omniture

Penerbitan Bersejarah Lancet Neurology Menuntut Komitmen Jangka Panjang dalam Memerangi Dementia

Alzheimer's Disease International
2016-03-15 15:14 341

LONDON, 15 Mac 2016 /PRNewswire/ --

Lebih 30 pakar menggesa agar tindakan diambil ke atas penyakit Alzheimer serta penyakit dementia lain dalam jilid April Lancet Neurology Journal yang bersejarah 

Alzheimer's Disease International (ADI) menyambut baik berita Suruhanjaya Neurologi Lancet yang mengkhususkan keseluruhan jilid ke-15 bagi Lancet Neurology bulan April ini untuk gambaran terperinci, dan saranan untuk penjagaan serta penyelidikan ke atas penyakit Alzheimer serta penyakit dementia lain. 'Defeating Alzheimer's disease and other dementias: a priority for European science and society' (Mengatasi Alzheimer dan dementia lain: satu keutamaan sains dan masyarakat Eropah) diketuai Profesor Bengt Winblad, Pusat Penyelidikan Alzheimer bagi Karolinska Institutet di Sweden, dan disunting penyelidik terkenal dari Sweden, Perancis, UK, Australia, Denmark, Kanada, Switzerland, Itali, Luxembourg, Amerika Syarikat, Jerman, dan Belanda.

Laporan setebal 74 halaman ini bakal dibentangkan di hadapan Pesuruhjaya Parlimen Eropah di Brussels pada 15 Mac

Laporan ini menyokong data dan saranan dalam Laporan Alzheimer Dunia ADI tahun 2015, 'The Global Impact of Dementia: An analysis of prevalence, incidence, cost and trends', (Impak Global Dementia: Satu Analisa Kelangsungan, insiden, kos dan trend) dengan menyeru kepada komitmen politik dan ekonomi jangka masa panjang bagi meningkatkan penjagaan dan penyelidikan dementia, dan memberi penekanan kuat ke atas kepentingan usaha bersepadu untuk mencapai kemajuan. Ia patut dilaksanakan dengan perkongsian multinasional antara organisasi kerajaan, pusat akademik, syarikat farmaseutikal, dan lain-lain lagi, serta mewujudkan prasarana lebih mantap bagi penjagaan bukan farmaseutikal untuk dementia.

Di seluruh dunia, satu kes dementia baharu akan muncul pada setiap tiga saat. Bilangan individu yang menghidap dementia dijangka akan bertambah hampir dua kali ganda setiap 20 tahun, dan 58% daripada mereka terdiri daripada mereka yang tinggal dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Menjelang 2050, dementia akan menjejaskan 131 juta individu seluruh dunia. Penyakit ini bakal menelan kos satu trilion dolar menjelang 2018.

Saranan dalam laporan ini dibuat berikutan kemajuan yang dibuat sejak Sidang Kemuncak Dementia G8 pada 2013, acara legasi G7, dan juga Persidangan Antara Menteri pertama Pertubuhan Kesihatan Dunia tentang Tindakan Global Menentang Dementia pada Mac 2015, untuk merangka Pelan Dementia Negara di seluruh dunia . ADI menyokong laporan itu dalam seruannya kepada semua kerajaan agar mewujudkan Pelan Kebangsaan bagi dementia, termasuklah:

  • Meningkatkan kuasa politik bagi membangunkan polisi strategi kebangsaan untuk mengukuhkan lagi penjagaan serta prasarana dementia dalam semua negara
  • Mewujudkan perkongsian berkesan untuk menangani dementia pada semua peringkat, termasuk usaha mempertingkatkan kemajuan Komuniti Mesra Dementia
  • Memfokus kepada hak dan suara individu dengan dementia pada semua peringkat, termasuk sokongan untuk semua hak ini melalui Konvensyen PBB bagi Hak Orang Kelainan Upaya (CRPD)

Marc Wortmann, Pengarah Eksekutif Alzheimer's Disease International, menggelar laporan ini sebagai "Langkah penting yang menegaskan kita mengetahui tindakan yang perlu diambil, namun kita memerlukan kuasa politik untuk menjadikannya kenyataan. Kini sudah wujud momentum bagi polisi daripada WHO, EU dan Global Action Against Dementia dan kami juga menggesa negara-negara G20 untuk menjadikan dementia keutamaan mereka."

Profesor Winblad, mantan pengerusi dan ahli semasa yang aktif dalam Panel Penasihat Perubatan dan Saintifik ADI, menyatakan:

"Untuk menghapuskan penyakit Alzheimer serta penyakit dementia lain, kita memerlukan tindakan bersatu, bukan sahaja dalam penyelidikan, tetapi juga di semua peringkat dalam bidang politik. Saya berharap usaha kami akan merangsang lagi kolaborasi dalam dan luar negara" 

Laporan Suruhanjaya Neurologi Lancet ini boleh didapati dalam talian selepas 15 Mac 2016 di: http://www.thelancet.com/journals/laneur/issue/current

NOTA KEPADA EDITOR 

Terbitan: 'Defeating Alzheimer's disease and other dementias: a priority for European science and society', Bengt Winblad, Philippe Amouyel, Sandrine Andrieu et al, Lancet Neurology, 2016;15:455-532. Tempoh sekatan dalam talian bermula 15 Mac 00:30 (CET)

Latar Belakang Alzheimer's Disease International 

ADI merupakan persekutuan yang terdiri daripada 83 persatuan Alzheimer seluruh dunia, yang mempunyai hubungan rasmi dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia. Wawasan ADI adalah kualiti kehidupan yang lebih baik untuk pesakit yang menghidap dementia serta kaum keluarga mereka di seluruh dunia. ADI percaya kunci kejayaan dalam perjuangan melawan dementia ini adalah kombinasi unik antara penyelesaian global serta pengetahuan tempatan. Oleh itu, ia berfungsi pada peringkat tempatan, dengan memperkasakan persatuan Alzheimer bagi menggalakkan dan menawarkan penjagaan serta sokongan bagi orang yang menghidap dementia serta bagi para penjaga mereka, sambil berusaha untuk memfokuskan tumpuan kepada dementia pada peringkat dunia serta kempen untuk perubahan polisi daripada kerajaan. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.alz.co.uk.

Latar Belakang Suruhanjaya Neurologi Lancet 

Suruhanjaya Neurologi Lancet telah ditubuhkan para penyunting Lancet dan dibentuk dengan matlamat untuk menyediakan saranan pakar serta maklumat kepada ahli politik dan pembuat polisi tentang penyakit Alzheimer serta penyakit berkaitan dementia lain. Lebih 30 penyelidik antarabangsa terkenal berkolaborasi untuk menghasilkan laporan setebal 78 halaman itu, yang menyatakan pelbagai cabaran yang perlu ditangani bagi mengurangkan beban dementia.

Sumber: Alzheimer's Disease International

Source: Alzheimer's Disease International
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Magazines Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service