omniture

Netadmin Systems Diambil Alih oleh Volaris Group

Netadmin Systems
2015-09-15 21:38 286

LINKOPING, Sweden, 15 September 2015 /PRNewswire/ --

Netadmin Systems berbesar hati mengumumkan ia telah diambil alih oleh Volaris Group.

Sebagai pengambilalihan kedua Volaris dalam pasaran tegak bagi Komunikasi, Netadmin Systems akan kekal fokus untuk mengautomasikan proses perniagaan dan memudahkan kemajuan Penyedia Khidmat Komunikasi apabila mereka melancarkan rangkaian berasaskan gentian ("FTTH/B").

Sistem OSS daripada Netadmin membolehkan CSP membina dan mengendalikan rangkaian mereka, mengaturkan perkhidmatan data, suara, serta video dengan cara yang menjimatkan kos dan juga menyediakan pemantauan dan jaminan untuk memastikan tahap khidmat pelanggan dipenuhi.

"Kami tidak sabar-sabar untuk terus mengembangkan perniagaan kami dalam pasaran teras kami dan memperluas kehadiran kami dalam pasaran FTTx lain dengan pertumbuhan tinggi di peringkat antarabangsa. Kami teruja atas komitmen jangka panjang Volaris untuk pasaran kami serta amalan terbaik dan sinergi yang wujud dalam pasaran tegak Komunikasi mereka yang kian membangun," kata Olle Hillström, Ketua Pegawai Eksekutif Netadmin. "Pendekatan Volaris dalam membina perniagaan kami untuk tempoh jangka masa panjang adalah satu padanan yang amat sesuai dengan budaya kami. Kami percaya dengan Volaris dan pelaburan mereka, kami dapat terus mengembangkan perniagaan kami untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan kami di seluruh dunia."

Latar Belakang Netadmin Systems

Netadmin System i Sverige AB (Netadmin Systems) membangunkan dan memasarkan NETadmin, sistem OSS bebas vendor yang mengautomasikan proses penyampaian perkhidmatan dan jaminan perkhidmatan dalam rangkaian masa kini dan akan datang. Netadmin Systems mempunyai ibu pejabat di Linköping, Sweden serta sebuah pejabat di Stockholm. Netadmin Systems mempunyai lebih 70 pelanggan di seluruh dunia dan memperoleh kedudukan yang menerajui pasaran di rantau Nordic, Switzerland dan Belanda. Pelanggan-pelanggan penting termasuk TeliaSonera, Telenor Open Universe, M7 Group, Caiway, Eidsiva, dan Jersey Telecom. Ketahui lebih lanjut di: http://www.netadminsystems.com

Latar Belakang Volaris Group 

Volaris mengambil alih, memperkukuh, dan mengembangkan syarikat-syarikat teknologi pasaran tegak. Sebagai sebuah Kumpulan Operasi bagi Constellation Software Inc., Volaris bertanggungjawab mengukuhkan perniagaan dalam pasaran yang mereka bersaing dan membolehkan mereka berkembang - sama ada melalui pendekatan organik seperti inisiatif baharu dan pembangunan produk, perniagaan harian, atau melalui pengambilalihan yang saling melengkapi. Ketahui lebih lanjut di: http://www.volarisgroup.com


 

 

 

Source: Netadmin Systems
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology