omniture

Syarikat Sweden Pilih Asia Tenggara, Penjana Pertumbuhan Baharu di Dunia

Embassy of Sweden, Singapore
2016-09-08 09:00 630

SINGAPURA, 8 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Pasukan Sweden di Asia Tenggara dengan bangganya memperkenalkan "Sidang Kemuncak Perniagaan Sweden - Asia Tenggara" yang julung kali bakal berlangsung pada 21 - 22 September 2016 di Singapura.

Sekitar 600 buah syarikat Sweden dalam pelbagai sektor perniagaan, bermula dengan perkhidmatan kepada pengeluaran dan peruncitan akan mengunjungi Asia Tenggara sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Sweden - Asia Tenggara, anjuran bersama Kedutaan Sweden, Singapura, yang bertujuan untuk menarik minat pemimpin perniagaan serta pembuat keputusan dari Sweden dan juga rantau ini dengan menyediakan sebuah platform untuk berkongsi amalan terbaik mengenai cara berniaga di pelusuk dunia yang dinamik ini.

'Agar terus berdaya saing dalam pasaran global yang terus berkembang ini, penting untuk mana-mana Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli lembaga mempunyai pemahaman yang jelas tentang tahap pembangunan di rantau berkenaan. Sidang Kemuncak Perniagaan Sweden - Asia Tenggara menyediakan peluang hebat untuk mendapatkan pandangan daripada rakan industri serta pakar polisi, selain bertemu dengan bakal rakan kongsi,' kata Hakan Jevrell Duta Sweden ke Singapura.

Asia Tenggara menempatkan lebih 650 juta penduduk dengan tahap kemajuan golongan pertengahan yang pesat. Meskipun pertumbuhan di China agak perlahan, rantau Asia Tenggara dijangka berkembang dengan purata sebanyak 5 - 6 peratus setiap tahun bagi dekad akan datang, menjadikannya penjana pertumbuhan dunia. Komuniti Ekonomi ASEAN yang baru ditubuhkan dilihat mampu untuk terus mendorong pertumbuhan.

Sidang kemuncak ini akan menampilkan wakil-wakil politik dan syarikat yang utama dari Sweden, termasuk En. Mikael Damberg, Menteri Perusahaan dan Inovasi, Puan Ylva Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Business Sweden - Majlis Perdagangan dan Pelaburan Sweden, En. Marcus Wallenberg, Pengerusi Lembaga, SEB, SAAB Group & Foundation Asset Management, En. Magnus Bocker, Pengerusi Eksekutif Blibros dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Exchange dan banyak lagi. Sidang kemuncak ini ialah satu usaha sama oleh "Pasukan Sweden" di Asia Tenggara, iaitu melibatkan Kedutaan Sweden, Business Sweden dan persatuan-persatuan serta dewan-dewan perniagaan di negara masing-masing.

Kami mengalu-alukan kesemua syarikat di rantau Asia Tenggara yang berminat untuk menghadiri sidang kemuncak ini.

Untuk maklumat lanjut, imej & akreditasi, sila hubungi Catharina Jevrell, Ketua Bahagian Perhubungan Media. E: catharina@jevrell.se, T: +65-85024237, atau W: www.sweden-sea.com/press. Ketahui lebih lanjut tentang Sidang Kemuncak Perniagaan Sweden - Asia Tenggara melalui: www.sweden-sea.com

Source: Embassy of Sweden, Singapore
Keywords: Banking/Financial Service