omniture

POSCO E&C Siapkan Pembinaan Pusat POSCO Beijing di China

POSCO E&C
2015-12-05 03:29 517

SEOUL, Korea Selatan, 5 Disember 2015 /PRNewswire/ --   

  • Dibina oleh POSCO E&C yang memegang rekod bagi jumlah pembinaan terbanyak untuk bangunan pencakar langit di Korea  
  • Menyiapkan 2 menara (25 tingkat dan 33 tingkat) di Wangjing, Beijing   
  • Raih penghormatan 'Sijil 3 Bintang untuk Pembinaan Hijau' daripada kerajaan China kerana memiliki sistem mesra alam yang maju  

Pada 11 November, POSCO E&C (Ketua Pegawai Eksekutif Hwang Tae Hyun) menyiapkan pembinaan Pusat POSCO Beijing di Wangjing, Chaoyang di Beijing, China.   

Panorama Pusat POSCO Beijing yang dibina oleh POSCO E&C di Wangjing, Beijing, China
Panorama Pusat POSCO Beijing yang dibina oleh POSCO E&C di Wangjing, Beijing, China

POSCO E&C memegang rekod bagi jumlah pembinaan terbanyak untuk bangunan pencakar langit di Korea. Ia merupakan syarikat pembinaan terkemuka di Korea yang membina Menara NEAT iaitu bangunan tertinggi yang disiapkan oleh syarikat itu setakat ini, di Songdo, Incheon. Buat masa ini, ia sedang membina LCT, iaitu sebuah kompleks resort setinggi 101 tingkat di Haeundae, Busan.   

Wangjing kini muncul sebagai wilayah perniagaan pusat antarabangsa dengan banyak syarikat global mula bertapak di kawasan itu. Syarikat-syarikat ini termasuk Mercedes Benz, Microsoft dan Siemens serta syarikat-syarikat IT tempatan termasuk syarikat e-dagang terbesar China, Alibaba. 

Selepas tiga tahun proses pembinaan yang bermula pada Disember 2011, Pusat POSCO Beijing kini sudah siap dengan dua bangunan menempati kawasan tapak seluas 20,000 meter persegi: Menara A dengan 33 tingkat dan Menara B dengan 25 tingkat.   

POSCO E&C memaksimumkan kecekapan tenaga bangunan itu dengan menggunakan sistem pembersihan udara automatik, sistem pencahayaan suria, dan sistem kawalan suhu/kelembapan automatik, selain satu sistem penyimpanan haba ais yang menyimpan kedinginan dan kepanasan dalam bentuk ais dengan mengendalikan mesin penyejukan pada lewat malam serta menggunakan penyaman udara pada waktu siang.   

Diiktiraf kerana memiliki kecekapan tenaga yang begitu hebat, Pusat POSCO Beijing menerima penghormatan"Sijil 3 Bintang untuk Pembinaan Hijau", yang merupakan pensijilan persekitaran bangunan tertinggi daripada kerajaan China pada bulan November tahun lalu.   

Pusat POSCO Beijing mempunyai pelbagai kemudahan komersial dan keselesaan yang terletak dari tingkat satu hingga tingkat tiga, seperti bank, hospital, restoran, pusat kecergasan, dan bilik mesyuarat. Tingkat keempat dan seterusnya, yang akan digunakan sebagai kawasan pejabat, akan menempatkan agensi kerajaan dan syarikat-syarikat Korea, termasuk kumpulan syarikat POSCO Group, KOTRA, Export-Import Bank of Korea, Korea Trade Insurance Corporation, Wakil Gyeongsangbuk-do Beijing, dan Woori Bank.   

"Dengan penyiapan hab Pusat POSCO Beijing hari ini, POSCO akan memberikan yang terbaik untuk berevolusi sebagai sebuah syarikat yang dihormati yang akan terus berkembang maju di samping masyarakat tempatan dan berkomunikasi dengan pihak-pihak berkepentingan," kata Ketua Pegawai Eksekutif POSCO Kwon Oh Joon pada majlis penyempurnaan yang diadakan pada 11 November. Beliau merakamkan penghargaan kepada mereka yang memberikan sokongan padu bagi membolehkan pembinaan tersebut berjaya disiapkan.   

POSCO E&C kini sedang membina Pusat IT POSCO di Dalian, China yang terdiri daripada tujuh buah bangunan pangsapuri setinggi 40 tingkat dan sebuah bangunan studio 27 tingkat, semuanya dijadualkan siap pada Disember 2015.   

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151203/8521508290 

Source: POSCO E&C
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate New products/services