omniture

Rio Tinto, Chow Tai Fook Memberi Perakuan untuk Anugerah JNA 2017

JNA
2016-10-31 10:00 593

HONG KONG, 31 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Rio Tinto Diamonds dan Chow Tai Fook Jewellery Group kekal menerajui Anugerah JNA untuk kali keenam berturut-turut sebagai Rakan Kongsi Utama bagi acara yang sangat dinanti-nantikan dalam industri barang kemas dan batu permata. Upacara pembaharuan tandatangan rakan kongsi itu diadakan sewaktu makan malam gala Anugerah pada 14 September dan dihadiri oleh lebih daripada 500 tetamu kehormat industri di Hong Kong.

Untuk menyaksikan siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/jna_201610.shtml

International jewellery and gemstone awards event for excellence and innovation
International jewellery and gemstone awards event for excellence and innovation

 

Strong support from JNA Awards 2017 Partners: Guangdong Gems & Jade Exchange; Rio Tinto Diamonds; UBM Asia; Chow Tai Fook Jewellery; Shanghai Diamond Exchange; and Guangdong Land Holdings Limited
Strong support from JNA Awards 2017 Partners: Guangdong Gems & Jade Exchange; Rio Tinto Diamonds; UBM Asia; Chow Tai Fook Jewellery; Shanghai Diamond Exchange; and Guangdong Land Holdings Limited

 

JNA Awards 2016 salutes 14 Recipients across 11 categories for innovation and excellence in driving positive impact in the jewellery and gemstone industry, with a focus in Asia
JNA Awards 2016 salutes 14 Recipients across 11 categories for innovation and excellence in driving positive impact in the jewellery and gemstone industry, with a focus in Asia

 

The JNA Awards 2016 Ceremony and Gala Dinner attracted over 500 key trade leaders, entrepreneurs and industry stakeholders to gather all in one room
The JNA Awards 2016 Ceremony and Gala Dinner attracted over 500 key trade leaders, entrepreneurs and industry stakeholders to gather all in one room

 

 

Turut kembali sebagai Rakan Kongsi Kehormat adalah Shanghai Diamond Exchange (SDE), Guangdong Gems & Jade Exchange, dan Guangdong Land Holdings Limited (GDLand). Anugerah JNA mengiktiraf dan meraikan syarikat dan individu yang telah menunjukkan kecemerlangan, kepimpinan dan inovasi dengan tumpuan istimewa terhadap Asia, dan mereka yang telah membawa impak positif terhadap perniagaan dan komuniti mereka melalui idea dan tindakan mereka.

"Sokongan yang ditunjukkan kepada kami oleh para peneraju industri ini sangat mengkagumkan. Komitmen dan sokongan yang jitu daripada mereka memacu kami untuk terus mempertingkatkan perdagangan barangan kemas dan membawa acara ini sehingga ke tahapnya hari ini," komen Wolfram Diener, Naib Presiden Kanan UBM Asia.

Letitia Chow, Pengasas JNA, Pengarah Pembangunan Perniagaan—Kumpulan Barangan Kemas di UBM Asia, dan Pengerusi panel penilai Anugerah JNA berkata, "Kami sungguh bernasib baik kerana berpeluang untuk bekerja rapat dengan rakan kongsi yang berkongsi wawasan dan nilai teras kami, dan membantu menjadikan acara ini sebuah acara yang dipandang tinggi dan penuh bermakna untuk dagangan. Kami berasa begitu bersemangat apabila mendapat sokongan berterusan daripada kedua-dua Rakan Kongsi Utama dan Kehormat, terutamanya Rio Tinto Diamonds, Chow Tai Fook Jewellery Group, dan Shanghai Diamond Exchange, yang telah menyertai kami dalam kembara ini sejak daripada permulaan lagi,"

Rina Maltez, Pengarah Rio Tinto Diamonds Greater China Representative Office, menambah, "Rio Tinto sangat bangga menjadi pengasas Rakan Kongsi Utama yang menyokong Anugerah ini. Kami sangat gembira menyaksikan bagaimana, sepanjang lima tahun lalu, Anugerah JNA telah berkembang menjadi sebuah platform penting yang bernilai kepada industri batu permata dan barangan kemas. Kami tidak sabar untuk meneruskan perkongsian kami dengan Anugerah JNA dan melabur bersama untuk membangunkan industri kita."

Kent Wong, Pengarah Urusan Chow Tai Fook Jewellery Group, berkata, " Anugerah tahunan JNA menggalakkan inovasi dan amalan terbaik, yang mencipta kemajuan berterusan dalam industri dalam sebuah persekitaran yang pantas berubah. Chow Tai Fook teruja untuk menjadi Rakan Kongsi Utama yang komited terhadap acara yang sangat dikenali ini bagi tahun keenam berturut-turut. Digabungkan dengan kolaborasi di kalangan rakan-rakan kongsi, kami akan kekal mendokong sebuah pembangunan lestari bagi industri barangan kemas."

"SDE sangat berbangga menjadi rakan kongsi Anugerah JNA sejak permulaannya pada 2012. Melalui Anugerah itu, kami percaya bahawa industri barangan kemas boleh mengenalpasti mereka yang mampu mengguna pakai amalan perniagaan terbaik dan menyerlah dalam sebuah persekitaran yang sangat kompetitif dan menjadi teladan untuk dicontohi oleh mereka yang lain dalam industri," kata Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan SDE.

"GDLand berbangga menjadi Rakan Kongsi Kehormat bagi Anugerah JNA untuk kali keempat berturut-turut. Kami berusaha untuk meneruskan kerjasama kami dengan rakan kongsi lain dalam memajukan perkembangan industri barangan kemas," kata Li Yonggang, Naib Presiden Eksekutif GDLand.

Jim Li, Pengurus Besar Guangdong Gems & Jade Exchange, menyatakan, "Ia merupakan satu kebanggaan besar bagi kami untuk bergabung tenaga dengan rakan kongsi Anugerah JNA yang lain dan kami bersama-sama menyasarkan untuk mencipta masa hadapan yang makmur bagi industri barangan kemas."

Upacara Anugerah JNA 2016 dan Makan Malam Gala berakhir dengan jayanya pada 14 September dengan 15 Penerima Anugerah diraikan bagi 11 kategori. Sila klik di sini untuk senarai penuh Penerima Hadiah.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.JNAawards.com atau hubungi:

Pemasaran Anugerah JNA
UBM Asia (Hong Kong)
+852 2516-2184
marketing@jnaawards.com 

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201610/jna/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606912-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606912-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606912-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606912-d
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150730/8521504987LOGO
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151201/8521508177LOGO

Source: JNA
Related Links:
Keywords: Fashion Jewelry Mining/Metals Precious Metals