omniture

Airtel dan The Economic Times Umumkan 'Sidang Kemuncak Perniagaan Global' Kali Kedua untuk Menggariskan 'Peraturan Tertib Ekonomi Global Baharu'

The Economic Times
2016-01-07 18:00 367

NEW DELHI, 7 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Global The Economic Times 2015, Yang Berhormat Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi menggariskan visi ekonomi dan pembangunan penting untuk negara itu buat pertama kalinya. Pada acara ini juga ahli ekonomi yang pernah memenangi Hadiah Nobel, Paul Krugman, telah menggelar India sebagai "negara masa depan".

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160105/783415 )

Berikutan kejayaan hebat persidangan yang pertama kali dilangsungkan ini, Airtel dan The Economic Times berkerjasama sekali lagi untuk menganjurkan edisi kedua 'Sidang Kemuncak Perniagaan Global Airtel dan The Economic Times'. Persidangan dua hari ini akan berlangsung di Hotel Taj Palace di New Delhi pada 29 dan 30 Januari 2016 yang bakal menghimpunkan lebih 1500 pemimpin perniagaan dan politik, pembuat dasar dan pemikir dari lebih 10 buah negara.

Memandangkan India memainkan peranan yang lebih penting dalam hal ehwal Asia mahupun global, persidangan ini akan menghimpunkan pemimpin dan pemikir seantero dunia untuk membolehkan mereka berdialog bagi mencari penyelesaian tentang isu-isu ekonomi global dan berkongsi amalan terbaik untuk menghadapi kebimbangan ini. Dianjurkan dengan tema 'Peraturan Tertib Ekonomi Global Baharu: Inovasi, Integrasi & Pantas', persidangan dua hari itu akan menyediakan forum kepada pakar untuk mencari penyelesaian yang melibatkan cabaran serta peluang dalam situasi ekonomi, perdagangan dan juga pelaburan yang bakal mencorakkan masa depan.

Antara yang menarik dalam persidangan tahun ini adalah penyertaan ahli ekonomi dan pemikir strategik terkenal Dr. Nouriel Roubini yang akan berkongsi pandangan beliau tentang pasaran maju dan membangun serta peranan India di persada global. Seorang lagi pakar yang akan menyertai persidangan ini ialah Yang Berhormat Kathleen Wynne, seorang ahli politik Kanada yang juga merupakan Ketua Menteri Ontario ke-25. Persidangan ini adalah acara yang penting daripada kunjungan Kathleen ke India pada tahun 2016 yang bertujuan untuk menjana peluang kolaborasi dalam perdagangan dan pelaburan antara Ontario serta India.

Perbincangan dua hari itu akan menyaksikan pertimbangan serta perbincangan yang bernas oleh para pemimpin perniagaan antarabangsa dan pemikir terkemuka seperti En. Dominic Barton, Pengerusi Global, McKinsey; En. Hans Paul Buerkner, Ketua Pegawai Eksekutif, Boston Consulting Group, di samping para usahawan India yang terkenal seperti En. Sunil Bharti Mittal, Pengerusi, Bharti Enterprises; En. Sanjiv Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif, Unilever; En. Ajay Piramal, Pengerusi, Piramal Group, dan ramai lagi.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:

ET Edge
Amruta Ail
amruta.ail@timesgroup.com
+91-9819945670  

Genesis Burson-Marsteller
Priyanka Sachdeva/ Swagato Mallick
E-mel: priyanka.sachdeva@bm.com / swagato.mallick@bm.com
+91-7838311985/ +91-919899956985

Source: The Economic Times
Keywords: Magazines Publishing/Information Service Asian-related news Trade show news