan mendapat faedah daripada tawaran istimewa berterusan, panduan dan teknik, surat berita secara tetap dengan artikel yang menarik minat dan lebih banyak lagi bahan penuh ilham daripada pengkarya profesional bagi membantu latihan dan ciptaan.

Daftar di sini untuk mendapat akses kepada tutorial percuma: 
http://www.wacom.com/en-sg/createmore

Promosi 'Cipta lebih lagi' berlangsung mulai 15 Julai hingga 31 Disember.

Maklumat lanjut tentang 'Cipta lebih lagi' dan pengkarya yang menyertainya boleh ditemui di sini: 
http://www.wacom.com/en-sg/createmore 
Imej, hasil seni, dan video penarik disediakan untuk kegunaan suntingan mengikut permintaan. 
Sila hubungi daphne.tan@wacom.com.sg

Latar Belakang Wacom 
Ditubuhkan pada tahun 1983, Wacom merupakan sebuah syarikat global yang berpusat di Jepun (Bursa Saham Tokyo 6727) dengan anak-anak syarikat dan pejabat-pejabat sekutu di seluruh dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan pengedaran di lebih 150 buah negara. Wawasan Wacom untuk membawa orang ramai dan teknologi secara lebih erat melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya pengeluar terkemuka dunia untuk tablet pen interaktif dan paparan serta stilus digital serta penyelesaian untuk menyimpan dan memproses tanda digital. Teknologi canggih peranti input intuitif daripada Wacom digunakan untuk mencipta seni digital, filem, kesan khas, fesyen, dan rekaan paling mengujakan di seluruh dunia dan memberikan pengguna perniagaan dan kediaman dengan teknologi antara muka terkemuka bagi mengekspresikan jiwa mereka.

Berjuta-juta orang dari seluruh dunia menggunakan teknologi pen digital peka tekanan tanpa bateri dan wayarles bagi mengendalikan telefon pintar, tablet media atau komputer meja mereka serta menonjolkan kreativiti mereka yang tersendiri. Syarikat itu turut menawarkan produk-produk sebagai penyelesaian OEM kepada pengeluar terkemuka yang berkhidmat untuk pasaran tambahan. Teknologi antara muka Wacom, yang dikenali sebagai teknologi Wacom feel IT, juga ditawarkan sebagai penyelesaian bersepadu untuk rakan kongsi strategik. Kebanyakan pengeluar komputer tablet PC bergantung kepada ciri-ciri canggih dan keandalan jenama itu bagi menyediakan pengalaman antara muka pengguna yang unggul.

Sebarang maklumat lanjut tentang produk-produk Wacom Singapura, lihat juga http://www.wacom.com/en-sg/

Daphne Tan 
daphne.tan@wacom.com.sg 
+65-9233-2370 

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201507/wacom/wacom.mp4 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150728/8521504564-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150728/8521504564-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150728/8521504564-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150728/8521504564-d 

Source: Wacom Singapore Pte Ltd
Keywords: Art Entertainment Trade show news