omniture

Tata Motors dan Total Lubrifiants Meterai Persetujuan Perkongsian Global

Tata Motors and Total Lubrifiants
2015-09-16 11:00 146

PARIS, 16 September 2015 /PRNewswire/ --

Tata Motors dan Total Lubrifiants menandatangani perjanjian perkongsian perkhidmatan selepas jualan  untuk membekalkan pelincir jenama Total yang berprestasi tinggi, di seluruh pusat jualan & perkhidmatan Tata Motors dalam  pasaran antarabangsa. Dengan liputan global Total Lubrifiants yang beroperasi di 150 buah negara, ini akan menyokong rangkaian perkhidmatan Tata Motors dan pelanggannya dengan menawarkan pelincir generasi terkini untuk mempertingkatkan prestasi kenderaan komersial Tata Motors.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150907/264159LOGO )
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150907/264160LOGO )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150907/264163 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150907/264164 )

En. Sanjeev Garg, Ketua Global – Khidmat Pelanggan, Kenderaan Komersial, Tata Motors berkata, "Melalui perkongsian kami dengan Total Lubrifiants, kami di Tata Motors komited untuk membekalkan pelanggan kami dengan pelincir berjenama yang berkualiti tinggi yang dicipta khas untuk Kenderaan Komersial Tata Motors. Ini membolehkan pelanggan kami meningkatkan prestasi dan juga mengurangkan keseluruhan  kos operasi kenderaan mereka. Kami di Tata Motors juga beriltizam untuk menawarkan produkdan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan kami."

En. Phillipe Charleux, Naib Presiden Total Lubrifiants, Perancis, menerangkan, "Persetujuan ini memaparkan  hubungan cemerlang yang diwujudkan antara kedua-dua buah syarikat. Ia juga mencerminkan komitmen kami terhadap perkembangan mampan dalam pasaran global serta pembangunan produk bertaraf dunia dan juga perkhidmatan yang mampu memenuhi jangkaan pelanggan."

Melalui kerjasama ini, Total Lubrifiants akan terlibat dalam menambah baik kemahiran rangkaian Tata Motors dan bersama-sama menyokong pemodenan bengkel Tata Motors di seluruh dunia.

Latar Belakang Total dan Total Lubrifiants:

Total ialah salah sebuah syarikat minyak dan gas terbesar di dunia dengan operasilebih daripada 150 buah negara.

http://www.total.com

Total Lubrifiants memasarkan pelincir di 150 buah negara dan mempunyai hampir 5,000 orang pekerja. Ia mengendalikan 45 buah kilang pengeluaran dengan jualan tahunan menghampiri 2 juta tan bagi tahun 2014.

http://www.lubricants.total.com

Latar Belakang Tata Motors:

Tata Motors ialah syarikat kereta terbesar di India, dengan catatan gabungan perolehan sebanyak Rs. 1,88,818 karor ($34.7 bilion) pada tahun 2012-13.

http://www.tatamotors.com  

Sumber: Tata Motors and Total Lubrifiants

Source: Tata Motors and Total Lubrifiants
Keywords: Auto Transportation Licensing/marketing agreements