omniture

Pasukan XCMG berkerjasama dengan Permco, Membuat Pecutan Akhir untuk Meneraju Industri Komponen Teras

XCMG
2016-10-01 04:56 575

XUZHOU, China, 1 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- XCMG Hydraulics Co., LTD., sebuah syarikat subsidiari XCMG, baru-baru ini memeterai perjanjian kerjasama strategik jangka panjang dengan Permco, sebuah syarikat bahagian alat hidraulik Amerika. XCMG secara rasminya menjadi satu-satu tapak pengeluaran silinder hidraulik khusus syarikat tersebut di China.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160929/413277

"Permco memiliki reputasi yang tinggi sebagai pengeluar bahagian alat hidraulik dunia, perkongsian kami bukan sahaja membina penghubung baharu antara syarikat kami, malah turut menggunakan sumber dengan lebih lagi untuk mencipta nilai yang lebih banyak menerusi kerjasama ini," kata Chen Dengmin, Pengurus Besar XCMG Hydraulics Company.

XCMG Hydraulics Company ditubuhkan pada tahun 1975 dengan misi utama untuk mengkaji dan membangunkan komponen teras secara bebas bagi peralatan pembinaan dan perlombongan, termasuk silinder hidraulik, injap hidraulik, pemasangan tiub besi dan sistem hidraulik. 

Barisan produk silinder syarikat kini menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi kren semua permukaan bumi, dengan berat tanan antara 55 hingga 1,600, dan mesin pengorek dengan berat tanan antara 1.5 hingga 700. Silinder hidrauliknya juga ditetapkan pada kren roda lipan dengan 34-berat tanan hingga 4,000-berat tanan.

Silinder tunggal dengan joran teleskop bolt untuk kren semua permukaan bumi begitu dikenali pelanggan kerana kefleksibelan, keandalan, kunci berganda super dan respons yang pantas. Silinder pengorek besar 360 berat tanan yang digunakan di Australia didapati berfungsi tanpa sebarang masalah selama 6000 jam.

Produk XCMG Hydraulics Company digunakan di lebih 20 buah negara dan rantau termasuk AS, Rusia dan Jepun sebagai komponen teras bagi rangkaian meluas peralatan mesin dalam bidang pembinaan, pengangkat pelabuhan, sanitasi, perlombongan dan perkapalan. Walaupun dilanda penurunan ekonomi, syarikat ini menunjukkan 99 peratus peningkatan jualan dalam pasaran tempatan berbanding tahun lalu dan 15 peratus peningkatan dalam jumlah eksport keseluruhan dalam setengah tahun pertama 2016.

Pelan syarikat bagi dekad yang seterusnya akan menumpukan kepada penemuan baharu dalam bidang penggunaan bahan baharu, menyelesaikan masalah kejejalan dalam teknologi utama dan mencapai jaminan kualiti yang lebih ketat.

"Hanya dengan menguasai teknologi komponen teras barulah produk mesin XCMG boleh mempunyai kelebihan besar dalam pasaran yang berdaya saing dan mengelakkan persaingan yang tidak sihat," kata Wang Min, Pengerusi dan Presiden XCMG.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah syarikat pembuatan mesin besar multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Ia kini berada di kedudukan kesembilan dalam industry mesin pembinaan dunia. Syarikat mengeksport ke lebih 176 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com , atau ikuti XCMG Group  di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Keywords: Auto Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation Contracts Licensing/marketing agreements