omniture

Pelancaran Rasmi BookDoc - Teman Perubatan Dipercaya untuk Pelancong

BookDoc.
2016-04-11 18:13 319

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 April, 2016 /PRNewswire/-- BookDoc menyediakan akses penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk pelancong dan menyokong pasaran pelancongan perubatan dengan menembusi satu lagi negara ASEAN, Thailand.

Y.Bhg Tan Sri Dr Ong Hong Peng (Left), Secretary General of The Ministry of Tourism and Culture representing Y.B. Datuk Seri Mohamed Nazri, Minister of Tourism and Culture and Y.Bhg Dato Chevy Beh (Right), CEO of BookDoc.
Y.Bhg Tan Sri Dr Ong Hong Peng (Left), Secretary General of The Ministry of Tourism and Culture representing Y.B. Datuk Seri Mohamed Nazri, Minister of Tourism and Culture and Y.Bhg Dato Chevy Beh (Right), CEO of BookDoc.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, merasmikan pelancaran portal web BookDoc, selain mengucapkan tahniah kepada Pengasasnya, Dato' Chevy Beh, atas trajektori pertumbuhan perniagaan BookDoc yang hebat yang berjaya memperluas perkhidmatannya ke 4 buah negara dan 17 buah bandar, semuanya dalam tempoh enam bulan.

"BookDoc akan dapat menghubungkan dan menyatukan pesakit serta ahli profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dari jauh serta dekat. Ia berpotensi menjadi teman yang praktikal agar dapat memenuhi keperluan perubatan semua pelancong yang melawat Malaysia," kata Menteri itu. Beliau turut menambah BookDoc juga dapat memudahkan lebih banyak pelancongan perubatan ke Malaysia, menyumbang secara positif kepada semua aspek dalam industri pelancongan, selain perkhidmatan jagaan kesihatan swasta. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia dikenali sebagai Destinasi Nombor Satu dalam sektor Penjagaan Kesihatan di Asia menjelang tahun 2020, yang dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada pengunjung melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia.

Dato' Chevy Beh teruja dengan prospek untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih mesra pelancong. Pada tahun 2014, jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia mencecah 27.44 juta orang. Jatuh sakit sebagai pelancong di negara asing dapat menjadi satu pengalaman yang menakutkan. BookDoc boleh membantu mengurangkan beberapa kebimbangan yang berkaitan dengan memudahkan akses penjagaan perubatan kepada pelancong melalui platform dalam talian serta aplikasi mudah alih. "Ini merupakan sumbangan kecil kami bagi membantu kerajaan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelancong," kata Dato' Chevy Beh.

Dato 'Chevy juga turut teruja dengan peluang yang ditawarkan oleh sektor pelancongan perubatan. "Pada tahun 2015, Malaysia menyambut kira-kira 850,000 pelancong perubatan dan sektor ini menjana pulangan hampir RM1 bilion. Industri pelancongan perubatan ini akan terus berkembang kerana Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang disifatkan sebagai salah satu yang terbaik di dunia, serta disokong oleh kadar pertukaran yang kompetitif berbanding negara-negara jiran serantau. BookDoc bersedia memanfaatkan peluang ini menerusi akses dan kebolehsesuaian platform dalam talian kami merentasi sempadan negara dan bahasa. "

Perkhidmatan BookDoc boleh didapati secara percuma melalui laman webnya, BookDoc.com dan Aplikasinya yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan App Store.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Cik Valerie Voon
Tel: + 6019-336-6758
E-mel: valerievoon@bookdoc.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160409/8521602288

Source: BookDoc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Travel Corporate Expansion