omniture

Syarikat Precision Aviation Group - Precision Aviation Services dinamakan Pusat Penyelenggaraan Bertauliah oleh Turbomeca

Precision Aviation Group
2015-09-16 17:56 188

ATLANTA, 16 September 2015 /PRNewswire/ -- Precision Aviation Services (PAS), sebuah syarikat Precision Aviation Group (PAG), mengumumkan syarikat tersebut telah dinamakan sebagai Pusat Penyelenggaraan Bertaulian (CMC) oleh Turbomeca (Safran).

Melalui persetujuan itu, PAS akan menjalankan penyelengaraan tahap 1 dan 2 pada Ariel 1 dan 2 berserta Arrius 1 dan juga 2 di kemudahan tercanggih berkeluasan 40,000 kaki persegi, yang terletak di Atlanta Regional Airport Falcon Field (KFFC), di bahagian Selatan Atlanta.

"Kami berbesar hati kerana dipercayai oleh Turbomeca untuk berkhidmat kepada pelanggan penting mereka dengan penamaan CMC ini," kata Presiden PAS, David Ford. "Kami berharap hubungan simbiosis ini akan kekal terjalin."

Sejak dua tahun lalu, PAS telah menjadi menjadi Pusat Perkhidmatan Airbus Helicopter, MD Helicopter dan Robinson Helicopter berlesen serta akan terus membuat pelaburan modal untuk memperluas tawaran produk dan perkhidmatan mereka.

"Pasukan mekanik dan juruteknik kami yang berpengalaman dilatih dan bersedia untuk menyahut cabaran pelanggan Turbomeca," kata Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Adrienne Robinson. "Hal ini adalah satu langkah penting dalam memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan kami dan juga pelanggan Turbomeca. Kini, pelanggan boleh mendapatkan khidmat penyelenggaraan untuk seluruh pesawat dan enjin mereka dengan mudah daripada kemudahan kami. Kebolehan kami yang luas, perkhidmatan MRO, dan pasukan berpengalaman menjadikan PAS sebagai satu lokasi yang ideal untuk Pusat Perkhidmatan Turbomeca di kawasan Tenggara.

Selain daripada perkhidmatan MRO, pusat perkhidmatan PAS menawarkan Sokongan Khidmat Lapangan dan kedai Avionik berkhidmat penuh, lengkap dengan juruteknik yang terlatih di kilang. PAS adalah pembekal untuk semua pengeluar produk avionik utama termasuk Technisonic Industries, Garmin, Honeywell, Rockwell Collins, Avidyne, dan lain-lain. Selain itu, PAS mempunyai kepakaran kejuruteraan sendiri untuk memberikan penyelesaian penyelanggaraan alternatif yang fleksibel dan berkualiti tinggi untuk pelanggan PAS.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/131516

Latar Belakang Precision Aviation Group (PAG)
Precision Aviation Group (PAG) adalah penyedia utama produk-produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan di seluruh dunia. Dengan 8 lokasi serta kemudahan jualan dan perkhidmatan seluas lebih 245,000 kaki persegi di Amerika Syarikat, Kanada, dan Australia, PAG menggunakan unit perniagaan yang tersendiri serta model perniagaan berfokuskan pelanggan untuk berkhidmat kepada para pelanggan dalam industri penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan perkhidmatan Inventory Supported Maintenance, Repair and Overhaul (ISMRO®) yang telah ditandaniagakan.

PAG menyediakan MRO serta Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Berputar melalui: Precision Heliparts - PHP (www.heliparts.com); Precision Aviation Services - PAS (www.precisionaviationservices.com);  Precision Accessories & Instruments - PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-IA (www.heliparts.la);   Precision Aero Technology –PAT (www.precisionaerotechnology.com), Precision Heliparts - Australia - PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au), Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au) dan Aviation Controls, Inc. – ACI (www.aviationcontrolsinc.com). Anak-anak syarikat PAG memiliki keupayaan MRO untuk lebih 35,000 produk termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, instrumen, NDT, pemula/penjana, dan roda/brek (www.precisionaviationgroup.com).

Turbomeca (Safran) adalah pengeluar enjin helikopter terkemuka dan, sejak ditubuhkan pada tahun 1938, syarikat ini telah mengeluarkan lebih 72,000 turbin. Turbomeca menawarkan pilihan enjin helikopter terbanyak di dunia dan memiliki lebih 2,500 pelanggan di 155 buah negara. Turbomeca memiliki lima belas tapak dan beroperasi di setiap benua, memberikan perkhidmatan yang berdekatan kepada para pelanggannya melalui 39 pengedar dan pusat penyelenggaraan bertauliah, 18 Pusat Pembaikan & Pembaikpulihan, serta 90 Wakil Lapangan dan juga Juruteknik Lapangan. Anak syarikat Turbomeca, Microturbo adalah pengeluar enjin turbojet yang terkemuka di Eropah untuk peluru berpandu, dron, dan unit kuasa bantu.

Source: Precision Aviation Group
Keywords: Airlines/Aviation Machinery Transportation