omniture

Jaringan Perniagaan Menerusi Pameran Alat Muzik Asia-Pasifik Terbesar Merupakan Cara untuk Anda Meraih Keunggulan

INTEX Shanghai Co., Ltd.
2015-08-24 10:00 237

SHANGHAI, 24 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Dengan pelbagai ciri jaringan dan seminar dengan tema berbeza berkaitan promosi perniagaan, peluang menjalinkan hubungan dilihat sebagai tidak putus-putus di Music China 2015, yang akan diadakan pada 14-17 Oktober 2015.

Music China, salah satu acara terbesar yang menggalakkan kepentingan kepelbagaian perniagaan dalam membina pasaran yang hebat, pesat, dan berpotensi, telah dilancarkan pada tahun 2002. Jaringan perniagaan di Music China 2015 merupakan cara yang hebat untuk anda meraih keunggulan.

Tiga konsep penting yang menonjolkan Music China 2015:

  • Reputasi Mantap

Dianjurkan oleh Intex Shanghai Co., Ltd, Persatuan Alat Muzik China dan Messe Frankfurt, serta diadakan di SNIEC, Music China 2015 akan memperlihatkan pelbagai produk muzik dan khidmat berkaitan. Tahun ini, pelbagai alat muzik tradisional barat dan China akan dipamerkan di dalam sembilan buah dewan dan ruang pameran seluas 105,000 meter persegi. Hampir 1,900 pempamer tempatan dan luar negara dari 30 buah negara serta wilayah dengan pelbagai bahan pameran mereka dijangka akan menjadikan Music China satu-satunya acara seumpamanya. Ini merupakan peluang jaringan dan perluasan perniagaan yang hebat yang tentu anda tidak mahu lepaskan.

  • Platform Rangkaian

Semasa program latihan yang diwujudkan khas untuk pengedar seperti anda dalam industri muzik, pakar perniagaan terkenal akan meliputi semua yang anda perlu ketahui agar perniagaan anda dapat diperluas dan dipromosikan, selain menawarkan anda dengan pengalaman, panduan, serta rahsia berharga mereka. Ini merupakan tempat untuk anda meraih peluang untuk berkongsi pengalaman serta pandungan perdagangan tentang topik-topik khusus bersama mereka yang berada dalam saluran perniagaan yang serupa. Ucapan dasar akan memperkenalkan topik yang serba baharu, "Mencipta Pelanggan Seumur Hidup Menerusi Pemasaran Dalam Talian dan Media Sosial", anjuran secara bersama oleh Music China dan Hal Ehwal Dalaman Antarabangsa bagi Persatuan Saudagar Muzik Kebangsaan (NAMM).

  • Pesta Pencetus Ikutan

Music China menyasarkan untuk menjadi pameran yang menerajui trend dalam industri muzik, menegakkan falsafah "memanfaatkan sebaik-baiknya sumber perniagaan bagi bertindak sebagai platform profesional". Semasa pameran ini, anda akan menemui pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan muzik termaju bagi semua keperluan perniagaan anda. Music China bukanlah sekadar pameran selama empat hari semata-mata, tetapi turut menjadi batu loncatan untuk anda merungkai kuasa promosi perniagaan.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Music China 2015, sila rujuk laman sesawang rasmi kami www.musicchina-expo.com. Sila daftar secara dalam talian untuk masuk secara percuma. Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu anda di Shanghai.

Hubungi:

Cik Dorothy Yang 
+86-21-6295-6881
yangyachun@intex-sh.com

Source: INTEX Shanghai Co., Ltd.
Keywords: Entertainment Music Trade show news