omniture

Sekolah Antarabangsa Mont Kiara Mengumumkan Pengetua Baharu Sekolah

Mont’Kiara International School
2016-10-26 16:17 1014

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Sekolah Antarabangsa Mont'Kiara mengumumkan pelantikan Encik Trevor Scott Laboski sebagai Pengetua baharu sekolah mereka. Beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Serantau untuk Sekolah Awam Daerah Missoula, USA, Encik Laboski membawa bersama 18 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan ke Sekolah Antarabangsa Mont'Kiara.

Encik Trevor Scott Laboski
Encik Trevor Scott Laboski

Seorang graduan Universiti Montana, Encik Laboski memperoleh Sarjana dalam Kepimpinan Pendidikan dan Pelesenan Pengetua Sekolah Menengah pada tahun 2003. Selain itu, beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera Dwi Major pada tahun 1998. Semenjak itu, beliau mempunyai satu senarai panjang pencapaian pendidikan miliknya.

Sejurus perlantikannya, Encik Laboski menyatakan, "Saya meminati semua aspek dalam bidang pendidikan. Sepanjang kerjaya saya, saya tidak pernah berpuas hati dengan hanya sekadar status quo. Pelajar kita memerlukan pendidikan paling rapi, lincah dan relevan yang kita termampu berikan dan kita sudah tiada masa untuk berlengah-lengah. Sebagai pemimpin pendidikan, saya, pada dasarnya, ialah seorang pendidik dan juga berusaha untuk terus belajar dan mengajar mereka yang berada di sekeliling saya. Untuk memperolehi proses yang berkesan dan kolaboratif, seorang ketua mestilah membina keupayaan melalui pendidikan pihak-pihak berkepentingan.    

Sudahpun giat beroperasi bagi tahun akademik semasa, Encik Laboski telah mencipta satu pelan kemasukan yang komprehensif. Mengembangkan saluran komunikasi yang terbuka dan perkongsian sebuah wawasan yang jelas untuk masa hadapan Sekolah Antarabangsa Mont'Kiara akan, tanpa syak lagi, membimbing kejayaan berterusan sekolah itu. Dengan sokongan sepenuhnya daripada komuniti Sekolah Antarabangsa Mont'Kiara, kehadiran Encik Laboski telahpun disambut baik dan beliau sudahpun memberikan impak yang besar kepada sekolah itu.

Latar Belakang Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara

Terletak di sebuah kampus tunggal di pinggir Bandar Mont'Kiara. M'KIS tekal berada di kedudukan teratas bagi sekolah antarabangsa di Malaysia. Beroperasi sejak 1994, Sekolah Antarabangsa Mont'Kiara (www.mkis.edu.my) pelaksanaan Kurikulum Amerika Utara yang diakreditasikan sepenuhnya, dari Pra-sekolah sehinggalah ke Gred 12 sekolah antarabangsa, yang hampir keseluruhannya memenuhi keperluan keluarga ekspatriat. Populasi pelajar M'KIS mewakili hampir 60 kewarganegaraan. Sekolah Antarabangsa Mont'Kiara dilesenkan oleh Kementerian Pendidikan, Malaysia dan diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Sekolah Antarabangsa Mont'Kiara diakreditasi oleh Persatuan Kolej dan Sekolah Barat (WASC), Amerika Syarikat dan disahkan sebagai Sekolah IB Dunia oleh International Baccalaureate Organization (IBO).

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161024/8521606811

Source: Mont’Kiara International School
Related Links:
Keywords: Education Personnel announcements