omniture

Cepsa: Ibu Pejabat Baharu, Syarikat Baharu

CEPSA
2015-12-09 15:07 358

MADRID, 9 Disember 2015 /PRNewswire/ --

  • Hasil rekaan arkitek Norman Foster, ia adalah salah sebuah bangunan paling melambangkan negara tersebut
  • Cepsa memulakan proses transformasinya pada tahun 2011 apabila mereka diambil alih sepenuhnya oleh IPIC

Cepsa Tower, ibu pejabat korporat baharu syarikat itu yang menempatkan hampir 2,000 kakitangan, adalah bangunan kedua tertinggi di Sepanyol dan melambangkan pelaksanaan strategi pertumbuhan dan pengantarabangsaan pihak Cepsa beberapa tahun kebelakangan ini berikutan daripada penyertaan International Investment Petroleum Company (IPIC) sebagai satu-satunya pemegang saham.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7703451-cepsa-new-headquarters-new-company/

Ibu pejabat yang direka oleh arkitek Norman Foster itu, menyerlahkan transformasi pada model perniagaan Cepsa untuk fokus terhadap pasaran yang semakin bersifat antarabangsa. Berketinggian 248 meter, bangunan itu memberikan pemandangan kota Madrid yang unik di bahagian atasnya, dengan latar belakang beberapa lokasi yang paling melambangkan bandar tersebut seperti Paseo de la Castellana, Parque del Retiro dan stadium Santiago Bernabéu.

Cepsa kini menggerakkan model bersepadu yang merangkumi seluruh rantaian nilai hidrokarbon. Penyepaduan ini membolehkan syarikat tersebut memberi perkhidmatan dengan lebih fleksibel dan mampu bertindak dengan lebih pantas sebagai sebuah perniagaan.

Transformasi model aktiviti kami

Hasil daripada proses transformasi ini, Cepsa telah merangka cara kerja baharu yang berteraskan inovasi dan penambahbaikan dari segi produktiviti.

Model kerja baharu tersebut termasuk melengkapi kakitangan Cepsa dengan teknologi terkini untuk membolehkan mereka melaksanakan kerja mereka secara digital dari mana-mana di dalam pejabat dan mengutamakan produktiviti melebihi kehadiran melalui jadual yang fleksibel serta bekerja secara jarak jauh, pelaksanaan proses biasa, pengoptimuman ruang, dan sebagainya.

Cara bekerja yang baharu ini telah dilaksanakan di pejabat Barcelona kami serta kilang petrokimia Shanghai kami yang dirasmikan pada bulan April, dan akan berkembang secara progresif ke seluruh pejabat dan juga kilang syarikat ini, contohnya di Lisbon.

Cepsa adalah kumpulan tenaga yang dimiliki sepenuhnya oleh International Investment Petroleum Company (IPIC). Syarikat ini mempunyai lebih 10,500 kakitangan yang beroperasi pada setiap peringkat dalam rantaian nilai hidrokarbon. Ia terlibat dalam aktiviti cari gali serta penghasilan petroleum dan gas asli, penapisan, penghantaran serta penjualan derivatif minyak mentah dan gas asli, bahan api bio, penjanaan bersama dan juga penjualan tenaga elektrik. Cepsa telah mewujudkan satu divisyen kimia yang bertaraf dunia dan sangat berkait rapat dengan segmen penapisan minyak yang mana ia menghasilkan dan menjual bahan-bahan mentah bagi tujuan penghasilan bahan-bahan yang tinggi nilai tambahnya, khususnya digunakan dalam pembuatan plastik generasi baharu dan bahan pencuci mesra alam. Ia memainkan peranan penting di Sepanyol dan melalui usaha perluasan di peringkat antarabangsa yang berterusan, ia turut mendapat tempat di 15 buah negara, menjual produknya ke seluruh dunia.

Cepsa - Bahagian Komunikasi
comunicacion@cepsa.com
Tel: +(34)-91-337-62-02 / 60-00
http://www.cepsa.com   

Source: CEPSA
Keywords: Chemical Gas Oil/Energy Utilities Corporate Expansion