omniture

JNA Awards senaraikan Penerima Anugerah 2016

JNA
2016-06-28 03:35 812

HONG KONG, 28 Jun 2016 /PRNewswire/ -- JNA (Jewellery News Asia), penganjur bagi JNA Awards yang berprestij, mengumumkan senarai Penerima Anugerah/finalis daripada 10 kategori menerusi satu sidang akhbar hari ini, yang diadakan berhampiran lokasi Pameran Barang Kemas & Batu Permata Hong Kong Jun.

Bagi melihat siaran multimedia penuh, click here: http://www.prnasia.com/mnr/jna_201606.shtml  

Chow Tai Fook, Gemfields dan Rio Tinto Diamonds menyokong JNA Awards 2016
Chow Tai Fook, Gemfields dan Rio Tinto Diamonds menyokong JNA Awards 2016
Barisan hakim tahun 2016 (ikut arah jam dari kiri atas): James Courage, Albert Cheng, Lin Qiang, Yasukazu Suwa dan Nirupa Bhatt
Barisan hakim tahun 2016 (ikut arah jam dari kiri atas): James Courage, Albert Cheng, Lin Qiang, Yasukazu Suwa dan Nirupa Bhatt
Dari Kiri : Rita Maltez  dari Rio Tinto Diamonds, Wolfram Diener dan Letitia Chow dari UBM Asia, Kent Wong dari Chow Tai Fook Jewellery Group dan Mariaveronica Favoroso dari Gemfields ketika Pengumuman Penerima Anugerah dibuat

(Dari kiri) Zheng Liu dari Guangdong Land Holdings; Caroline Yuan dari Shanghai Diamond Exchange; Naresh Surana dari Diarough Group; Rita Maltez dari Rio Tinto Diamonds; Wolfram Diener dari UBM Asia; Letitia Chow dari UBM Asia; Kent Wong dari Chow Tai Fook Jewellery Group; Jime Essink dari UBM Asia; Mariaveronica Favoroso dari Gemfields; Noa Pardo dari Israel Diamond Institute Group of Companies; dan Jim Li dari Guangdong Gems & Jade Exchange

JNA Awards yang kini dalam tahun kelima, ialah sebuah program anugerah utama yang mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan dan pencapaian dalam industri barang kemas serta batu permata, yang memberi tumpuan terhadap kemajuan perdagangan di Asia.

Tahun ini, 39 Penerima Anugerah yang mewakili 28 buah syarikat daripada 10 buah negara/rantau, termasuk Tanah Besar China, Hong Kong, India, Malaysia, Singapura, Switzerland, Taiwan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam terpilih. Satu pertiga daripada finalis ini terdiri daripada peserta yang baru pertama kali disenaraikan atau pertama kali menjadi Penerima Anugerah.

Wolfram Diener, Naib Presiden Kanan UBM Asia berkata, "Tahun ini menandakan ulang tahun kelima JNA Awards dan kami amat berbangga dengan kejayaan yang berjaya dicapai setakat ini bagi mencetuskan kesedaran dan menggalakkan usaha kecemerlangan dalam inovasi, kepimpinan serta model perniagaan yang mampan untuk industri barang kemas dan juga permata."

Letitia Chow, Pengasas JNA, Pengarah Pembangunan Perniagaan, -- Jewellery Group di UBM Asia dan Pengerusi barisan hakim JNA Awards berkata, "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap anggota panel hakim yang sekali lagi, mendedikasikan masa serta usaha mereka untuk mengeluarkan senarai syarikat cemerlang yang disenarai pendek."

"Tahun ini, kami menerima penyertaan daripada lebih 100 penyertaan yang berkualiti, yang meliputi lebih banyak kawasan dan syarikat berbanding sebelum ini," kata Chow.

"Kami memiliki permohonan terhebat setakat ini," beliau menambah. "Suatu yang menggalakkan dan mengujakan apabila melihat syarikat-syarikat baharu terlibat dalam Anugerah ini dan menerima pengiktirafan atas pencapaian mereka, selain kemajuan dalam industri barang kemas dan juga batu permata."

Barisan hakim yang bebas terdiri daripada lima pakar industri yang tersohor iaitu Albert Cheng, Penasihat Majlis Emas Dunia, Timur Jauh; James Courage, mantan Ketua Eksekutif Platinum Guild International dan mantan Pengerusi Responsible Jewellery Council; Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan Shanghai Diamond Exchange; Nirupa Bhatt, Pengarah Urusan Institut Gemologikal Amerika di India serta Timur Tengah; dan juga Yasukazu Suwa, Pengerusi Suwa & Son, Inc dari Jepun.

Sila klik di sini bagi mendapatkan senarai penuh Penerima Anugerah.

Majlis JNA Awards dan Makan Malam Gala tahun ini akan diadakan pada 14 September di InterContinental Hong Kong.

Hubungi:
+852-2516-2184
marketing@JNAawards.com

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201606/jna/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160627/8521604143-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160627/8521604143-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160627/8521604143-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160627/8521604143-d 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151201/8521508177LOGO
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150730/8521504987LOGO

Source: JNA
Related Links:
Keywords: Fashion Jewelry Mining/Metals Precious Metals