omniture

AMG Norway, Subsidiari Aqua Maof Group, Dipilih oleh Grieg NL untuk Membangunkan Kemudahan Akuakultur Ikan Salmon Tertutup Terbesar Dunia di Newfoundland

Aqua Maof Group
2016-10-04 09:00 703

ASKER, Norway, 4 October 2016 /PRNewswire/ --

Kemudahan RAS canggih (sistem akuakultur aliran semula) dijangka akan mula dibangunkan pada tahun 2017 dan akan menggunakan teknologi RAS milik Aqua Maof yang proprietari dan terkemuka di dunia. Pelaburan projek itu dianggarkan sebanyak $60J.

Grieg NL, salah sebuah syarikat penternakan ikan yang terkemuka di dunia yang mengkhusus dalam ikan salmon Atlantik memilih AMG Norway, subsidiari Aqua Maof Group, untuk membangunkan tapak penetasan dan kemudahan penternakan yang canggih di Marystown, Newfoundland.

(Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160928/412738 )
(Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160928/412739 )
(Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160928/412740 )
(Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160928/412741 )
(Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160928/412742 )

Kemudahan tersebut, yang akan menggunakan teknologi RAS Aqua Maof yang canggih, akan menghasilkan 7 juta smolt yang beratnya mencecah 1500 gram. Grieg NL akan menyediakan 11 tapak laut bersangkar bagi tujuan pembesaran ikan selanjutnya dan memperoleh 33,000 tan ikan salmon Atlantik setiap tahun. Jumlah keseluruhan pelaburan projek ini dianggarkan sebanyak $200J.

Teknologi proprietari Aqua Maof terbukti menjadi artikulasi RAS yang paling cekap, mampan dan mesra alam. Kemudahan baharu di Newfoundland itu bakal menjadi kemudahan terbesar dan paling canggih di dunia bagi tujuan penternakan ikan salmon. Pembinaan kemudahan ini akan menjadi tambahan untuk kemudahan RAS lain yang canggih di serata dunia yang telah dibangunkan oleh syarikat itu dan menggunakan platform teknologi syarikat tersebut. Kesemua kemudahan ini memperlihatkan hasil pengeluaran yang cukup membanggakan. Selain kemudahan di Newfoundland, Aqua Maof kini dalam peringkat perancangan selanjutnya untuk 7 kemudahan tambahan yang terletak di beberapa lokasi di seluruh dunia. Kira-kira 70% daripada kemudahan masa depan yang dirancang itu dikhususkan untuk ikan salmon, yang memanfaatkan teknologi proprietari Aqua Maof serta kos pengeluaran yang menjimatkan.

Pembinaan tapak penetasan itu dijangka selesai dalam tahun 2017, manakala proses pembinaan tapak pembesaran ikan juga akan bermula pada tahun 2017. Syarikat-syarikat itu menjangkakan penghasilan tahunan untuk kemudahan itu bakal mencecah 33,000 tan menjelang tahun 2023. Penghasilan ini adalah lebih dua kali ganda berbanding penghasilan salmon Atlantik masa kini di Newfoundland serta Labrador.

David Hazut, Ketua Pegawai Eksekutif Aqua Maof: "Kami berasa teruja dan berbesar hati kerana dipilih oleh Grieg NL untuk membangunkan kemudahan RAS paling canggih di dunia yang memanfaatkan teknologi serta pengalaman akuakultur syarikat kami. Penyelesaian canggih kami untuk penternakan ikan secara tertutup adalah mampan, mesra alam (hijau) dan menjimatkan. Kemudahan ini akan menjadi satu lagi bukti bahawa teknologi kami ialah penyelesaian terbaik bagi menangani segala cabaran dalam industri akuakultur dan bagi menampung permintaan terhadap makanan laut yang kian meningkat dalam semua pasaran."

Knut Skeidsvoll, Pengurus Besar Grieg NL: "Kami berasa gembira kerana dapat berkolaborasi dengan AMG Norway dan Aqua Maof demi membangunkan kemudahan RAS paling canggih di dunia. Teknologi Aqua Maof akan menjaga nilai kelestarian projek kami, mengekalkan piawaian alam sekitar tertinggi dan juga mencapai kos pengeluaran yang paling menjimatkan, seraya menyumbang terhadap keseluruhan kejayaan projek itu. Kami melihat terdapatnya potensi yang besar untuk penternakan ikan salmon di Newfoundland serta Labrador dan merancang untuk memanfaatkan pengalaman dan juga teknologi Aqua Maof bagi memberikan keputusan penghasilan terbaik selain menjadi pengeluar utama bagi produk salmon segar."

Latar Belakang Grieg NL:   

Grieg NL merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Grieg Group, yang beribu pejabat di Bergen, Norway. Menggajikan lebih 2000 orang kakitangan di lebih 15 buah negara, aktiviti utamanya, selain penternakan ikan salmon ialah perkapalan laut dalam, logistik dan khidmat nasihat. Grieg telah terlibat dalam penternakan ikan salmon selama 23 tahun di Norway, Shetland dan British Columbia, Kanada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.griegseafood.no/ 

Latar Belakang Aqua Maof Group:    

Aqua Maof Group ialah peneraju dunia bagi teknologi akuakultur tertutup. Mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun, pasukan Aqua Maof yang terdiri daripada pakar-pakar teknologi dan akuakultur telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan, selain memberikan penyelesaian penghasilan, sistem dan operasi yang komprehensif untuk akuakultur di lebih 50 lokasi di serata dunia. Kemudahan penternakan ikan secara tertutup yang unik daripada Aqua Maof menawarkan penyelesaian yang paling canggih di dunia, mampan dan mesra alam demi memenuhi keperluan serta matlamat industri masa kini. Syarikat ini turut mengendalikan beberapa kemudahan dan kini dalam peringkat perancangan selanjutnya untuk membangunkan 7 kemudahan tambahan di beberapa lokasi di seluruh dunia.

Salah satu kemudahan canggih ini akan memudahkan pembiakan induk ikan tuna sirip Biru bagi tujuan penternakan anak ikan untuk sebuah syarikat bersekutu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.aquamaof.com

Yoav Dagan, Naib Presiden, yoavd@aquamaof.com

Source: Aqua Maof Group
Related Links:
Keywords: Agriculture Food/Beverages Corporate Expansion