omniture

XCMG Melancarkan 17 Produk siri-G Serba Baharu, Menonjolkan Tenaga Hijau dan Prestasi Ultra Tinggi

XCMG
2016-05-17 22:46 349

XUZHOU, China, 17 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan utama dunia, XCMG mengadakan majlis pelancaran blokbuster pada 18 April di Xuzhou, China, bagi melancarkan 17 kren trak dan kren untuk semua rupa bumi menerusi barisan produk siri-G baharunya. Teknologi pintar, tenaga hijau dan prestasi ultra tinggi menjadi tumpuan.

"Rangkaian produk siri-G telah mencapai 15 penerokaan teknologi pada peringkat tertinggi, enam daripadanya diperkenalkan buat pertama kali dalam industri ini di seluruh dunia, menerusi usaha jabatan jentera pengangkat, kami berharap dapat memulakan langkah baharu yang terus mencabar daya kreativiti dan inovasi," kata Lu Chuan, naib presiden, XCMG Construction Machinery Co Ltd.

Enam pencapaian penting oleh produk siri-G ini ialah:

  • Teknologi ledakan kren pintar
  • Sistem kawalan perjalanan kren pintar
  • Sistem perancangan dan pelaksanaan pengangkat pintar
  • Sistem penghantaran kuasa berkelajuan rendah dan daya kilas tinggi
  • Sistem hidraulik baharu yang menjimatkan tenaga
  • Teknologi pemulihan kuasa kren

Kesemua 17 kren trak dan kren untuk semua rupa bumi itu amat meningkatkan kecekapan operasi, ketepatan dan keselamatan. Teknologi penjimatan tenaga hijau pula dapat mengurangkan purata MPG sebanyak 12 peratus dan meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak 15 peratus, di samping meningkatkan keupayaan gred sebanyak 45 peratus. Prestasi ultra bagi produk siri-G ini terbukti dengan peningkatan sebanyak 15 peratus bagi keupayaan pengendalian berbanding produk-produk dengan berat tan yang sama.

Satu produk yang menjadi tumpuan daripada siri-G ini ialah XCA100E, kren untuk semua rupa bumi yang dilengkapi sistem hidraulik baharu yang menjimatkan tenaga dengan reka bentuk ledakan pintar, selain sistem kawalan perjalanan pintar.

Produk-produk dalam siri-G ini turut direka oleh para penyelidik terbaik XCMG di Eropah, Amerika Utara, Brazil dan China melalui platform pengurusan data produk global canggih menerusi konsep industri 4.0 berpusatkan inovasi terkini, prinsip yang mesra pengguna dan pembangunan mampan, yang turut mengadaptasi dengan perubahan yang berlaku dalam industri jentera pembinaan global dengan pantas.

"Siri-G beroleh manfaat daripada pelbagai maklumat dan data yang disediakan oleh platform bersepadu kami, piawaian yang tinggi kualiti, tercapai menerusi 33 reka bentuk berteknologi yang tepat dari segi keselamatan, kemudahan penyelenggaraan dan pengendalian yang lancar menepati keseluruhan konsep kami yang 'mengutamakan manusia'," kata Lu.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kelima dalam industri jentera pembinaan dunia. Produk-produk XCMG berada di lebih 170 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter dan YouTube.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160517/368438

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals New products/services