omniture

Hadiah LUI Che Woo -- Hadiah untuk Ketamadunan Dunia, Upacara Penyampaian Hadiah buat Julung Kalinya

LUI Che Woo Prize Limited
2016-10-04 11:01 1110

HONG KONG, 3 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Hadiah LUI Che Woo – Hadiah untuk Ketamadunan Dunia ("Hadiah LUI Che Woo" atau "Hadiah") hari ini menganjurkan Upacara Penyampaian Hadiah Ulungnya di Hong Kong, mengiktiraf sumbangan penting kepada ketamadunan dunia oleh tiga penerima anugerah ulung dan berkongsi misi Hadiah ini untuk membangunkan dunia yang lebih harmoni dengan lebih satu ribu tetamu kehormat.

Untuk berita multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/lcw_201610.shtml

From left: Mr. Rémi Carrier, Executive Director of Médecins Sans Frontières (MSF) Hong Kong, representing MSF, Welfare Betterment Prize Laureate. Dr. Lui Che Woo, Prize Founder; Dr. Chiels Liu Chen-Kun, President, MSF Hong Kong, representing MSF, Welfare Betterment Prize Laureate. Prof. Yuan Longping, Sustainability Prize Laureate; Mr. James Earl “Chip” Carter, III, representing Mr. James Earl “Jimmy” Carter, Positive Energy Prize Laureate.
From left: Mr. Rémi Carrier, Executive Director of Médecins Sans Frontières (MSF) Hong Kong, representing MSF, Welfare Betterment Prize Laureate. Dr. Lui Che Woo, Prize Founder; Dr. Chiels Liu Chen-Kun, President, MSF Hong Kong, representing MSF, Welfare Betterment Prize Laureate. Prof. Yuan Longping, Sustainability Prize Laureate; Mr. James Earl “Chip” Carter, III, representing Mr. James Earl “Jimmy” Carter, Positive Energy Prize Laureate.

 

Dr. Lui Che Woo, Founder, LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation.
Dr. Lui Che Woo, Founder, LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation.

 

Prof. Yuan Longping, Sustainability Prize Laureate of LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation 2016.
Prof. Yuan Longping, Sustainability Prize Laureate of LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation 2016.

 

Dr. Chiels Liu Chen-Kun, President, Médecins Sans Frontières (MSF) Hong Kong, on behalf of MSF, receiving the Welfare Betterment Prize of LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation 2016.
Dr. Chiels Liu Chen-Kun, President, Médecins Sans Frontières (MSF) Hong Kong, on behalf of MSF, receiving the Welfare Betterment Prize of LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation 2016.

 

Mr. James E. “Chip” Carter, III representing Mr. James Earl “Jimmy” Carter, Jr., receiving the Positive Energy Prize of LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation 2016.
Mr. James E. “Chip” Carter, III representing Mr. James Earl “Jimmy” Carter, Jr., receiving the Positive Energy Prize of LUI Che Woo Prize – Prize for World Civilisation 2016.

Yuan Longping menerima anugerah sulung Hadiah LUI Che Woo 2016 dalam kategori Kelestarian, dengan Bidang Fokus Spesifik berkaitan "Bekalan Makanan Dunia: Keselamatan", untuk pencapaian saintifiknya dalam membangunkan beras hibrid hasil tuaian tinggi yang telah menyumbang secara signifikan terhadap penambahbaikan keselamatan dunia bekalan makanan. Profesor Yuan berkata, "Saya sangat gembira dengan penganugerahan Hadiah LUI Che Woo kepada saya. Ia menjadi sumber galakan dan motivasi yang mendorong dan menginspirasikan saya untuk mencapai tahap yang lebih tinggi."

Medecins Sans Frontieres ("MSF") menerima anugerah sulung Hadiah LUI Che Woo 2016 dalam kategori Peningkatan Kebajikan, dengan Bidang Fokus Spesifik berkaitan "Rawatan dan/atau kawalan epidemik, penyakit berjangkit atau penyakit kronik", atas sumbangan pentingnya terhadap rawatan dan kawalan wabak taun di Haiti pada 2010 dan epidemik Ebola di Afrika Barat pada 2014. "MSF berbangga menjadi salah satu dari penerima Hadiah ini. Kami amat berbesar hati kerana Hadiah LUI Che Woo memilih bidang rawatan dan kawalan epidemik dan penyakit berjangkit sebagai fokus kritikal untuk anugerah pertama ini. Ini menunjukkan kesedaran sebenar terhadap kepentingan memperbaiki pilihan rawatan dan kapasiti tindakbalas kecemasan bagi mereka yang berada di bahagian paling terdedah di dunia. Pengalaman MSF melawan epidemik Ebola di Afrika Barat telah benar-benar memperkukuh pandangan kami bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan oleh komuniti dunia untuk meminimakan risiko besar yang masih wujud," kata Dr Liu Chen-Kun, Presiden Medecins Sans Frontieres - Hong Kong.

James Earl "Jimmy" Carter, Jr. dianugerahkan Hadiah Ulung LUI Che Woo 2016 dalam Kategori Tenaga Positif, dengan Bidang Fokus Spesifik berkaitan "Individu dan organisasi yang mana tingkah laku dan pencapaian memberi inspirasi, memberi kekuatan dan memberi harapan kepada yang lain", atas semua jasa bakti yang dilakukan oleh beliau dan Pusat Carter yang beliau tubuhkan pada 1982, yang telah memberi sumbangan besar ke arah peningkatan sikap hidup yang positif dan penambahbaikan tenaga positif dalam dunia. "Jadi, pertamanya, saya sangat berbangga kerana terpilih oleh lelaki hebat yang mulia ini. Dan yang keduanya, ia adalah suatu penghormatan untuk dikaitkan dengan mereka yang lain yang telah diberikan anugerah yang sama. Kami dapati hadiah ini membolehkan Pusat Carter mengembangkan program dengan lebih jauh dan saya berhasrat untuk menyerahkan wang hadiah ini kepada Pusat Carter, dan bukan untuk kegunaan peribadi saya," Kata Encik Carter.

Setiap penerima akan menerima anugerah wang tunai HK$20 juta (bersamaan kira-kira US$2.56 juta), sekeping sijil dan sebuah trofi.

Dr LUI Che Woo menambah, "Penerima anugerah ulung ini berasal dari negara berbeza, latarbelakang berbeza, terdiri dari individu-individu dan organisasi, mencerminkan sifat semulajadi Hadiah LUI Che Woo yang bercirikan antarabangsa, pelbagai, dan menyeluruh. Saya percaya bahawa keharmonian adalah teramat penting dan merupakan cara terbaik untuk mengurangkan kejadian konflik dunia. Saya sejujurnya berharap agar Hadiah LUI Che Woo, sebagai benih kebenaran, kebaikan dan keindahan, akan berkembang ke serata dunia dan menambah sedikit warna kepada dunia kita."

Tetamu perasmi termasuk Mr Tung Chee-hwa, Ahli Majlis Hadiah dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 bagi Persidangan Konsultatif Politik Cina; En. CY Leung, Ketua Eksekutif bagi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong: dan En. Zhang Xiaoming, Pengarah Pejabat Perhubungan bagi Pusat Kerajaan di Hong Kong SAR. Lebih 800 pegawai rasmi kerajaan, ketua akademik, ketua agama, golongan elit dari sektor perniagaan, media tempatan dan antarabangsa dan lebih daripada tiga puluh konsul menghadiri upacara itu untuk menyaksikan dan mengucapkan tahniah terhadap pencapaian ketiga-tiga penerima anugerah. Tambahan lagi, Koir Kanak-kanak Afrika dari Uganda, En. Trey Lee, pemain Cello terkenal, Cik Yim Yan, seorang pemain piano dan Cik Michelle Siu seorang artis dengan kelainan upaya, merupakan tetamu-tetamu kenamaan yang membuat persembahan pada majlis itu, membawakan tenaga positif dan harmoni kepada masyarakat, dan membantu membina sebuah dunia yang aman dan penyayang.

Hadiah LUI Che Woo adalah sebuah hadiah antarabangsa, silang-sektor, dan inovatif. Demi untuk mengenalpasti kehendak dan cabaran global yang sentiasa berevolusi, setiap tahun Hadiah ini akan menetapkan Bidang Fokus Spesifik bagi setiap Kategori Hadiah.

Bidang Fokus Spesifik 2017 bagi setiap Kategori Hadiah adalah seperti berikut:

Kategori Hadiah

Bidang Fokus Spesifik 2017

Hadiah Kelestarian

Pencegahan Perubahan Iklim

Hadiah Peningkatan Kebajikan

Pembasmian Kemiskinan

Hadiah Tenaga Positif

Galakan keharmonian dalam kalangan Kumpulan yang Pelbagai

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Ruder Finn Asia:

Carmen Lee

Gregory Cole

Tel: +852-2201-6435 / +852-9755-3121

Tel: +852-2201-6416 / +852-9501-5281

Emel: leec@ruderfinnasia.com

Emel: coleg@ruderfinnasia.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161003/8521606161-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161003/8521606161-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161003/8521606161-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161003/8521606161-d
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161003/8521606161-e

Source: LUI Che Woo Prize Limited
Keywords: Agriculture Food/Beverages Health Care/Hospital Infectious Disease Control Mental Health Workforce Management/Human Resources Awards Corporate Social Responsibility