omniture

AWE 2016, Wujudkan Ecosistem Makro Perkakasan Rumah

China Household Electrical Appliances Association
2016-03-08 11:53 335

SHANGHAI, 8 Mac, 2016 /PRNewswire/ -- AWE 2016, acara paling penting untuk industri perkakasan rumah di China, bakal bermula pada 9 Mac 2016 ini. AWE 2016 akan menjadi sebuah platform yang inovatif bagi mempamerkan ekologi pintar dan masa depan kehidupan keluarga. Menerusi tema "Internet + Rumahku" ("Internet + My Home"), tumpuan akan diberikan kepada pengoptimuman dan integrasi "Internet +" dalam industri perkakasan rumah.

Di AWE 2016, pengunjung dapat melihat kawasan pameran Haier seluas 5,000m2, pameran Midea seluas 3,000m2, pameran Panasonic seluas 2,000m2 , selain reruai Samsung, LG dan Gree, masing-masing dengan ruang seluas hampir 1,000 m2. Pempamer teruja untuk memperkenalkan penyelesaian kediaman pintar mereka yang dapat diselaraskan menggunakan Internet. Dalam era penggunaan perkakasan rumah pintar, walaupun setiap jenama menggunakan teknologi berbeza, kesemuanya ingin membawakan pengalaman menarik yang serupa kepada pengguna.

Banyak jenama terkenal dari China seperti TCL, Skyworth, Hisense, Galanz dan Changhong selain pelbagai jenama antarabangsa seperti Bosch, Siemens, A.O. Smith, Whirlpool, Panasonic, Hitachi dan Mitsubishi akan berhimpun dan memasarkan produk mereka. Beberapa jenama terkenal perkakas elektrik bilik air yang pintar termasuk Orans, Dorel, XINGX, Tejjer, TAKA dan Soojee selain pelbagai syarikat perisian dan perkakasan termasuk Huawei, Xiaomi, JD.com, Broadlink, MXCHIP dan Lifesmart akan turut serta dalam AWE 2016.

Pempamer bakal berfokus kepada demonstrasi pelbagai perkakasan rumah yang pintar termasuk peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh, TV berwarna, perkakas dapur, pencahayaan, langsir dan sistem keselamatan rumah. Semua perkakasan ini dapat dihubungkan dengan perkakas elektrik lain dan boleh dikawal menggunakan terminal mudah alih, malah dengan bunyi dan pergerakan tubuh. Fungsi futuristik dan pintar ini disokong oleh teknologi data besar, bagi mewujudkan kehidupan seharian di dalam rumah pintar pada masa depan yang lebih mudah dan menarik. Syarikat-syarikat perkakasan rumah bukan sekadar akan menyediakan produk pintar, bahkan turut mewujudkan ekosistem perkakasan rumah dan menawarkan perkhidmatan ciri tersendiri dalam seluruh proses bermula dengan reka bentuk kepada pembuatan, penggunaan dan perkhidmatan selepas jualan.

Selain itu, rangkaian produk baharu termasuk perkakas elektrik rumah, mesin basuh pinggan, penulen air, penulen udara, barangan bilik air yang pintar, pengering pakaian dengan sistem terbenam dan lain-lain pasaran segmen baharu turut berkembang dengan pantas. Penutup tandas pintar yang mendapat perhatian dan di bawah penelitian baru-baru ini, akan turut dipamerkan kepada orang awam di AWE 2016.

Sepanjang AWE 2016, acara tersebut bakal diumumkan melalui lebih 40 sidang media bagi menjadikannya sebuah platform untuk mendemonstrasikan sistem perkakasan rumah di peringkat global.

Beberapa sidang kemuncak akan turut diadakan serentak. Presiden Haier Group, Liang Haishan; presiden  Skyworth, Yang Dongwen; timbalan presiden JD.com, Yan Xiaobing; presiden Jabatan Pemasaran Strategik Pelanggan BG Huawei, Shao Yang; presiden A.O. Smith, Ding Wei; pengasas bersama Xiaomi, Wang Chuan; dan lain-lain tetamu kehormat bakal bertemu dan berbincang trend perkembangan industri perkakasan rumah di China dari perspektif persaingan global.

Latar Belakang AWE

AWE (Ekspo Perkakasan & Barangan Elektronik Dunia), anjuran Persatuan Perkakas Elektrik Rumah China (CHEAA), mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun. AWE, berserta CES dan IFA, terkenal sebagai tiga pameran utama dalam industri perkakasan & barangan elektronik dunia. AWE 2016 bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai bermula pada 9 hingga 12 Mac 2016. Pameran bakal menempati kawasan seluas lebih 100,000m2 yang disertai oleh lebih 600 pempamer dan lebih 20,000 produk bakal dipamerkan. Kategori produk termasuk: barangan elektronik pengguna, perkakasan untuk alam sekitar & kesihatan, produk pintar, perkakas dapur & bilik mandi, perkakas elektrik rumah bersaiz besar, aksesori serta komponen. Anggaran jumlah pengunjung adalah sekitar 150,000 orang.

9 hingga 12 Mac 2016
Shanghai, China
http://awe.com.cn/en/contents/112/3159.html

Hubungi:

Cik Cara WANG
Tel: +86-10-67093609
E-mel: cara.wang@cheaa.com

Source: China Household Electrical Appliances Association
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news